Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, July 26, 2010

# Review : Ad + Iz..

Font sizeSempoi | Sweet | Gila-Gila | Kelakar | Sedih | Best

Hihi, kat atas tu ringkasan yang aku leh bagi sal novel Ad+Iz ni, erm memang best la dalam masa 1 hari je aku abiskan citer ni ( termasuk mencuri mase kat ofis,hihi) . Tahniah la Eury Anthena jalan citer anda memang menarik, xde rase boring pun bile bace, cara anda menceritakan watak Adry ngan Izumi tu memang hidup, macam berada di tempat dorang plak,hihi. Ade orang cakap tajuk dia ala2 Aa+Bb karya Hlovate, tapi aku xpenah baca lg citer tu so xleh nak compare tapi aku rase Ad+Iz ni lagi kena ngan jiwa aku kot..walopun dalam Ad+Iz ni ade gak scene dlm Aa+Bb,part yang dorang menari tu, sebab si Izumi tu pun baca Aa+Bb tu yang ade part same tu,hihi.... Yang pasti aku suka kat watak Adrianna Mayesa dan Tengku Farriel Izumi dalam citer ni, Adry yang sempoi dan gila-gila manakala Izumi yang ego dan setia. hehe...suka plak kat name Izumi, macam sweet je nak panggil...hihi. Malas nak wat review banyak2 sal citer ni, saje nak suruh korang g beli n baca, baru nilai best ke x..hehe.

Aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat...untuk itu, izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku..

Rating : 5 bintang +++




Saturday, July 24, 2010

# Novel Lagi...hihi

Dua lagi Novel untuk dibaca...4 sebenarnye, yang lagi dua tu Achik yang beli...so lepas dia baca baru Cik Pijah baca, kiranya macam sistem barter la kami ni..haha. Dua2 novel yang Cik Pijah beli untuk kali ni adala terbitan Kaki Novel, Cik Pijah mula menyukai karya KN lagipun cover novel2 keluarannya lawa2...hihi. simple n smart.

1. Ad + Iz : Eury Athena
Font size
2. Tenggelamnya Warna Pelangi - Sharina Elisa






Monday, July 19, 2010

# Review: Pergilah Air Mata...

Untuk novel PAM ni Cik Pijah berjaya mengahabiskannya dalam masa seminggu termasuk time balik kampung ari tu pun Cik Pijah still baca lagi, balik kampung just untuk baca novel..hihi...mane taknye gila tebal novel PAM karya Hanni Ramsul ni....Bagi yang xkenal Hanni Ramsul ni beliau merupakan penulis novel Biarlah YM bicara....alah novel yang best giler tu...hehe. Ok..review sikit sal novel PAM ni...erm jalan citer nye macam Cik Pijah pernah baca sebelum ni, dalam novel Pergilah Sepi rasenye...so da xsyok sgt la sebab da tahu jalan citernye kan cuma dalam PAM ni ade kelainan sikit sebab watak utama Badrul tu kahwin lain. Actually citer ni mengisahkan Sabrina yang telah dikhianati kawan baik baiknya yang membuat rancangan supaya Sabrina ni ditangkap basah dengan seseorang yang diupah tetapi nak dijadikan cerita Sabrina ni tertangkap dengan Badrul, so dorang pun berkahwin dengan paksa, kat sini lah bermula konflik dimana Badrul membenci Sabrina kerana menganggap Sabrina sengaja membuat rancangan tersebt supaya bole mendapat harta. Tapi macam biasalah dalam benci2 tu tiba-tiba datang sayang....haha...so da tahu da ending die cam mane kan...inginkan jawapan belilah novel Pergilah Air Mata ni, x sia-sia kalau membelinya...pada sape2 yang nak pinja pada Cik Pijah pun boleh, tapi novel ni tertinggal kat kampung so kena balik amek....hihi

Rating: 4.5 bintang

Friday, July 16, 2010

# Review : Mencari Jalan Ke Syurga ...

Novel yang berbeza dari novel-novel yang biasanya ke arah percintaan. Sesuai dengan tajuknye mencari jalan Ke Syurga, novel ni mengisahkan Khirana yang dulunya model dan sangat sosial mengalami kemalangan dan koma selama 2 tahun. Sedar dari koma Khirana mengalami amnesia (hilang ingatan) dan berubah menjadi seorang yg sgt berbeza, lebih dekat dengan Allah. Novel yang penuh dendam dan khianat sehingga hutang nyawa dibalas nyawa. Tahniah kepada penulis kerana kadang2 ade seen thriller yg menjadi, n berjaya membuat aku suspen gak..hehe. Untuk tahu kisah Khirana, Shahrul Azwan, Shaqrir Ikhwan, dan watak-watak lain....silalah dapatkan Novel karya Hasliza Ismail. Sesungguhnya bertuah menjadi Khirana kerana masih diberi peluang dan ruang untuk bertaubat setelah dua kali bertarung dengan kematian..huhu.

Rating: 4 bintang setengah

Wednesday, April 29, 2009

Review: Bila Dah Suka...


Buku kedua yang aku bace setelah bershopping sakan di PABKL. Buku ni special sket coz dapat signature dari penulisnya iaitu Mimie Afinie. Ni first time aku bace karya beliau n aku rase gaya penulisan beliau diwarnai dgn adegan-adegan lucu dan x kurang juga saat-saat mengharukan jiwa bile membacanya. Novel ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis yang bernama Nurul Huda.

Setelah shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yanag telah lama menghilang. Namun insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di Rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lemah lembut manakala Alam seorang yang keras kepala.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit dapat melupakan kisah luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dgn sikap lemah lembutnya pandai menyembunyikan gelora dihati berbeza dengan alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda.

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kekuatan di Hati Huda untuk kali kedua.Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Patahnya hati Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda.Malah pelbagai masalah lain pula timbul.Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dgn Kak Diba...

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri.Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada disini....

Dalam novel ini aku suke gile ngan watak Alam, seorang yang nakal n berterus terang tapi tak berape suke ngan Huda sebab senang sangat jatuh cinta dgn orang, asal orang wat baik sket terus jatuh cinta,huhu.....neway best untuk dibace,tahniah Mimie Afinie (Bintang: 4/5)

K...berehat sebentar dari membaca novel fokus on exam lak.........Waahai Cik Pzah study la kamu..huhu nape malas sgt nak study ni padahal esok exam...HELP ME....
Next Exam:30/4 :Pengurusan Projek Multimedia: 1200
Wish Me luck!!!






Monday, April 27, 2009

Review : Horizon Cinta...

"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"


Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. Zariz (E-zo) dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.


Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.Antara part yg best time ade kebakaran kat atas kapal, dorang ni sempat lagi bergaduh,huhu sampai E-zo ni sembur zara ngan pemadam api tu..abes putih si zara ni,haha.

Selain tu, masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ade ke dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer,haha

Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.

Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.

Aku kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi aku dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Actually salah satu sebab aku cam tertarik nak bace novel ni coz nak tau sal dunia perkapalan,hehe...papepun tahniah pade Umi Azrini kerana berjaya menghasilkan novel yg best ni... (bintang: 5/5)


skang tgh bace Bila Dah Suka by Mimie Afinie........