Wednesday, April 2, 2014

Review Album: Nocturnal (Deluxe Version) - Yunalis Zarai

Mood malam ini adalah melayan lagu-lagu dalam album terbaru Yuna - Nocturnal. Sebenarnya dah lama beli album ni melalui iTunes, selama ni layan biasa-biasa je, hari ini baru nak menghayati,haha. Kenapa minat Yuna? Sebab dia pencetus artis remaja prempuan bertudung yang nyanyi sambil pegang gitar , dan lagu Dan Sebenarnya pada masa tu memang kena dengan jiwa kot. Tetapi lagi suka imej Yuna yang dulu kot simple je, sekarang ni dengan turban bagai, macam tak best plak tapi dari segi muzik masih minat dengan dia lagi. Kira bangga juga lah sebab ada anak Malaysia yang boleh survive kat US tu dan buat persembahan dengan artis antarabangsa. So nak review sikit pasal album Nocturnal ni:




Nocturnal buah tangan kedua Yuna di Amerika syarikat selepas album pertama berjudul Yuna. Kerja tangan Yuna ini menzahirkan 11 track bagi standard version dan tambahan 3 track untuk Deluxe version. Pada keseluruhannya Nocturnal adalah sebuah hasil yang sangat sesuai untuk persemmbahan pentas. Elemen dan susunan muzik di dalam album disesuaikan dengan keperluan persembahan live. Nocturnal bukan sahaja pop tetapi adalah fusion dengan bunyian Asia. Misalnya dalam track I Wanna Go banyak elemen gendang seperti rebana. 

Pada keseluruhannya Nocturnal adalah sebuah hasil yang sangat sesuai untuk persembahan pentas. Elemen dan susunan muzik di dalam album disesuaikan dengan keperluan persembahan live. Tema album Nocturnal ni lebih kepada lagu cinta dan semangat, untuk cinta kita mengharapkan semangat untuk menggerakkanya.

Secara peribadi saya menggemari lagu Rescue, Escape, Mountain dan Colours. Kesemua lagu ini pada pandangan saya adalah lagu-lagu yang dinamik. Rescue merupakan single sandaran awal Nocturnal dengan menggunakan semangat wanita untuk merentasi lautan dugaan. Lagu ini cuba melahirkan kekuatan jiwa. Tidak perlu SOS dan tidak perlu bantuan kerana dirinya mampu menggalas cabaran tersebut.

Kesimpulannya Nocturnal adalah album yang sangat berbaloi untuk dimilliki, kombinasi bunyi-bunyian Asia dan Fusion Pop sangat menepati genre muzik masa kini.

p/s: Tak sabar nak tunggu album Melayu Yuna plak lepas ni.


Hiking - Mossy Forest @ Gunung Irau


Satu lagi short weekend trip, kalau bulan Februari main air, untuk bulan Mac kita daki gunung pulak. Untuk kali ni  kami memilih Gunung Irau atau dikenali juga dengan Mossy Forest yang terletak di Cameron Highland. Salah satu sebab nak sangat naik gunung ni sebab nak tengok  lumut-lumut yang banyak di sepanjang trek laluan, memang berbaloi cantik sangat lumut yang ada terutamanya laluan dari Mini Irau menuju ke puncak Irau.

Kami bergerak ke Ipoh Jumaat malam selepas waktu kerja, ambil K.Jijah n Yana kat Puchong lepas tu ambil K.Shahrul n Fieda kat PJ, asalnya akan konvoi 2 kereta tetatpi memandangkan saat akhir K.long tak dapat join muffin je jadi yg pengganti, btw sedap muffin nya so kitorang naik 1 kereta je dengan ahli jemaah 5 orang. Sampai Ipoh kira-kira jam 2 pagi, dan nasib baik K.Sahrul ada makcik kat Ipoh so kitorang bermalam kat rumahnya sebelum gerak pagi-pagi lepas Subuh ke Cameron Highland.

Pagi Sabtu lepas Subuh kitorang pun menuju ke Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai, K.Jijah janji dengan guide aka Firdaus aka Epit untuk meet up pukul 8.30am di Balai Polis Tanah Rata, tapi dengan pemanduan berhemah,haha kitorang sampai pukul 9.00am ni pun selepas dah tersalah berhenti kat Balai Polis Brinchang,haha. Akhirnya kitorang jumpa dengan si Epit ni dalam pukul 9.15am, bila dah jumpa dia bawak pergi park kereta dekat berek polis tanah rata, kitorang pun ada yang pergi toilet siap-siap kat gunung irau xde toilet ok gitu gini, kul 9.45am baru kitorang naik 4WD  dan bergerak menuju ke kaki Gunung Irau. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah breakfast, dan akhirnya sampai di kaki gunung pukul 10.15am. Untuk trip ni selain kitorang berlima Epit ada bawa lagi 2 orang kawan dia Syuk dan Syikin so jumlah group kitorang 8 orang kesemuanya.

Selepas stretching ala kadar dan dengar briefing dari Epit, masa ni dia cakap dia tak nak bagitau macam mana keadaan trek samada susah ke senang dia suruh kitorang rasa sendiri, and nanti decide nak teruskan ke puncak or sampai mini Irau je, dia akan ikut je apa desicion kitorang. dalam hati mestilah nak sampai puncak,haha. Tepat 10.30am kitorang start mendaki, untuk laluan pada permulaanya akan melalui tangga hingga ke penghujung dan akan berjumpa dengan jalan hutan. Awal permulaan jalan hutan ni masih lagi mendatar, bersyukur gak sebab musim kemarau jadi trek gunung Irau kali ni kering dan tak lembab sangat so perjalanan lagi mudah. Trek rata tak panjang pun lepas tu dah mula dah azab nya, trek pacak sekejap naik dan turun, rasanya untuk sampai ke Mini Irau tu ada 2 kali turun 2 kali naik bukit baru sampai Mini Irau. Sepanjang trek memang kita akan melalui, memanjat, merangkak bawah akar kayu semua,haha. Tapi view lumut-lumut kat sekeliling memang cantik, kitorang sampai kat Mini Irau jam 12.30pm macam tu. Lepak jap, lepas tu Epit tanya nak teruskan ke tak, kitorang cakap ok je, dia tanya lagi betul ke,haha. Mestilah betul, semangat kena kental,hehe.

So perjalanan ke puncak pun diteruskan, atas kertas dari Mini Irau ke puncak Irau jarak nya 600 meter je, tapi 600 meter ni memang sangat mencabar, trek mencanak sepanjang masa. Langkah semakin lebar, kaki terpaksa dihayun luas dan tangan diperlukan untuk memaut akar-akar kayu.  Tetapi semuanya berbaloi sebab landskap menuju ke puncak semakin mengasyikkan bila pokok-pokok diselaputi lumut macam dalam filem Lord of The Rings. Sehabis tenaga digunakan untuk 2 jam perjalanan hingga ke puncak. Akhirnya kami sampai di puncak gunung Irau yang  berketinggian 2110m dari aras laut lebih kurang pukul 2.15pm. Kitorang mengambil masa yang lama sedikit untuk berehat di puncak sambil makan bekalan yang dibawa. Satu perasaan yang best bila berada di puncak ni ialah Kepuasan!, hilang dah semua penat bila naik tadi, ni lah perasaan yang selalu buatkan perasaan nak naik gunung tu membuak-buak tapi kudrat je tak de,haha. Untuk informasi di puncak gunung Irau ni terdapat batu tanda yang memisahkan Negeri Pahang dan Perak. Lepas layan view dan ambil gambar kitorang pun bergerak turun.

Kalau perjalanan naik kami bernasib baik sebab trek kering, tapi untuk perjalanan turun baru suku perjalanan hujan turun dengan lebatnya, jadi beruntungla kitorang sebab dapat merasa trek sebenar Gunung Irau yang lecak dan basah, baju habis lencun semua ditambah dengan selut,haha. Untuk perjalanan turun tak semudah yang dijangka sebab kita akan melalui semua akar kayu dalam keadaan menurun, habis longgar dah kepala lutut,huhu. Masa turun ni satu perkara je yang ada kat minda, nak sampai cepat kat pelantar kayu mula-mula tadi,haha. Akhirnya kitorang selamat sampai ke kaki gunung, dengan orang terakhir yang sampai pada pukul 6.30pm cik pijah la yang lambat tu,haha.

Sampai je di kaki gunung, kami pun naik 4WD untuk kembali ke Tanah Rata, malam ni actually akan tidur di sebuah guesthouse yang k.jijah dah tempah, tapi sebab kitorang dah penat and tak larat nak cari guesthouse tu, so kitorang pun mintak tolong Epit carikan apartment, kebetulan Epit ada kenal ustaz ni yang ada apartment, so kitorang pun lepak apartment tu dengan bayaran RM150 semalam. Malam tu tidur dengan kaki yang lenguh/sengal/sakit semua cukup,haha.

Pagi Ahad tu masing-masing malas je nak bangun, bila bangun je badan sakit2 semua. Aktiviti pagi ni sebelum balik ialah shopping di Kea Farm. Dalam pukul 2pm kitorang pun bergerak turun, kali ni lalu Tapah so singgah kejap kat Bharat Teh, tak lengkap kalau pergi Cameron tak amek gambar kat ladang teh.hehe. Sampai KL semula pukul 7pm. So untuk trip kali ni total lost untuk pakej hiking + penginapan + transportation = kurang dari RM200. So sape kata kita tak boleh melancong dengan bajet yang sikit,hehe.

Misi Menawan Irau Berjaya!!

Jumpa lagi untuk weekend short trip untuk bulan April pula. Jom layan gambar! (gambar kali ni semua diambil menggunakan Iphone, tak larat nak pikul DSLR naik gunung)

Kaki Gunung Irau @ Mossy Forest
Starting Point
Trek akar kayu

Turun naik 
Pilih nak ke arah mana
Periuk Kera

Part 1 Accomplished - Mini Irau
Pemandangan indah menuju puncak
Mission Accomplished - Puncak Irau
View Puncak
Batu sempadan Perak - Pahang
All of us

Wednesday, March 19, 2014

Vlog Diving: Going Crazy with Unique Creatures in Si Amil

Diving spot untuk hari terakhir ialah di Pulau Si Amil, kira-kira 1 jam 30 minit menaiki bot dari Pulau Mabul. Untuk hari ni, misi utama kami ialah nak melihat Devil Ray, Alhamdulillah tercapai gak wish list ni bila dapat tengok beberapa ekor Devil Ray. Pulau Si Amil ni bukan diving spot bagi yang nak tengok keindahan dasar laut, sebabnya dasar laut Si Amil ni kebanyakkan nya berpasir dan ada sampah jugak, tetapi yang paling best di Si Amil ialah kita boleh nampak benda-benda yang unik dan susah nak jumpa. Kalau nak tengok apa yang kami jumpa, layan Vlog kat bawah ni!




Si Amil Island
Seashell by the Seashore at Si Amil

p/s: Coconut octopus tu susah nak jumpa, luckily kitorang dapat jumpa, excited!! hilang ralat gopro dah jatuh laut,haha.

Tuesday, March 18, 2014

Vlog Diving: Going Deep in Sipadan Island


Sipadan untuk kedua kali nya masih tidak menghampakan, dunia dasar laut nya masih yang terbaik antara diving spot yang dah pernah diterokai. Walaupun kos diving kali ni mahal sikit, tapi untuk kepuasan serta Dive Master terbaikk dari Scuba Junkie semua nya tak ternilai. Thanks pada K.Jijah yang uruskan semua pasal diving trip kali ni, kitorang just pergi bawak duit n gear je,haha. So enjoy the Vlog! 






Pose wajib di Sipadan 


p/s: Diving trip kali ni gak Gopro kamera jatuh dlm laut dan jadi tukun,hahahaha. Memang tak berjodoh betul dengan Gopro ni. Haishh.

Saturday, February 22, 2014

White Water Rafting - Sg. Sedim 2.0

Aktiviti luar pintu cuti hujung minggu yang lepas, kenapa tajuknya WWR Sedim 2.0, sebabnya dah pernah buat WWR kat Sedim ni pada 2012. Tapi pengalaman untuk kedua-dua WWR ni berbeza, kalau dulu rafting dalam keadaan air yang banyak cabaran nya bot laju sangat so tak feel bila lalu kat jeram-jeram yang kecil, untuk kali ni rafting dalam musim kering dan air kurang cabaran nya bot sangkut dan rasa lah segala batu-batu yang ada kat sungai tu, termasuklah la dapat lebam.haha. Tambahan untuk trip ni dapat cover trekking ke air terjun lata riau yang dalam trip dulu tak penah tahu pun kewujudan air terjun ni. Jadinya ok je kalau nak try something or pergi sesuatu tempat  yang sama banyak kali sebab pengalamannya pasti berbeza. 

Perjalanan kami bermula dari meeting point di Masjid Terapung Puchong baru tahu ada masjid terapung kat puchong, untuk trip kali ni kami seramai 7 orang, bila semua dah sampai meeting point, kami pun memulakan perjalanan dengan 2 buah kereta, melalui PLUS highway dan akhirnya sampai di Kulim jam 3 lebih. Memandangkan masih awal untuk ke Sedim, kami berehat tidur sebenarnya di surau R&R yang tak tahu nama apa. Kira-kira jam 7 pagi selepas menukar pakaian kepada pakaian untuk rafting kami meneruskan perjalanan ke Sedim. Untuk ke Sedim, perlu exit Seberang Jaya dan ikut signboard ke Kulim Hi-Tech, dari sini guna Waze cari Kg. Sedim, bila dah sampai Kg. Sedim akan nampak banyak signboard ke Tree Top Walk Sedim, ikut signboard ni dan akan sampai ke Hutan Lipur Sungai Sedim. Untuk masuk ke Hutan Lipur ni bayaran RM 3 dikenakan untuk 1 kereta. 

Sampai di sini, kami terus parking kereta di base camp Rapid Fire Adventure iaitu satu-satunya syarikat pengendali WWR di Sedim ni. Turut berada di situ beberapa geng kayak dari Langkawi yang turut akan rafting pada hari tu, selepas persiapan (pakai life jacket, helmet dan ambil paddle) dibuat dan mendengar penerangan ringkas dari guide, kami diarahkan untuk ke bawah jambatan untuk melakukan aktiviti water confidence. Water confidence ni aktiviti wajib untuk semua yang akan rafting, melalui water confidence ni kita boleh tahu yang life jacket kita tu dapat menampung berat kita atau tidak. Untuk water confidence di Sedim, kita perlu terjun ke dalam sungai dari ketinggian 6 kaki. Selepas semua dah buat water confidence, guide sekali lagi beri penerangan mengenai arahan-arahan untuk rafting seperti "forward" , "backward" , "bom" dan belajar 1 lagi arahan baru iaitu "bump", mungkin arahan ni ada dalam keadaan air kurang je sebab kita akan banyak tersangkut dan guide akan suruh bump (bangun duduk) supaya guide boleh tarik bot tu. Untuk WWR kali ni jaraknya ialah 2 KM, dan ada beberapa rapid level 3 dan 4, untuk rapid level 4 di Elbow Drop kita akan naik bot tanpa paddle dan akan terjun ke dalam rapid. dah buat 2 kali pun cuak lagi,haha. Ok, we are ready to Raft! Jom layan gambar. 

Tenang
Water Confidence - WWR Sedim 1.0
Briefing dari Guide
Persiapan untuk mengharungi Elbow Drop
Elbow Drop WWR Sedim 1.0 (Air Banyak)
Elbow Drop WWR Sedim 2.0 (Air Kurang) - [ Pic: Anne ]
Habis rafting dalam pukul 2.30ptg, kami kembali semula ke base camp Rapid Fire untuk makan tengah hari, aktiviti seterusnya ialah trekking ke Air Terjun Lata Riau, best sebab dah lama tak trekking dan tak bau hutan, kali dapat bau hutan,yeahhh. Untuk ke air terjun ni, perjalanan pergi mengambil masa kira-kira 1 jam, sampai di air terjun, ambil gambar lepak sekejap dan bergerak keluar memandangkan hari da nak gelap. Perancangan nya selepas trekking ni nak naik tree top walk, tapi tak dapat sebabnya tree top walk dah tutup, bagi kawan-kawan yang tak dapat naik tree top walk, tak pe boleh datang lain kali, kita rafting lagi,haha. 

Signboard ke Gunung Bintang & Lata Riau
Trekking
Us..
Air Terjun Lata Riau - [ Pic taken by Zilla ]
Fernleaf
Pulang semula ke base camp untuk minum petang, ikut perancangan asal kami akan bermalam di sini, tapi ade perubahan jadinya kami akan tidur di Penang. (tak kisah la tidur mana, janji boleh tidur,haha.). Berakhir lah trip WWR Sedim ni, dengan pakej RM 180 untuk Rafting (2km) + Nightwalk + Abseiling + Camping memang berbaloi. Thanks pada organiser (K. Jijah), lain kali buat lagi.haha. 

Terlanjur dah buat Entri WWR, ni senarai WWR yang dah pernah dilakukan, banyak lagi sungai yang belum di conquer ni, jom rafting lagi. Semua sungai ada cabaran yang berbeza, kalau secara peribadi  Sungai Padas paling extreme, tapi Elbow Drop kat Sedim terbaik sebab boleh buat lutut gigil,haha:

1. WWR @ Sungai Kiulu - Sabah
2. WWR @ Sungai Padas - Sabah (Entri Rafting di Padas)
3. WWR @ Sungai Kuala Kubu Baru - Selangor
4. WWR @ Sungai Sedim - Kedah (2X)
5. WWR @ Sungai Kampar - Perak
6. WWR @ Sungai Gopeng - Perak

p/s: Untuk Vlog WWR Sedim, masih di edit, nantikan!

[ Off to deep underwater world...Masa untuk blup blup kat laut pula.]

Tuesday, February 18, 2014

Terengganu : Family Trip (Day 1) ~ Spending time with the Love Ones

Trip tertunda yang sepatutnya pergi masa cuti sekolah hujung tahun 2013, tetapi memandangkan masa tu banjir melanda Pantai Timur, jadinya kitorang decide tunda ke cuti CNY 2014 (30 Jan - 2 Feb). Nasib baik tempahan hotel melalui booking.com dan Homestay tak de masalah untuk tukar ke tarikh baru. Untuk makluman, kalau tempah hotel melalui booking.com tak boleh refund dapat duit balik, dorang akan bagi option untuk tukar tarikh ataupn burn je duit. (ni kes kalau dah bayar full harga hotel la, if tak bayar lagi boleh je nak cancel suka hati,haha). 

Jemaah trip ni terdiri dari 2 keluarga (Family Along & Achik) bersama Mak dan Cik Pijah yg bujang,haha. Family Abang tak dapat join atas urusan kerja tambah plak Iwan kena study sebab nak SPM tahun ni, tapi awal2 lagi dah tuntut dengan makcik nya ni suruh bawak dia g hiking gunung lepas SPM. haha. macam larat je mak busu nya ni nak hiking lagi,haha. Kitorang gerak ke Terengganu secara berasingan, Along gerak dari Melaka so dorang lalu highway Kuantan-Segamat, kitorang yang kat KL ni gerak ikut Karak, nasib baik pagi-pagi Sabtu tu tak jammed sangat walaupun weekend tu cuti panjang. 

Sampai di Awana Kijal lebih kurang pukul 2 petang, Along sampai dulu so dorang check in dulu, tapi awal-awal dah booking connecting room jadinya bilik memang bersebelahan tapi cuma pihak hotel nak tengok confirmation letter memandangkan bilik ditempah atas nama saya. So bila kitorang sampai dalam pukul 2.30 petang check in untuk yang 1 bilik lagi, alhamdulillah dapat 2 bilik yang connecting room, 1 bilik untuk yang lelaki 1 lagi bilik untuk perempuan. Harga 1 bilik untuk semalam RM300. Masuk bilik lepak jap sambil makan tengah hari bekalan yang dibawa - Ketupat, Rendang Daging & Sambal Ikan Bilis, best   bila dapat makan ramai-ramai. Makan n lepak-lepak dalam bilik, tapi bebudak ni dah tak sabar nak mandi kolam, dah bilik nya view kolam so dorang tu asyik ushar kolam je dari atas, lepas asar je semua dah siap nak turun mandi kolam, Mak Busu nya pun join sekali, bila lagi nak spending time dorang ni. Mak Busu nya asyik travel sendiri je,haha. Aktiviti petang tu adalah mandi kolam sampai menggigil kesejukan,haha. 


Kolam Dewasa
Kolam Kanak-Kanak
Padang Golf
Bersama Anak Menakan
Bersama 4 Nieces

Mask Diving pun dorang bawak masuk kolam,haha.
The Girls
Dari Kiri: Achik, Mak and Along with Aqeela, Arman and Aisar

Bersambung untuk hari kedua - misi mencari sunrise!

Tuesday, February 4, 2014

Vlog: Kayak d'Langkawi

Finally siap jugak Vlog Kayak d'Langkawi, kalau ada yang nak tengok macam mana rupanya kayak di celah-celah paya bakau dara Kilim boleh la view Vlog ni. Serius pengalaman yang best dapat kayak di Paya Bakau Malaysia.  Jika berpeluang boleh cuba kayak kat sini. orang malaysia ramai kayak kat Krabi je. Dengar minit ke 2.55 bukti kami kumpulan pertama yang kayak kat sini, bangga jap,haha. 

 Video Edited by Pijah Pelangi
Shooting by Pijah Pelangi & Abg Mie

Monday, January 20, 2014

Day 2: Langkawi Permata Kedah ~ Kayak d'Langkawi 2014

Day 1: Langkawi Permata Kedah ~ Island Hopping

Hari kedua, hari yang dinantikan...masa untuk berkayak, program utama trip ke Langkawi kali ni. Breakfast dah termasuk dalam penginapan, selepas bersarapan kami pun bergerak ke Sg. Kilim yang terletak dalam kawasan Kilim Karst Geoforest Park, untuk makluman Langkawi mempunyai 3 Geopark iaitu Machinchang Geoforest Park, Dayang Bunting Marble Geoforest Park dan Kilim  Geopark sendiri. Perjalanan ke jeti Sg. Kilim mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dari Pantai Tengah dan akan melalui pekan Kuah.

Kami sampai di jeti Sg.Kilim jam 9.30 pagi, sebelum naik bot ke restoran terapung Hole in the Wall sedikit taklimat ringkas dari guide kami iaitu En.Filzan dan En.Halimi dari Geoforest Adventure Cruise.  Untuk pakej kayak ni aktiviti yang ditawarkan ialah:

- 7KM Mangrove Kayak ( including Eagle Feeding )
- Lunch di Restoran terapung
- Fish Farm
- Lawatan ke Gua Kelawar
- Lawatan ke Pulau Kasut & Kilim Geoforest Park Signage

Total harga pakej RM 150 per pax ni untuk group booking yang melebihi 40 org.
Boleh hubungi En.Halimi - Geoforest Adventure Cruise (0175228325)

Kami dibawa ke restoran terapung Hole in the Wall yang juga merupakan Fish Farm so boleh juga lihat pelbagai jenis ikan di sini. Kat sini kami berhenti seketika sementara guide menyediakan kayak, tapi ini bukan merupakan starting point untuk kayak lagi. Kayak yg akan digunakan di ikat pada bot, dan kami sekali lagi naik bot untuk ke tempat starting point. Dari restoran ke starting point tak jauh dalam 10 minit menaiki bot.

Tiba di starting point yang merupakan sungai kecil antara hutan paya bakau, disini kami mula naik ke atas kayak, kayak yang digunakan ialah double ocean kayak dan tak de lubang untuk masukkan kaki, menurut guide kayak ni lagi stabil dari normal kayak yg ada lubang masuk kaki. Bila semua dah ada atas kayak, sekali lagi guide bagi taklimat ringkas mengenai cara menggunakan kayak dan beberapa tips. Memandangkan air laut dah nak surut masa ni so kami kena berkayak dengan laju di sungai kecil ni, kalau tidak tak sampai ke Checkpoint 1 dan terpaksa patah balik. Jadinya taklimat pun sekejap je dan bermula la kayuhan untuk melepasi sungai kecil ni dan sampai ke Checkpoint 1.

Tiba di Checkpoint 1 selepas 1 jam berkayak, masa sampai sini air memang dah agak surut, nasib baik sempat. Berhenti rehat di Checkpoint 1 kira-kira 45 minit. Masa ni lah guide cakap kami merupakan group pertama dalam Malaysia yang berkayak kat sini, bangga jap,haha, tak ramai Malaysian yang tahu pasal kayak ni, yang selalu kayak pun foreigner je. Rugi tak cuba kayak kat sini, sebab kayak di Kilim ni memang terbaik, view mangrove dengan batu kapur memang cantik.

Kami bergerak ke Checkpoint 2, masa ni dah masuk ke sungai yang lebih besar dan dalam, kayak pun  jadi smooth je sebab mengikut arus. Tapi lenguh gak tangan mengayuh kayak sepanjang 7km ni, jadi muscle jap bahu.haha. Sampai di Checkpoint 2, kat sini guide tunjukkan mcm mana cara pembenihan pokok bakau, kalau ingat ada dalam subjek geografi masa sekolah dulu. Terus lagi berkayak dan kami sampai di kawasan Eagle Feeding, kat sini memang akan nampak banyak Helang menyambar makanan yang diberi. Terdapat 2 jenis helang iaitu helang merah dan putih. Lama gak lepak sini sambil lepak tgk helang dan menikmati pemandang batu kapur yang superb.

Kayuhan diteruskan lagi untuk ke Checkpoint 3, kat sini rehat kejap je dan guide tanya kalau ada yang dah penat boleh balik naik bot rescue. Untuk makluman sepanjang kayak ni memang akan ada bot rescue, bot ni bertindak macam first aider  sambil-sambil ada photographer amek gambar. masing-masing semangat so xde yang balik naik bot, selepas Checkpoint 3 ni kami kena melintas laluan utama yang digunakan untuk bot mangrove tour, jadinya kat sini memang bahaya sikit sebab bot yang dtg semuanya laju. Tambahan arus agak kuat sebab dah berdekatan dengan laut lepas, alhamdulillah semua berjaya lepas, perjalanan diteruskan hingga ke restoran Hole in the Wall tadi. Kat sini kami makan tengahari dan melawat fish farm. Selepas makan, aktiviti tak abes lagi, kami masih ada tour menaiki bot ke signage Kilim Geoforest Park dan Gua Kelawar.

Layan gambar kayak dulu...serius best, highly recommended untuk dicuba.

Briefing dari En. Filzan di Jeti Kilim
Hole in the Wall Restaurant & Fish Farm
Route 7KM - Checkpoint 1 tak nampak (di penghujung sg.kecil) - Pic Google
Kayak yang digunakan - Ocean Kayak 
Kayak di Starting Point
Briefing di Starting Point
 Berehat di Checkpoint 1
Checkpoint 1 - sebelum keluar ke sungai yg lebih besar
Dikelilingi hutan paya bakau
The Guide
Guide Menunjukkan kelangsungan hidup benih pokok bakau
Menuju ke Checkpoint 3
Eagle Feeding
Terbaik...mangrove kayak
Aktiviti seterusnya selepas makan tengahari ialah lawatan ke signage Kilim Geoforest Park dan Gua Kelawar. Destinasi pertama ialah ke laut Andaman dimana terletak signage Kilim Geoforest Park dan juga Pulau Kasut. Tak lama kat sini, ambil gambar sekejap dan terus bergerak ke Gua Kelawar. Bayaran masuk untuk Gua Kelawar ialah RM1 dan akan dapat torchlight, untuk kami dah memang termasuk dalam pakej. Untuk lawatan Gua Kelawar ni guide kayak jugak yang jadi guide untu Gua Kelawar, banyak penerangan dan info yang kami dapat mengenai Gua Kelawar ni. Kalau pergi sendiri tak guna guide pun ok sebab banyak papan tanda maklumat dan gua ni xbesar sangat nak pusing.

"The bat cave was existed about 440-480 million years ago, and it's lurks quietly in a mangrove swamp in a tributary of Kilim River. The chamber is in the form of a long tunnel. Clinging precariously on the ceiling of hundreds of bats, The stalactites and stalagmites within this cave are of the gigantic proportions. Stalactites on the eastern cave entrance are rather unique as they did not grow vertically downward. The growth of these oblique stalactites is believed to be associated with the deposition of travertine deposits by photosynthetic algae that required brighter sunlight to grow. There are ancient oyster shells attached on certain wall of the cave, a few meters above the sea level, indicating a higher ancient sea level 5000 years ago..." - Sumber Google

Andaman Sea & Pulau Kasut

Signage Kilim Geoforest Park

Batuan atas tu macam bentuk Penyu

Gua Kelawar
Kena  senyap takut menggangu Kelawar
Tamat lawatan ke Gua Kelawar maka berakhir la tour ni, kami bergerak semula ke jeti Sg. Kilim, ada sikit majlis penyerahan cenderamata dan sijil penyertaan. Bergerak keluar dari sini jam 4 ptg, dan meneruskan aktiviti lawatan pulau. Tak banyak tempat yang sempat pergi memandangkan hari dah petang, kami sempat singgah di tempat pembuatan minyak gamat dan pekena Laksa power tak power sgt pun berdekatan airport Langkawi. Kemudian balik ke hotel dan BBQ malam tu, berakhir hari kedua. Aktiviti hari ketiga ialah Lawatan ke Kabel Car dan shopping di Pekan Kuah. Yang ni xde entri sebab aktiviti ni dah biasa sangat,haha. Tamat trip vmy2013 ke Langkawi.

Sijil Pencapaian katanya - Sumber Facebook Azreena Idris

Nantikan Vlog khas Kayak d'Langkawi dalam entri akan datang....