Mood malam ini adalah melayan lagu-lagu dalam album terbaru Yuna - Nocturnal. Sebenarnya dah lama beli album ni melalui iTunes, selama ni layan biasa-biasa je, hari ini baru nak menghayati,haha. Kenapa minat Yuna? Sebab dia pencetus artis remaja prempuan bertudung yang nyanyi sambil pegang gitar , dan lagu Dan Sebenarnya pada masa tu memang kena dengan jiwa kot. Tetapi lagi suka imej Yuna yang dulu kot simple je, sekarang ni dengan turban bagai, macam tak best plak tapi dari segi muzik masih minat dengan dia lagi. Kira bangga juga lah sebab ada anak Malaysia yang boleh survive kat US tu dan buat persembahan dengan artis antarabangsa. So nak review sikit pasal album Nocturnal ni:
Nocturnal buah tangan kedua Yuna di Amerika syarikat selepas album pertama berjudul Yuna. Kerja tangan Yuna ini menzahirkan 11 track bagi standard version dan tambahan 3 track untuk Deluxe version. Pada keseluruhannya Nocturnal adalah sebuah hasil yang sangat sesuai untuk persemmbahan pentas. Elemen dan susunan muzik di dalam album disesuaikan dengan keperluan persembahan live. Nocturnal bukan sahaja pop tetapi adalah fusion dengan bunyian Asia. Misalnya dalam track I Wanna Go banyak elemen gendang seperti rebana.
Pada keseluruhannya Nocturnal adalah sebuah hasil yang sangat sesuai untuk persembahan pentas. Elemen dan susunan muzik di dalam album disesuaikan dengan keperluan persembahan live. Tema album Nocturnal ni lebih kepada lagu cinta dan semangat, untuk cinta kita mengharapkan semangat untuk menggerakkanya.
Secara peribadi saya menggemari lagu Rescue, Escape, Mountain dan Colours. Kesemua lagu ini pada pandangan saya adalah lagu-lagu yang dinamik. Rescue merupakan single sandaran awal Nocturnal dengan menggunakan semangat wanita untuk merentasi lautan dugaan. Lagu ini cuba melahirkan kekuatan jiwa. Tidak perlu SOS dan tidak perlu bantuan kerana dirinya mampu menggalas cabaran tersebut.
Kesimpulannya Nocturnal adalah album yang sangat berbaloi untuk dimilliki, kombinasi bunyi-bunyian Asia dan Fusion Pop sangat menepati genre muzik masa kini.
p/s: Tak sabar nak tunggu album Melayu Yuna plak lepas ni.

mcm review magazine gitteww
ReplyDelete