Monday, January 6, 2014

Vlog Thailand: Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi

Trip hujung tahun 2013 yang ad-hoc. Sebenarnya tak plan pun untuk trip ni tetiba dapat tau dari Jill ada trip nak cover Lopburi tengok Sunflower. Dari situ dah buat research pasal Sunflower ni sampai termimpi-mimpi la Sunflower ni,haha. Senyap sekejap dari memikirkan trip ni, sibuk menghabiskan kerja-kerja menjelang hujung tahun, tetiba bulan November (masa ni tgh ada konferens kat KL Convex) dapat  text dari K.Long ajak join trip ni dan kebetulan time tu ada promo tiket Lion Air BKK-KUL RM95 tengok tiket AA pulak KUL-BKK pun murah, jadinya apa lagi terus beli tiket time tu jugak (gigih cari internet kat KL Convex nak beli tiket nye pasal). 

Tiket dah ada tapi lepas tu Thailand khususnya Bangkok bergolak dengan keadaan politik kat sana  yang tak berapa nak stabil. Kedutaan Malaysia kat sana pun waktu ni menasihatkan agar kami  menangguhkan perjalanan ke sini. Jadinya masing-masing senyap semula membiarkan waktu berlalu,    akhirnya semakin dekat tarikh pergi keadaan macam dah ok sikit kat sana. Lega sekejap, tapi seminggu sebelum pergi tu memang sibuk siapkan KPI hujung tahun dengan cuti yang bos tak sign lagi, time ni redha je la kalau tak dapat join trip (dah kira da berapa kerugian tiket flight,haha). Akhirnya bos sign cuti,tapi hari Rabu nak pergi tu ada Anugerah Q jadinya kena settlekan kerja-kerja anugerah tu dulu (sempat naik stage amek anugerah pagi tu), tak balik rumah pun hari tu barang dah siap pack, lepas office hour mandi jap kat ofis pas tu mintak tolong Jill hantar ke LCCT. Alhamdulillah berjodoh jugak dengan trip ni dan misi memburu si Matahari pun tercapai. 

Entry ni tak kan citer pasal perjalanan trip ni secara detail, hanya ada Vlog ringkas je untuk trip ni. Kalau nak kan cerita lengkap pasal trip Thailand kitorang ni boleh baca kat blog Zilla (organiser trip),  Anne, penceritamaya, Jurnal Awak dan Izza. (Dorang semua blogger2 hebat ni, selalu update blog). 

Secara ringkas Itinerary trip Thailand: Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi adalah seperti berikut:

19/12/2013
- Bangkok - Lopburi (ambil train di Hualamphong Station)
- Sunflower Field, Wat Phra Si Ratana Maha That
- Lopburi - Bangkok (train)
- Bangkok - Kanchanaburi (ambil minivan di Victory Monument 120THB per person)
- Stay di Kanchanaburi 2 malam @ VN Guesthouse (280THB for 2 nights)

20/12/2013
- Day trip tour ke Erawan Waterfall, Death Railway (Tham Krasae - Wang Sing) & sunset di Bridge over the River Kwai (Kos 750THB per person including lunch)
- Cari makan malam di Kanchanaburi Night Market

21/12/2013
- Kanchanaburi Bus Station - Hellfire Pass ( by Tuk Tuk 130THB per person)
- Hellfire Pass Museum & Hellfire Pass Cutting
- Kanchanaburi - Bangkok (ambil minivan 120THB per person)
- Bermalam @ De Talak Hostel

22/12/2013
- MBK Mall
- Chatuchak Weekend Market
- Airport BKK-KUL

Total Expenses bagi saya: 3500 THB = RM350 excluded flight tiket.

Kesimpulannya trip lost in translation ini ada madam-macam rasa dan pengalaman, teruja tengok sunflower, ketenangan di Kanchanaburi, giler ambil gambar waterfalls, penat naik tangga balik dari Hellfire Cutting, dapat tengok demo live dan flat di hari terakhir,haha. Yang paling best dapat travel dengan kawan-kawan baru, terima kasih kalian untuk semua memori. 

Vlog Thailand 2013

                         

Lagu: It's time - Imagine Dragon
Credit untuk dua gambar terakhir kepada Zilla 

Tuesday, December 31, 2013

Helaian terakhir 2013

Hari terakhir 2013 dan tiba-tiba hari ni terasa nak menulis blog semula. Hampir 2 tahun blog ni sepi tanpa entri terbaru, dan hari ini aku kembali menulis! Moga diri ini terus istiqamah menulis, sebab nya sayang nak delete blog ni walaupun tak banyak cerita tetapi entri-entri lama ada memori tersendiri. Jadi mungkin lepas ni kalau aku menulis akan berkisar tentang personal life dan travel. (baru nak berjinak dalam dunia travel,haha). Come on Pijah, you can do it! 

Review sikit tahun 2013, dalam dunia pengembaraan tahun ni alhamdulillah aku berjaya menjejak kaki ke negara Filipina, Vietnam, mendaki Gunung Rinjani di Indonesia dan yang baru lepas menjejak sang bunga Matahari di Thailand. Ini yang luar negara, dalam Malaysia kebanyakkan nya aku pergi diving di Tioman dan Sabah. One thing yang aku dapat dari backpacking ni dapat tengok cara hidup masyarakat luar, kekadang bila kita berada di negara sendiri kita dah berasa terlalu selesa dgn kehidupan sekarang jadi nya bila kita keluar baru kita nampak macam mana masyarakat luar, senang citer macam orang selalu cakap la banyak berjalan luas pengalaman. Pengalaman ini yang kadang-kadang lebih mematangkan aku. Jadinya semoga tahun 2014 aku dapat lebih mengembara melihat dunia. 

Untuk yang terakhir terimalah puisi bangkit dari fynn jamal dan secebis gambar dari Rinjani, semoga kita semua bangkit menghadapi tahun mendatang

Selamat tinggal 2013, Selamat datang 2014


bulan matahari dibubuh dalam kocek
pelangi bintang disembunyi dalam laci
hati jantung disusun atas pinggan
nyawa jiwa diperaga atas almari.

mimpi sudah habis.
ayam sudah kokok.

bangkit
fynn jamal, puisi tepi jalan


View Tasik Segara Anak - Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia

Friday, November 4, 2011

# Pengorbanan ...



Salam Aidil Adha 1432H pada semua. Sama-sama kita hayati erti pengorbanan. Selamat Bercuti !

Tuesday, November 1, 2011

# Welcome November


Sekadar ingin mencoret di hari pertama bulan November . Bulan yang  ada banyak tarikh-tarikh cun macam hari ni 1.11.11 , coming soon 11.11.11 , 20.11.2011 pun cun jugak. Maka ramai juga yang akan mencipta sejarah pada tarikh-tarikh ni.  Huhu, time flies very fast, right? Happy November all, one month left before end of 2011. 

Friday, October 28, 2011

# Mencari...



Sesat di Sini
Arahnya tak Pasti
Sepi dibelenggu Mimpi
Masih Mencari


Monday, October 10, 2011

# Kadang-kadang kita terlupa


Kadang - kadang kita terlupa berdoa. Berdoalah, kamu tidak akan rasa sunyi dan keletihan.


Saturday, October 8, 2011

# Aku Suka Bila Kau Ketawa ...

Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }
Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

Hanya Ingin Bersamamu… } 4x
Hanya Ingin Bersama Kamu….

Thursday, September 15, 2011

Running Away...


Running Away...

Yeah, again, I'm running away,
I've been running since "Monday" ,
from that point on, I went running until "Sunday" ,
whatever day is it, I don't care, because it's Today!

"Be patient" you order me?
Don't joke on me because it makes me unhappy,
unhappiness only makes me angry,
and when I'm pissed off, I'm cranky.

Thinking about my problems, I don't see any light,
finding the solution, I don't see any hope in sight.

Why am I running?
I want to get away from my problems that are always coming,
I want to feel free from a life that is always pressing,
I want to let go off everything!

I want a life full of pleasure,
I want my time fulfilled with leisure,
and say good bye to pressure!

As I was running away on that Sunday night,
I voiced whispered to my ears in fright.

"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity"

I slowed down my speed, as if my energy is drained,
only some miles left before meeting "Monday" again.

I tried to digest what is said,
does it mean that I can do it?

I stopped running, my head  down looking at the ground,
I started to question myself, what was it the reason I've been running all around?

But facing my problems are freaking tough,
how can I run away when I had enough?

"No calamity befalls a Muslim but that Allah expiates some of his sins because of it, even though it was the prick he receives from a thorn." 

Oh! Is this all because of my sins?
Now I don't think running will save my own skin!

I stood back up again,
I started running again.

I ran faster than before,
I ran and I ran like thirst for more.

Now I'm not running to run away,
but I'm running to find a way!

I will overcome my problem,
I will find the solution.

I will never again back down on the ground,
I will never again run like mad all around.

Now I can welcome "Monday",
as a new "day"

Because I believe,
"For indeed, with hardship [will be] ease."

( Poem by Ameen Misran )




Friday, August 26, 2011

# Salam Aidilfitri


Ok kejap je rasa masa berlalu, tetibe da nak raya dah, tahun ni x sempat buat Kad raya digital atau video raya, tapi kalau sesape rasa nak tgk video raya tahun lepas boleh tgk kat entri last year kat sini . So, ok pada  blogger2 sekalian, dikesempatan ini ak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Bagi yang pulang ke kampung , berhati-hati di jalan raya, bagi yang bekerja di hari raya, anggap ia satu pengorbanan, cewahh,haha. Petang ni ak nak balik kampung da, hoyeahh x sabar nak anyam ketupat n main bunga api dgn anak2 buah ak. Route raya ak mcm biasa 1st day - Kat umah, Melaka ( tunggu org dtg umah ) , 2nd day raya - Kat Bukit Gambir, Muar ( Balik Kampung Mak ) , 3rd Day - Kat umah balik, so sape2 nk dtg umah raya ketiga ak de kat umah, haha. ( mcm ade org nk dtg kan ),hahaha.


Last but not least, sekali lagi aku nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H & 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yg Ke-54

Thursday, August 11, 2011