Sunday, January 23, 2011

# Masa Muda

Salam, hehe...dah lama xupdate, baru balik bercuti dari kampung. Best woo, lepak 4 hari kat kampung tanpa memikirkan hal2 kerja ni, huhu...tapi esok dah Isnin, warghhh Monday Blues. Ok, nak citer sikit apa ak wat kat kampung, ceh mcm byk je citer kan,haha. Actually xde pape pun yg aku wat, lepak kat umah, layan karenah anak2 buah n merasai suasana kampung,hehe. One thing aku realize, best kan jadi kanak-kanak ni, xde nak fikir masalah duniawi ni, bangun tido, main,makan, pastu tido balik waaa bestnye,hehe.  Bak lirik lagu Hujan...Alangkah indahnya Dunia, Bila kita tak akan membesar. So kat sini ade beberapa gambar yg aku snap masa melayan karenah anak2 buah aku ni, ni baru 3, aku ada  6 anak buah and coming lagi 1 mei ni,hehe. 

Oh, ye...sebagai tip jalan2 kan, gambar-gambar ni aku amek kat taman rekreasi di Ayer Keroh, sebelah Zoo Melaka. Quit ok la taman ni sebab ade taman sukan lasak ( ade wall climbing ), ade permainan air ( kayak,boat yg kayuh2 tu ) dan ade taman permainan untuk budak2. Enjoyz....

























Thursday, January 13, 2011

# Kellie's Castle - Antara Cinta dan Misteri

Entri kedua dalam 2011...Nama entri x boleh blah kan Kellie's Castle (KC) - Antara Cinta dan Misteri, haha....Pada sape2 yang nak tahu lebih lanjut sal sejarah KC leh cari kat internet ek. Kat sini just nak share gamnar-gambar yang telah diambil. Actually ni projek gila aku ngan ecah, tetibe rasa nak buat photoshoot tu yang cari tempat yg best, skali KC yg terpilih...haha. Bukan nak cari tempat yg dekat2 kan, nak gak g KC yg 2 jam perjalanan dari KL.haha. 

Dengan tema photoshoot ' Classical ' , aku ngan ecah pun memulakan perjalananan dari Shah Alam ke Batu Gajah Perak. Bagi yang nk pergi ke KC boleh ikut highway PLUS pastu exit kat Gopeng/Batu Gajah ( dari arah selatan ). Dari exit Gopeng da memang ada signboard nk ke KC, dalam 30 minit sampai dah. 

Kitorang sampai KC dalam pukul 12.30 tgh hari, haha....tgh2 hari buta nak bergambar kan,haha. Nak masuk KC ni dikenakan bayaran iaitu RM5 seorang. Oklah tu berbaloi dengan bayaran tu, kita boleh duduk dalam KC tu seberapa lama pun, tapi KC akan ditutup pd pukul 7, ye la sape plak nk lawat KC malam-malam, xpasal2 leh jumpa si William tu nanti,hahaha. Ok xnak citer panjang, just nak tunjuk gambau2 je,hehe.













Sessi Photoshoot berakhir dalam pukul 3 ptg, tapi lepas tu kitorang x terus balik, sempat singgah Kuala Sepetang, pekena Mee Udang dan jalan-jalan di Taman Tasik Taiping. Nanti entri da n gambar TTT,hehe.

Friday, December 31, 2010

# 2010 berlalu 2011 menanti....



Entri terakhir untuk 2010...Just a short entri nak wish "Selamat Tahun Baru" kepada semua, maafkan diri ini jika ada silap dan salah, semoga 2011 akan dilalui dengan tabah, semoga 2011 memberi seribu kebahagian dan kejayaan kepada semua. Ok sampai sini je.....Mulakan diari 2011 dengan semangat dan azam yang baru.

Monday, November 29, 2010

# A complete Puzzle...

Salam, wah da hampir bersawang da blog ni, still xde mood nak update blog lagi, tp memandangkan ni da masuk hari-hari terakhir bulan November so gagahkan jugalah jari jemari ni mengetuk kekunci keyboard. Hari ni nak citer sal entri-entri saya sebelum ni yang berkisar dengan gambar, yg caption gambar tersebut tertulis ' A Pieces of Puzzle '. So hari ni nak revealed la kenape saya buat caption sedemikian, actually  gambar2 tu sume merupakan kronologi kepada suprise birthday celebration untuk Cik Azie,hehe. Idea yg terhasil dari ' meeting Maya ' kami (ecah,zin,alan n saya ). Perancangan ni dibuat semasa cik Azie berada di Korea,hehe. Arghhh, tibe2 blank xtau nak citer ape, tengok je la gambar kat bawah ni, the real picture of the puzzle,hehe.

A Complete Puzzle

Wednesday, November 17, 2010

# Salam Aidiladha...

Salam Aidil Adha

Salam aidiladha buat semua...semoga erti pengorbanan dihayati bersama tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Raya haji tahun ni saya beraya di KL je, memandangkan cuti sehari jatuh pada hari rabu,huhu. Tapi xpe tu pun dikira pengorbanan gak, sebab xamek cuti balik kampung disebabkan kerja.Heh

So raya di kotaraya? Apa yang saya buat,hehehe. Hari ni mengimbau memori naik komuter ke Mid Valley, dah lame xnaik komuter, dulu time study memang komuter pengangkutan utama, sekarang tidak lagi. Tu yang ambil peluang cuti ni g mid valley naik komuter dan buat pertama kali dapat naik Koc Wanita,hehe. Dah sampai mid valley, jalan2 je la...window shopping. Dalam window shopping tu sempat beli 3 kemeja,hehe dan     saya dah jumpa dah PAYUNG PELANGI yang saya cari selama ni,hehe. Akhirnya jumpa gak di jusco mid valley. Hoyeyyy...hehe. Entri ni sebenar nye nak citer sal dah jumpa payung ni je, tp da terlanjur menulis ni nak wish lagi sekali SALAM AIDILADHA , hehehe.

Payung Pelangi

Sunday, November 14, 2010

# Bukit Tabur...

Hoho....setelah seminggu menawan Bukit Tabur baru hari ni nak update blog sal citernye, tak tahu kenapa seakan tiada mood untuk menulis kebelakangan ini,huhu. Mood silalah kembali....Ok back to Bukit Tabur, setelah lame x meng'hiking' kan diri, ahad lepas dapat la lepas gian naik Bukit Tabur, emmm oklah not so tough, and view pun ok tp ade construction kat sebelahnye so mcm dah xnature sgt la, but still aman bila tgk bahagian belah empangan klang gate. Untuk pengetahuan Bukit Tabur ade 2 bahagian iaitu West dan East, so versi yg aku naik ni versi East, pemandangan nya lagi cantik,heh. Ok...xnak cakap banyak tengok gambar je la eh...

Informasi mengenai Bukit Tabur:
- Durasi terekking: 3 jam turun naik (anggaran)

Macam mana nak pergi:
- Exit MRR2 at Taman Melawati
- next round-about 9 o'clock
- next round-about 12 o'oclock
- at T-junction turn right and follow the road along the hill until you get to the Puncak Niaga facilities










Sunday, November 7, 2010

# Mencari Magika...



At last, setelah penat menjelajah taman botani, akhirnya jumpa gak kawasan ni, kawasan bukit bukau yang kecik2 ni ade dalam filem Magika, tu yang interested nak cari ,heh. Ok la, cantik dan hijau, nice spot nak wat photoshoot,hehe. Ni je yg nak cari dalam eksplorasi Taman Botani,hehe. Tapi tahukah anda? cewahhh....banyak lagi tempat interesting yg ada kat taman botani, berpeluh gak nk jalan...hehe. Go and Exlpore this Taman Botani.

Thursday, November 4, 2010

# Putaran Pelangi...

A Pieces of Puzzle 3
Salam Ceria di hari khamis...Selalunya orang kata Hidup ibarat roda, tapi hari ni saya nak tukar " Hidup Ibarat PUTARAN PELANGI ", hehe. Konsep yang sama juga, kena beringat kadang-kadang kita akan berada diatas, kadang-kadang berada di bawah. Cuma kalau ibaratkan kehidupan dengan roda tak berapa best sebab roda tu x cantik macam Rainbow Windmill ni, so nampak sikit kehidupan yang ceria. Hehe. 

Saya dah jumpa dah Windmill ni dan xsabar nak guna dalam photoshoot seterusnya,hehe. Bertambah lagi props yang bertema PELANGI,hehe.  Kepada incik Windmill Pelangi, selamat bekerjasama dengan Layang-Layang Pelangi dan Payung pelangi....hihi.


Wednesday, November 3, 2010

# Tetap Teguh Sendirian...

A Pieces of Puzzle 2

Kata pepatah "Kalau sudah benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak didarat menjadi gunung". Hari ni entri saya hanya ingin mentafsir gambar diatas dan kaitkan dengan diri ini. Tetap Teguh Sendirian itu yang boleh saya luahkan apabila melihat gambar tersebut. Berjaya hidup dengan suburnya di padang yang luas tanpa kehadiran teman-teman lain. Seharusnya kita sebagai manusia yang mempunyai kelebihan akal, dan deria turut mampu untuk melakukannya, tidak kira dimana kita berada, dalam apa jua situasi, apa jua cabaran kita mesti boleh melakukannya sendirian, namun kadang-kadang kita memerlukan juga sokongan dan bantuan orang sekeliling. Jadi tanamkan pada diri ini yang kita BOLEH dan paling penting PERCAYA ada kemampuan diri.Hehe...tiba-tiba saya menjadi pakar motivasi hanya melalui penafsiran sekeping gambar,hihi.

Gambar diatas merupakan gambar sebuah padang di Malaysia, cantik kan.....Teringin sangat nak ke sana, so harapnya berjaya lah nanti untuk menakluki padang tersebut dan pasti apabila sampai masanya sebuah Ceritera akan tercipta....hehe.

Tuesday, November 2, 2010

# Live.Like.Love...

A Pieces of Puzzle 1

New entry in November.....Fuhh we are just right at the corner before the end of 2010. Time is so so fast. LIVE.LIKE.LOVE best kan quote ni, actually ni quoate dari satu website fotografi yang baru saya jumpa ThePhotolicious . Nice website and nice photos, hilang jap admire saya pada Saupix bile tgk gambar2 beliau and lagi bangga sebab beliau guna Incik Canon and merupakan seorang perempuan,hehe. Ni yang lagi semangat nak explore dunia fotografi,hehe. Tetapi pape pun saya still admire Saupix nye art, orang yg buat saya bersemangat nak beli DSLR,haha. Heh, gambar kat atas tu ada dalam pemikiran saya dan dia,hehe...so we will see hasilnya nanti...Wait for the Ceritera...hehe. Lastly semoga NOVEMBER yang mendatang akan membawa seribu kebahagian pada semua.