Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Hiking - Mossy Forest @ Gunung Irau


Satu lagi short weekend trip, kalau bulan Februari main air, untuk bulan Mac kita daki gunung pulak. Untuk kali ni  kami memilih Gunung Irau atau dikenali juga dengan Mossy Forest yang terletak di Cameron Highland. Salah satu sebab nak sangat naik gunung ni sebab nak tengok  lumut-lumut yang banyak di sepanjang trek laluan, memang berbaloi cantik sangat lumut yang ada terutamanya laluan dari Mini Irau menuju ke puncak Irau.

Kami bergerak ke Ipoh Jumaat malam selepas waktu kerja, ambil K.Jijah n Yana kat Puchong lepas tu ambil K.Shahrul n Fieda kat PJ, asalnya akan konvoi 2 kereta tetatpi memandangkan saat akhir K.long tak dapat join muffin je jadi yg pengganti, btw sedap muffin nya so kitorang naik 1 kereta je dengan ahli jemaah 5 orang. Sampai Ipoh kira-kira jam 2 pagi, dan nasib baik K.Sahrul ada makcik kat Ipoh so kitorang bermalam kat rumahnya sebelum gerak pagi-pagi lepas Subuh ke Cameron Highland.

Pagi Sabtu lepas Subuh kitorang pun menuju ke Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai, K.Jijah janji dengan guide aka Firdaus aka Epit untuk meet up pukul 8.30am di Balai Polis Tanah Rata, tapi dengan pemanduan berhemah,haha kitorang sampai pukul 9.00am ni pun selepas dah tersalah berhenti kat Balai Polis Brinchang,haha. Akhirnya kitorang jumpa dengan si Epit ni dalam pukul 9.15am, bila dah jumpa dia bawak pergi park kereta dekat berek polis tanah rata, kitorang pun ada yang pergi toilet siap-siap kat gunung irau xde toilet ok gitu gini, kul 9.45am baru kitorang naik 4WD  dan bergerak menuju ke kaki Gunung Irau. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah breakfast, dan akhirnya sampai di kaki gunung pukul 10.15am. Untuk trip ni selain kitorang berlima Epit ada bawa lagi 2 orang kawan dia Syuk dan Syikin so jumlah group kitorang 8 orang kesemuanya.

Selepas stretching ala kadar dan dengar briefing dari Epit, masa ni dia cakap dia tak nak bagitau macam mana keadaan trek samada susah ke senang dia suruh kitorang rasa sendiri, and nanti decide nak teruskan ke puncak or sampai mini Irau je, dia akan ikut je apa desicion kitorang. dalam hati mestilah nak sampai puncak,haha. Tepat 10.30am kitorang start mendaki, untuk laluan pada permulaanya akan melalui tangga hingga ke penghujung dan akan berjumpa dengan jalan hutan. Awal permulaan jalan hutan ni masih lagi mendatar, bersyukur gak sebab musim kemarau jadi trek gunung Irau kali ni kering dan tak lembab sangat so perjalanan lagi mudah. Trek rata tak panjang pun lepas tu dah mula dah azab nya, trek pacak sekejap naik dan turun, rasanya untuk sampai ke Mini Irau tu ada 2 kali turun 2 kali naik bukit baru sampai Mini Irau. Sepanjang trek memang kita akan melalui, memanjat, merangkak bawah akar kayu semua,haha. Tapi view lumut-lumut kat sekeliling memang cantik, kitorang sampai kat Mini Irau jam 12.30pm macam tu. Lepak jap, lepas tu Epit tanya nak teruskan ke tak, kitorang cakap ok je, dia tanya lagi betul ke,haha. Mestilah betul, semangat kena kental,hehe.

So perjalanan ke puncak pun diteruskan, atas kertas dari Mini Irau ke puncak Irau jarak nya 600 meter je, tapi 600 meter ni memang sangat mencabar, trek mencanak sepanjang masa. Langkah semakin lebar, kaki terpaksa dihayun luas dan tangan diperlukan untuk memaut akar-akar kayu.  Tetapi semuanya berbaloi sebab landskap menuju ke puncak semakin mengasyikkan bila pokok-pokok diselaputi lumut macam dalam filem Lord of The Rings. Sehabis tenaga digunakan untuk 2 jam perjalanan hingga ke puncak. Akhirnya kami sampai di puncak gunung Irau yang  berketinggian 2110m dari aras laut lebih kurang pukul 2.15pm. Kitorang mengambil masa yang lama sedikit untuk berehat di puncak sambil makan bekalan yang dibawa. Satu perasaan yang best bila berada di puncak ni ialah Kepuasan!, hilang dah semua penat bila naik tadi, ni lah perasaan yang selalu buatkan perasaan nak naik gunung tu membuak-buak tapi kudrat je tak de,haha. Untuk informasi di puncak gunung Irau ni terdapat batu tanda yang memisahkan Negeri Pahang dan Perak. Lepas layan view dan ambil gambar kitorang pun bergerak turun.

Kalau perjalanan naik kami bernasib baik sebab trek kering, tapi untuk perjalanan turun baru suku perjalanan hujan turun dengan lebatnya, jadi beruntungla kitorang sebab dapat merasa trek sebenar Gunung Irau yang lecak dan basah, baju habis lencun semua ditambah dengan selut,haha. Untuk perjalanan turun tak semudah yang dijangka sebab kita akan melalui semua akar kayu dalam keadaan menurun, habis longgar dah kepala lutut,huhu. Masa turun ni satu perkara je yang ada kat minda, nak sampai cepat kat pelantar kayu mula-mula tadi,haha. Akhirnya kitorang selamat sampai ke kaki gunung, dengan orang terakhir yang sampai pada pukul 6.30pm cik pijah la yang lambat tu,haha.

Sampai je di kaki gunung, kami pun naik 4WD untuk kembali ke Tanah Rata, malam ni actually akan tidur di sebuah guesthouse yang k.jijah dah tempah, tapi sebab kitorang dah penat and tak larat nak cari guesthouse tu, so kitorang pun mintak tolong Epit carikan apartment, kebetulan Epit ada kenal ustaz ni yang ada apartment, so kitorang pun lepak apartment tu dengan bayaran RM150 semalam. Malam tu tidur dengan kaki yang lenguh/sengal/sakit semua cukup,haha.

Pagi Ahad tu masing-masing malas je nak bangun, bila bangun je badan sakit2 semua. Aktiviti pagi ni sebelum balik ialah shopping di Kea Farm. Dalam pukul 2pm kitorang pun bergerak turun, kali ni lalu Tapah so singgah kejap kat Bharat Teh, tak lengkap kalau pergi Cameron tak amek gambar kat ladang teh.hehe. Sampai KL semula pukul 7pm. So untuk trip kali ni total lost untuk pakej hiking + penginapan + transportation = kurang dari RM200. So sape kata kita tak boleh melancong dengan bajet yang sikit,hehe.

Misi Menawan Irau Berjaya!!

Jumpa lagi untuk weekend short trip untuk bulan April pula. Jom layan gambar! (gambar kali ni semua diambil menggunakan Iphone, tak larat nak pikul DSLR naik gunung)

Kaki Gunung Irau @ Mossy Forest
Starting Point
Trek akar kayu

Turun naik 
Pilih nak ke arah mana
Periuk Kera

Part 1 Accomplished - Mini Irau
Pemandangan indah menuju puncak
Mission Accomplished - Puncak Irau
View Puncak
Batu sempadan Perak - Pahang
All of us

Wednesday, March 19, 2014

Vlog Diving: Going Crazy with Unique Creatures in Si Amil

Diving spot untuk hari terakhir ialah di Pulau Si Amil, kira-kira 1 jam 30 minit menaiki bot dari Pulau Mabul. Untuk hari ni, misi utama kami ialah nak melihat Devil Ray, Alhamdulillah tercapai gak wish list ni bila dapat tengok beberapa ekor Devil Ray. Pulau Si Amil ni bukan diving spot bagi yang nak tengok keindahan dasar laut, sebabnya dasar laut Si Amil ni kebanyakkan nya berpasir dan ada sampah jugak, tetapi yang paling best di Si Amil ialah kita boleh nampak benda-benda yang unik dan susah nak jumpa. Kalau nak tengok apa yang kami jumpa, layan Vlog kat bawah ni!




Si Amil Island
Seashell by the Seashore at Si Amil

p/s: Coconut octopus tu susah nak jumpa, luckily kitorang dapat jumpa, excited!! hilang ralat gopro dah jatuh laut,haha.

Tuesday, March 18, 2014

Vlog Diving: Going Deep in Sipadan Island


Sipadan untuk kedua kali nya masih tidak menghampakan, dunia dasar laut nya masih yang terbaik antara diving spot yang dah pernah diterokai. Walaupun kos diving kali ni mahal sikit, tapi untuk kepuasan serta Dive Master terbaikk dari Scuba Junkie semua nya tak ternilai. Thanks pada K.Jijah yang uruskan semua pasal diving trip kali ni, kitorang just pergi bawak duit n gear je,haha. So enjoy the Vlog! 






Pose wajib di Sipadan 


p/s: Diving trip kali ni gak Gopro kamera jatuh dlm laut dan jadi tukun,hahahaha. Memang tak berjodoh betul dengan Gopro ni. Haishh.

Saturday, February 22, 2014

White Water Rafting - Sg. Sedim 2.0

Aktiviti luar pintu cuti hujung minggu yang lepas, kenapa tajuknya WWR Sedim 2.0, sebabnya dah pernah buat WWR kat Sedim ni pada 2012. Tapi pengalaman untuk kedua-dua WWR ni berbeza, kalau dulu rafting dalam keadaan air yang banyak cabaran nya bot laju sangat so tak feel bila lalu kat jeram-jeram yang kecil, untuk kali ni rafting dalam musim kering dan air kurang cabaran nya bot sangkut dan rasa lah segala batu-batu yang ada kat sungai tu, termasuklah la dapat lebam.haha. Tambahan untuk trip ni dapat cover trekking ke air terjun lata riau yang dalam trip dulu tak penah tahu pun kewujudan air terjun ni. Jadinya ok je kalau nak try something or pergi sesuatu tempat  yang sama banyak kali sebab pengalamannya pasti berbeza. 

Perjalanan kami bermula dari meeting point di Masjid Terapung Puchong baru tahu ada masjid terapung kat puchong, untuk trip kali ni kami seramai 7 orang, bila semua dah sampai meeting point, kami pun memulakan perjalanan dengan 2 buah kereta, melalui PLUS highway dan akhirnya sampai di Kulim jam 3 lebih. Memandangkan masih awal untuk ke Sedim, kami berehat tidur sebenarnya di surau R&R yang tak tahu nama apa. Kira-kira jam 7 pagi selepas menukar pakaian kepada pakaian untuk rafting kami meneruskan perjalanan ke Sedim. Untuk ke Sedim, perlu exit Seberang Jaya dan ikut signboard ke Kulim Hi-Tech, dari sini guna Waze cari Kg. Sedim, bila dah sampai Kg. Sedim akan nampak banyak signboard ke Tree Top Walk Sedim, ikut signboard ni dan akan sampai ke Hutan Lipur Sungai Sedim. Untuk masuk ke Hutan Lipur ni bayaran RM 3 dikenakan untuk 1 kereta. 

Sampai di sini, kami terus parking kereta di base camp Rapid Fire Adventure iaitu satu-satunya syarikat pengendali WWR di Sedim ni. Turut berada di situ beberapa geng kayak dari Langkawi yang turut akan rafting pada hari tu, selepas persiapan (pakai life jacket, helmet dan ambil paddle) dibuat dan mendengar penerangan ringkas dari guide, kami diarahkan untuk ke bawah jambatan untuk melakukan aktiviti water confidence. Water confidence ni aktiviti wajib untuk semua yang akan rafting, melalui water confidence ni kita boleh tahu yang life jacket kita tu dapat menampung berat kita atau tidak. Untuk water confidence di Sedim, kita perlu terjun ke dalam sungai dari ketinggian 6 kaki. Selepas semua dah buat water confidence, guide sekali lagi beri penerangan mengenai arahan-arahan untuk rafting seperti "forward" , "backward" , "bom" dan belajar 1 lagi arahan baru iaitu "bump", mungkin arahan ni ada dalam keadaan air kurang je sebab kita akan banyak tersangkut dan guide akan suruh bump (bangun duduk) supaya guide boleh tarik bot tu. Untuk WWR kali ni jaraknya ialah 2 KM, dan ada beberapa rapid level 3 dan 4, untuk rapid level 4 di Elbow Drop kita akan naik bot tanpa paddle dan akan terjun ke dalam rapid. dah buat 2 kali pun cuak lagi,haha. Ok, we are ready to Raft! Jom layan gambar. 

Tenang
Water Confidence - WWR Sedim 1.0
Briefing dari Guide
Persiapan untuk mengharungi Elbow Drop
Elbow Drop WWR Sedim 1.0 (Air Banyak)
Elbow Drop WWR Sedim 2.0 (Air Kurang) - [ Pic: Anne ]
Habis rafting dalam pukul 2.30ptg, kami kembali semula ke base camp Rapid Fire untuk makan tengah hari, aktiviti seterusnya ialah trekking ke Air Terjun Lata Riau, best sebab dah lama tak trekking dan tak bau hutan, kali dapat bau hutan,yeahhh. Untuk ke air terjun ni, perjalanan pergi mengambil masa kira-kira 1 jam, sampai di air terjun, ambil gambar lepak sekejap dan bergerak keluar memandangkan hari da nak gelap. Perancangan nya selepas trekking ni nak naik tree top walk, tapi tak dapat sebabnya tree top walk dah tutup, bagi kawan-kawan yang tak dapat naik tree top walk, tak pe boleh datang lain kali, kita rafting lagi,haha. 

Signboard ke Gunung Bintang & Lata Riau
Trekking
Us..
Air Terjun Lata Riau - [ Pic taken by Zilla ]
Fernleaf
Pulang semula ke base camp untuk minum petang, ikut perancangan asal kami akan bermalam di sini, tapi ade perubahan jadinya kami akan tidur di Penang. (tak kisah la tidur mana, janji boleh tidur,haha.). Berakhir lah trip WWR Sedim ni, dengan pakej RM 180 untuk Rafting (2km) + Nightwalk + Abseiling + Camping memang berbaloi. Thanks pada organiser (K. Jijah), lain kali buat lagi.haha. 

Terlanjur dah buat Entri WWR, ni senarai WWR yang dah pernah dilakukan, banyak lagi sungai yang belum di conquer ni, jom rafting lagi. Semua sungai ada cabaran yang berbeza, kalau secara peribadi  Sungai Padas paling extreme, tapi Elbow Drop kat Sedim terbaik sebab boleh buat lutut gigil,haha:

1. WWR @ Sungai Kiulu - Sabah
2. WWR @ Sungai Padas - Sabah (Entri Rafting di Padas)
3. WWR @ Sungai Kuala Kubu Baru - Selangor
4. WWR @ Sungai Sedim - Kedah (2X)
5. WWR @ Sungai Kampar - Perak
6. WWR @ Sungai Gopeng - Perak

p/s: Untuk Vlog WWR Sedim, masih di edit, nantikan!

[ Off to deep underwater world...Masa untuk blup blup kat laut pula.]

Tuesday, February 18, 2014

Terengganu : Family Trip (Day 1) ~ Spending time with the Love Ones

Trip tertunda yang sepatutnya pergi masa cuti sekolah hujung tahun 2013, tetapi memandangkan masa tu banjir melanda Pantai Timur, jadinya kitorang decide tunda ke cuti CNY 2014 (30 Jan - 2 Feb). Nasib baik tempahan hotel melalui booking.com dan Homestay tak de masalah untuk tukar ke tarikh baru. Untuk makluman, kalau tempah hotel melalui booking.com tak boleh refund dapat duit balik, dorang akan bagi option untuk tukar tarikh ataupn burn je duit. (ni kes kalau dah bayar full harga hotel la, if tak bayar lagi boleh je nak cancel suka hati,haha). 

Jemaah trip ni terdiri dari 2 keluarga (Family Along & Achik) bersama Mak dan Cik Pijah yg bujang,haha. Family Abang tak dapat join atas urusan kerja tambah plak Iwan kena study sebab nak SPM tahun ni, tapi awal2 lagi dah tuntut dengan makcik nya ni suruh bawak dia g hiking gunung lepas SPM. haha. macam larat je mak busu nya ni nak hiking lagi,haha. Kitorang gerak ke Terengganu secara berasingan, Along gerak dari Melaka so dorang lalu highway Kuantan-Segamat, kitorang yang kat KL ni gerak ikut Karak, nasib baik pagi-pagi Sabtu tu tak jammed sangat walaupun weekend tu cuti panjang. 

Sampai di Awana Kijal lebih kurang pukul 2 petang, Along sampai dulu so dorang check in dulu, tapi awal-awal dah booking connecting room jadinya bilik memang bersebelahan tapi cuma pihak hotel nak tengok confirmation letter memandangkan bilik ditempah atas nama saya. So bila kitorang sampai dalam pukul 2.30 petang check in untuk yang 1 bilik lagi, alhamdulillah dapat 2 bilik yang connecting room, 1 bilik untuk yang lelaki 1 lagi bilik untuk perempuan. Harga 1 bilik untuk semalam RM300. Masuk bilik lepak jap sambil makan tengah hari bekalan yang dibawa - Ketupat, Rendang Daging & Sambal Ikan Bilis, best   bila dapat makan ramai-ramai. Makan n lepak-lepak dalam bilik, tapi bebudak ni dah tak sabar nak mandi kolam, dah bilik nya view kolam so dorang tu asyik ushar kolam je dari atas, lepas asar je semua dah siap nak turun mandi kolam, Mak Busu nya pun join sekali, bila lagi nak spending time dorang ni. Mak Busu nya asyik travel sendiri je,haha. Aktiviti petang tu adalah mandi kolam sampai menggigil kesejukan,haha. 


Kolam Dewasa
Kolam Kanak-Kanak
Padang Golf
Bersama Anak Menakan
Bersama 4 Nieces

Mask Diving pun dorang bawak masuk kolam,haha.
The Girls
Dari Kiri: Achik, Mak and Along with Aqeela, Arman and Aisar

Bersambung untuk hari kedua - misi mencari sunrise!

Friday, July 15, 2011

X-plorasi Ti3a Pulau : Perhentian + Redang + Lang Tengah

Hoyeayy, dis weekend akan snorkelling sampai lebam kat 3 pulau kat bawah ni. Semoga misi nak tgk penyu berjaya,hehe.


Perhentian

Lang Tengah

Redang

Thursday, July 14, 2011

#Trans Sabah: Part 3 ( Padas White Water rafting )

Hi all, kembali mengupdate entri Trans Sabah ni. Haha,gila lama citer  nak abes, so entri selepas2 ni sal sabah mmg banyak gambar je la, sebab xingat sgt dah,kiki. Hoho, genap 2 bulan baru nak citer sal entri rafting ni, 14 Mei rafting, 14 Julai baru nak wat entri, terbaekk,haha....dalam masa 2 bulan tu pun dah 2 kali aku g Sabah semula, keje dgn Sabah mmg xdpt dipisahkan, kejap2 kena outstation ke Sabah. Ok, back to citer rafting, bajet seorang untuk rafting ni kat Padas ni RM160, kitorang amek guider dari BUSAT ( Borneo Ultimate Sports Adventure Tours ), erm oklah servis dorang, cuma ade bias sikit, sebab ada group chinese gak, n dorang lg ramai tu yg guider2 mcm bias lebihkan dorang je, tp kitorang harga yg sama gak k. Especially bab2 amek gambar ni, asyik dorang je banyak tangkap gambar,haha. Tu je la, yang lain ok je BUSAT ni, so itenary rafting lebih kurang mcm ni, ingat2 lupa dah,hehe. 

0730 : BUSAT pick up kitorang dari Borneo Backpacker bawak g depan Promenade Hotel
0800 : Gather ngan group lg 1, duduk tunggu ape lagi ntah.
0900 : Baru bas bergerak ( perjalanan ke Tenom amek masa 2.30 jam)
1145 : Sampai Stesen Keretapi Tenom ( wait for train plak n tukar baju untuk rafting )
1230 : Naik Train untuk ke Starting Point - Pangi
1315 : Sampai Pangi ( 45 minit perjalanan )
1345 : Lepas dgr briefing start rafting
1500 : Around 2 jam sampai kat ending point, pastu lunch and wait for train balik.

Rafting nye x la lame sgt, tp nak tunggu train balik tu sampai ke malam,huhu. Dah puas kitorang tunggu sampai dah xde idea nak main game lagi,haha. Tp serius kat situ mmg lawa gile bila matahari terbenam, nampak cahaya oren dari celah 2 bukit, gila rasa mcm kat amazon dah, tp sedih sebab kamera dah abes bateri so boleh capture dgn mata je la. So kesimpulannye kitorang dah berjaya rafting kat 2 sungai di Sabah, Sungai Kiulu (grade I-II) and Sungai Padas ( III - IV ), lepas ni tinggal rafting kat semenanjung je. Perbezaan antara 2 sungai ni of course la grade nye kan, tp Kiulu best sebab boleh santai2 n berenang, Padas lak best sebab adventure gila. So pada yang nk try rafting, dua2 sungai ni mmg best,hehe. Layan je la gambar kat bawah ni. 

On the way ke Tenom akan jumpa Banjaran Crocker - picture credit to Dodot
Stesen Keretapi Tenom - Stesen Tertua di Sabah

US - before rafting
Starting ramai2 naik satu bot sebelum divide jadi 2 group
Caught in Action
Caught in Action
Caught in Action

US - after rafting
Ok sampai sini jer citer rafting, what a wonderful memories with luvly Batch 20. Ada 2 part lagi kisah Trans Sabah ni and maybe lepas ni mampu upload gambar je la, x larat nk story mory dah,hehe.

Friday, June 17, 2011

#Trans Sabah: Part 2 ( KK Walkabout dan Snorkelling )

Haha, lama giler nk update Part 2, which is second day at Sabah. So for 2nd day ni pagi nye kitorang tour KK ( dgn jalan kaki ) and petang Snorkeling kat Pulau Manukan. For KK walkabout, kitorang gerak dari Borneo Backpacker dlm kul 9 pg, sebab pagi tu hujan renyai2 so agak malas nak bergerak,hehe. 1st destination g Sabah Tourism Board, dapatkan info tp org kat situ x layan kitorang pun, mentang2 la kami ni Local je bukan tourist, cehh. Pastu jalan kaki g Atkinson Tour dalam 15 minit jalan kaki, amek2 gambar and gerak g Muzium lak, huhu nak g muzium ni dari Atkinson Tour amek masa dlm 45 minit gak kot,haha...lenguh seh jalan kaki tp ramai2 ok je,heh. Kat kawasan muzim ni ade banyak gak muzium yg boleh dilawati, Muzium Tamadun Islam, Muzium Sabah and de lagi beberapa muzium. Kat muzium tamadun islam just macam pameran kedatangan islam kat Malaysia je so ok la for information. Muzium sabah ni best sikit sebab ade banyak benda leh tgk, like rumah2 tradisional di Sabah. For details leh tgk gambar kat bawah ni.





Balik semula kat Borneo Backpacker dalam kul 2ptg, 2.30 dah kena gerak g Jesselton Point untuk amek bot g Pulau Manukan, for info boleh berada di Manukan sampai kul 5ptg je, so kena cepat la sebab ade xbnayak masa nak snorkelling nanti,hehe. Sampai kat Jesselton Point cari agen yg tawarkan bot skali dgn snorkelling gadjet, tp jgn risau mmg banyak company yg tawarkan kena pandai pilih je. So kitorang naik boat dlm kul 3 sampai kat pulau dlm 3.15 mcm tu. For this time kecewa sikit ngan Manukan, x mcm 1st time dtg dulu masih lagi cantik, laut biru, banyak ikan, sekarang totally different, ikan pun dah x banyak sgt. Tp ada LANDAK LAUT and one of member leh lak kena sengat ngan dis creature,huhu. Scary bila tgk duri panjang tercocok kat kaki dia, tp nasib baik xde yg serius, lepas tu dia leh snorkel balik.hehe. Kat manukan sampai kul 5, lepas tu balik. 







 Done Part 2, wait for Part 3 ( Padas White Water Rafting