At last, setelah penat menjelajah taman botani, akhirnya jumpa gak kawasan ni, kawasan bukit bukau yang kecik2 ni ade dalam filem Magika, tu yang interested nak cari ,heh. Ok la, cantik dan hijau, nice spot nak wat photoshoot,hehe. Ni je yg nak cari dalam eksplorasi Taman Botani,hehe. Tapi tahukah anda? cewahhh....banyak lagi tempat interesting yg ada kat taman botani, berpeluh gak nk jalan...hehe. Go and Exlpore this Taman Botani.
Sunday, November 7, 2010
Thursday, November 4, 2010
# Putaran Pelangi...
![]() |
| A Pieces of Puzzle 3 |
Salam Ceria di hari khamis...Selalunya orang kata Hidup ibarat roda, tapi hari ni saya nak tukar " Hidup Ibarat PUTARAN PELANGI ", hehe. Konsep yang sama juga, kena beringat kadang-kadang kita akan berada diatas, kadang-kadang berada di bawah. Cuma kalau ibaratkan kehidupan dengan roda tak berapa best sebab roda tu x cantik macam Rainbow Windmill ni, so nampak sikit kehidupan yang ceria. Hehe.
Saya dah jumpa dah Windmill ni dan xsabar nak guna dalam photoshoot seterusnya,hehe. Bertambah lagi props yang bertema PELANGI,hehe. Kepada incik Windmill Pelangi, selamat bekerjasama dengan Layang-Layang Pelangi dan Payung pelangi....hihi.
Wednesday, November 3, 2010
# Tetap Teguh Sendirian...
![]() |
| A Pieces of Puzzle 2 |
Kata pepatah "Kalau sudah benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak didarat menjadi gunung". Hari ni entri saya hanya ingin mentafsir gambar diatas dan kaitkan dengan diri ini. Tetap Teguh Sendirian itu yang boleh saya luahkan apabila melihat gambar tersebut. Berjaya hidup dengan suburnya di padang yang luas tanpa kehadiran teman-teman lain. Seharusnya kita sebagai manusia yang mempunyai kelebihan akal, dan deria turut mampu untuk melakukannya, tidak kira dimana kita berada, dalam apa jua situasi, apa jua cabaran kita mesti boleh melakukannya sendirian, namun kadang-kadang kita memerlukan juga sokongan dan bantuan orang sekeliling. Jadi tanamkan pada diri ini yang kita BOLEH dan paling penting PERCAYA ada kemampuan diri.Hehe...tiba-tiba saya menjadi pakar motivasi hanya melalui penafsiran sekeping gambar,hihi.
Gambar diatas merupakan gambar sebuah padang di Malaysia, cantik kan.....Teringin sangat nak ke sana, so harapnya berjaya lah nanti untuk menakluki padang tersebut dan pasti apabila sampai masanya sebuah Ceritera akan tercipta....hehe.
Tuesday, November 2, 2010
# Live.Like.Love...
![]() |
| A Pieces of Puzzle 1 |
Wednesday, October 20, 2010
# Nak ke Tak nak ?
Nak ke Tak Nak ?
Soalan hangat untuk hari ni
Mungkin ada yang senang nak jawab...
Mungkin gak ada yang susah nak jawab..
Tapi...
kalau tanya saya?
Apa jawapan nya ek...hehe
Erm...selalunya jawapan saya...lambat lagi kot
Tapi dalam hati...mestilah nak..hehe
Tapi....
Mestikah dicari...
Atau dia datang sendiri..
Tu yang saya selalu serahkan pada Ilahi...
Tapi...
Saya ni jenis yang malas nak mencari cinta...
Tak perlu mencari cinta..
Kerna ia pasti akan hadir jua..
Dan saya yakin Cinta yang hadir dari Ilahi itu..
Adalah cinta yang terbaik untuk saya..InsyaAllah
Kerna ia pasti akan hadir jua..
Dan saya yakin Cinta yang hadir dari Ilahi itu..
Adalah cinta yang terbaik untuk saya..InsyaAllah
Jauh di sudut hati..
Macam dah bersedia...
Tapi kadangkala ada perasaan bimbang gak..
Mungkin tu yang menyebabkan saya belum menjumpai si dia kot...hehe
Pape pun, berserah saja lah padaNya...sebab semuanya sudah tertulis, hanya DIA yang tahu..
“Cinta yang dicari.. pasti pergi..
Cinta sejati.. kekal abadi”
Cinta sejati.. kekal abadi”
p/s: Entri ni tercipta selepas perbualan mengenai Jodoh dengan rakan sekerja...hehehe
Thursday, October 14, 2010
# Kembali...
Kembali... Tenang dari dunia Super Duper Busy
Kembali... Ke Semenanjung dari Sabah
Kembali...Mengupdate Blog
Kembali... Ke Ofis
Bersedia untuk Kesibukkan Menjelang Hujung Tahun 2010
Wednesday, October 6, 2010
# Seceria Layang-Layang di Awangan...
![]() |
| Gambar Main Layang-Layang di Taman Kepong |
Salam semua..semoga hari anda hari ini lebih baik dari semalam...heh. Hari ni nak citer sal Layang-layang, saja je sebab tadi kat fb ade orang citer sal nak main layang-layang,heh. Kanak-kanak mane yang xpernah bermain layang-layang, kalau budak kampung macam saya ni, sure pernah main n terer buat layang-layang...anda macam mane?heh...Teringat time kecik2 dulu, best bila tiba musim orang keringkan padi tu, musim yang banyak angin time ni lah yang syok main layang-layang. Bila tengok layang dak kampung sebelah dah naik tinggi, pe lagi berusaha la nak melawan dorang,heh. Tapi skang ni dah xde kot, anak-anak buah saya pun xde yg main layang-layang, huhu. Lagipun skang ni mane nak jumpe layang-layang yg dibuat dari kertas surat khabar, skang ni sume layang-layang guna plastik, harap cantik je tapi x naik tinggi mane pun,heh.
Tinggalkan sal memori layang-layang, bak kata berita harian Zaman Dah Berubah..hehe. Gambar kat atas ni gambar pertama saya dalam entri gambar dan puisi yang ade modelnya, sebelum ni hanya nature je kan,heh. Actually model kat atas ni kawan saya, and nak tau skang ni dia ade nun jauh di Korea...hebat kan. Bangga saya ada kawan yang jd mikrobiologist and berpeluang ke luar negara,cewahhh. Ni berkat main layang-layang tu yg dapat terbang ke seberang laut...hehe. To OLO , aku xde entri khas cam Cik Kerana Dia buat..hehe....pape pun all the best kat Korea tu, rindu kat ko dah....balik nanti make sure jumpe kami,heh...ni kira tributed aku tuk ko la...hehe. So seperti biasa setiap entri ade puisi kan, tapi hari ni nak letak lirik lagu yang ade Layang-layang..heh. Jom sama hayati lagu ini.....
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Tuesday, October 5, 2010
# Sehijau Warna Daun...
![]() |
| Gambar di Capture Semasa di Royal Belum |
Salam semua...Apa Khabar Hari Ni??...disaat entri ditulis saya baru habis menulis skrip untuk pelancaran 3 buah buku MPOB, dengan badan yang dah seram sejuk, selsema melanda,akhirnya siap juga skrip ni. Kesannya saya dah Demam..huhu. Minggu ni macam busy giler sebab senior sejawatan dengan saya akan pergi bercuti so tugas2 ofis semua di bahu saya...dan untuk kesian kalinya minggu ni akan ke Sabah lagi untuk Seminar Mini TOT. Tu citer pasal kerja, apa pun semua nya harus dilakukan, barulah dinamakan cabaran bekerja..heh. Citer sal blog plak, skang ni saya macam dah suka letak gambar and then follow dengan puisi, dah 2 gambar sebelum ni pasal Nature coz I just Love Nature,heh...Untuk kali ni Daun menjadi pilihan saya...puisi kali ni bertajuk Anugerah - Hargailah Alam Sekitar, Kitalah Pewarisnya....
Lihat alam sekeliling muwarna hijau daun
biru laut dan langit
rasa amannya angin
dinginnya malam..
Suara-suara sang unggas
rama-rama berterbangan
warna-warni bunga bertaburan
ku kira..
semuanya satu anugerah..
Lihat wajah mu di cermin jernih
tatap dan teliti
unik dan sempurna
percaya setiap insan
punya keistimewaan
dan ku kira
itu juga satu anugerah..
Hargai apa yang telah dimiliki
jangan di sia, jangan di hina..
semuanya amat berharga
jangan dikesali bila tiada
Setiap yang cantik ada pesona
jangan di bangga jika tiada gunanya
Yakin..
manusia tiada yang sempurna
Pencipta itu Maha Berkuasa
merubah semua mengikut kehendaknya
Pelihara dengan sebaiknya
Anugerah tiada gantinya
jika di cari hingga hujung dunia
belum pasti kita temuinya
Anugerah...
dari Maha Pencipta lagi Berkuasa
Aku pelihara
insaf setiap masa
agar anugerah ku terima
ku jaga hingga hayat tiada
biru laut dan langit
rasa amannya angin
dinginnya malam..
Suara-suara sang unggas
rama-rama berterbangan
warna-warni bunga bertaburan
ku kira..
semuanya satu anugerah..
Lihat wajah mu di cermin jernih
tatap dan teliti
unik dan sempurna
percaya setiap insan
punya keistimewaan
dan ku kira
itu juga satu anugerah..
Hargai apa yang telah dimiliki
jangan di sia, jangan di hina..
semuanya amat berharga
jangan dikesali bila tiada
Setiap yang cantik ada pesona
jangan di bangga jika tiada gunanya
Yakin..
manusia tiada yang sempurna
Pencipta itu Maha Berkuasa
merubah semua mengikut kehendaknya
Pelihara dengan sebaiknya
Anugerah tiada gantinya
jika di cari hingga hujung dunia
belum pasti kita temuinya
Anugerah...
dari Maha Pencipta lagi Berkuasa
Aku pelihara
insaf setiap masa
agar anugerah ku terima
ku jaga hingga hayat tiada
Monday, October 4, 2010
# Mentari di Ufuk Timur...
![]() |
| Sunset di Sutera Harbour-Sendirian Melihat Mentari Terbenam |
Di kala matahari terbenam
Tercipta pemandangan yang indah di sepanjang pantai
Ramai yang terkesima memandang sang suria terbenam
Sembari dibelai angin sejuk nan sepoi-sepoi
Usai mentari terbenam
Azan maghrib berkumandang di masjid nan indah
Langit berubah menjadi gelap gulita
Bintang gemintang menghiasi langit
Bagai mutiara yang bersemayam di langit
Friday, October 1, 2010
# Terbanglah...
![]() |
| Gambar diambil dari pesawat MH069 - penerbangan dari KK - KL |
Salam pagi Oktober, hari baru, bulan baru so seperti biasa semangat pun kena baru la....citer raya pun da abes, kembali ke kehidupan normal balik...Ni entri pertama saya yg tiada kena mengena dengan raya,hehe....So sebagai simbolik bulan baru, entri ni pasal Terbang...saja je pagi-pagi cari artikel yg memberi motivasi...dah lame rasenye tak bermotivasi...heh. Terbanglah lebih tinggi, semua org berharap agar dapat terbang lebih tinggi dalam kehidupan...begitu juga saya..namun satu perkara perlu diingat..risiko terbang tinggi nanti jatuhnya pun sakit sangat..jadi berpada-pada lah nk terbang tu...ingat orang yg dibawah...hehe...Saya tinggalkan anda dengan puisi dari Langit Ilahi.....Semoga semua berSemangat di Hari Jumaat pertama di Bulan Oktober....
Aku ingin terbang bebas ke angkasa tinggi
Ingin menjejak awan mengucup Langit Ilahi
Mengharapkan keredhaan-Nya untuk kehidupan ini
Berjaya di atas dunia, bahagia di akhirat nanti
Jangan diikat sayapku dengan maksiat beribu
Jangan kau pasung sayapku dengan dunia menipu
Biar ia bebas mengibas terbang di langit biru
Membebaskan segala gundah dan lara jiwaku
Apa bahagia jika akhirnya ke neraka
Apa sedih jika akhirnya ke syurga
Aku hanya inginkan penamat yang menyenangkan jiwa
Selain itu padaku tiada makna yang berharga
Maka biarkan aku terbang bebas
Ke Langit Ilahi tidak terbatas
Jangan kau pasung sayapku
Memenjara kegembiraan kalbu
Subscribe to:
Posts (Atom)








