Wednesday, January 15, 2014

Day 1: Langkawi Permata Kedah ~ Island Hopping


Sempena kempen Visit Malaysia 2014 #vmy2014 jadi sesuai sangat la trip pertama tahun dimulakan dengan trip Langkawi. Trip ni anjuran Kelab Rekreasi Lasak ofis saya, yang sebelum ni dah banyak anjurkan program-program best seperti Eksplorasi Royal Belum, Eksplorasi 3 Pulau (Redang,Perhentian,Lang Tengah), White Water Rafting Sedim, Cabaran Gua Kandu dan untuk tahun ni Berkayak d'Langkawi 2014.Hah best x ada rasa macam nak keje si ni x , untungla dapat ofis yg memahami pekerja dia ni yang kaki outdoor dan kaki travel. cuma tang nk cuti je susah sikit,huhu.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas dari HQ sekitar jam 10 malam. Selepas berhenti di beberapa R&R sepanjang perjalanan akhirnya kami sampai di Jeti Kuala Perlis jam 6.30 pagi. Kami singgah di masjid terapung Al-Hussien berhampiran dengan jeti untuk solat subuh dan persiapan diri. Cantik, bersih dan selesa masjid ni, jadi kalau sampai di jeti awal pagi boleh la ke masjid ini untuk berehat dan sebagainya. Kebetulan pada pagi Sabtu kami sampai ni, selepas solat subuh siap ade tazkirah lagi, kalau ada masa boleh la dengar sekali. Hehe

Selepas membuat persiapan diri, waktu ni kami dah siap-siap tukar baju untuk masuk air, sebab sampai je Langkawi nanti akan terus ke Island Hopping. Tiket feri kami jam 8.15 pagi iaitu feri pertama dari Kuala Perlis. Harga tiket feri Kuala Perlis - Langkawi masih lagi RM18 sehala, masih sama waktu saya dtg tahun lepas.Untuk jadual feri dan harga tiket feri boleh rujuk di laman web https://langkawi-ferry.com/home/schedule.aspx#perlis. Tiket dah ada kami pun bergerak untuk masuk ke dalam feri, tapi masalahnya hanya satu sahaja pintu feri dibuka, dan pagi tu memang bersesak la untuk masuk ke feri,  sepatutnya depart jam 8.15 tapi 8.40 kami masih lagi diluar menunggu giliran nak masuk. Akhirnya kesemua 42 orang kami berjaya masuk dan feri pun berangkat jam 8.45 pg. Perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa 1 jam 15 minit, jangan lupa bawak sweater bersama sebab dalam feri ni sejuk terutama feri yang di awal pagi. 

Feri yang kami naiki.
Kami sampai di jeti Kuah kira-kira jam 10.15 pagi, waktu ni agen tour yang kami ambil dah sedia menunggu untuk aktiviti Island Hopping. Tapi memandangkan ramai yang belum breakfast jadinya kami pun breakfast dulu. Lepas breakfast dapat arahan untuk masukkan beg besar yg xnk dibawa untuk Island Hopping boleh simpan dalam 1 van ni (sebab kami belum check in lg time ni), lepas dah masukkan beg kami pun jalan kaki dalam 5 minit ke jeti kecil sebelah jeti Kuah (keluar jeti Kuah ambil ke arah kedai mamak dan jalan ikut tepi laut) untuk naik bot Island Hopping. Island Hopping ni sama macam pakej biasa yang ditawarkan di Langkawi, akan pergi 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Tapi yang tak best kami dapat bot yang bertutup tak macam bot biasa yang open air kan, so tak nampak view dalam perjalanan tp xbasah la kena air laut.haha

Ni bot kami untuk Island Hoping, kalau nampak sana tu jeti Kuah so jeti kecil ni dekat je dgn jeti Kuah.
Island Hopping kami bermula jam 11.00 pagi, destinasi pertama ialah Pulau Beras Basah, pulau ni xde aktiviti lain selain bersantai tepi pantai dah mandi manda. Waktu kami tiba disini orang ramai sangat nak mandi laut pun tak best so masuk kejap je rasa air laut lepas tu habiskan masa jalan kat pulau ni. Saya dengan k.ina jalan sampai ke jeti pulau ni, dan jumpa ada pokok yang ada buaian kitorang pun lepak kat situ, nak try naik buaian tu tp tak sampai,haha. Habiskan masa 45 minit kat sini dan bergerak semula untuk ke destinasi seterusnya.

Papan tanda yang dah lama kat sini, rasanya masa dtg thn 2005 pun sama gak
Pantai Beras Basah

Tak mampu nak buat macam ni, tengok je la

Nampak je rendah, tapi payah nau nak naik,haha
Destinasi seterusnya ialah ke perairan Pulau Singa Basah, kat sini kita boleh nampak banyak helang yang jadi simbol Langkawi iaitu Helang Merah atau Helang Winston logo rokok winston. Dah nama pun Langkawi jadinya memang banyak Helang la kat sini, bila boatman campak ikan, kita boleh tengok helang tu menyambar ikan dengan jarak dekat. Di sini tak lama dalam 10 minit je. Kemudian bergerak ke Pulau Dayang Bunting. Setibanya di jeti untuk ke Tasik Dayang Bunting kami perlu trekking menaiki tangga kira-kira 10minit. Diawal trek ada disediakan tandas awam, dan ini satu-satunya tandas awam yang ada di sini. Sampai je kat Tasik Dayang Bunting ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya Boat Paddle (RM30 untuk 15minit). Untuk mandi di Tasik Dayang Bunting ni, dinasihatkan supaya memakai life jacket kerana dasar tasiknya yang dalam. Perkhidmatan sewaan life jacket disediakan dengan kadar RM10 satu. (kalau nak jimat boleh sewa life jacket dengan boatman boleh dapat RM5 satu). Kami mandi di sini lebih kurang 1 jam dengan gilir2 pakai life jacket nk jimat nye pasal,haha. try gak swim without lifejacket, penat ok

Sedikit sejarah mengenai Tasik Dayang Bunting, ia terhasil dari proses luluhawa batuan kapur yang akhirnya musnah dan membentuk tasik dayang bunting. Terdapat jugak beberapa mitos yang dikaitkan dengan tasik dayang bunting ni antaranya:

Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati Dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apabila Dayang terpandang wajah Megat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik hingga melahirkan anak, tetapi anak Dayang mati setelah 7 hari dilahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting. [Sumber: Google]
Versi kedua pula mitos ini, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring dengan dihadapanya ada bekas air, dan kemudianya telah disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu dan pulau yang mengandungi tasik. Jadi ketika anda menaiki bot untuk ke pulau ini tekong bot akan menunjukkan pemandangan pulau yang menampakkan bentuk wanita hamil yang sedang terbaring. [Sumber:Google] 


Pulau Dayang Bunting
Dayang Bunting Marble

Satu-satunya tandas awam kat sini

Tasik Dayang Bunting

Bagaimana terbentuknya tasik ni

Tasik Dayang Bunting

Kami meninggalkan Pulau Dayang Bunting ini jam 2 ptg dan tiba di jeti jam 3 ptg, berakhir Island Hopping, kami pergi ke semula ke parking van yang diletakkan barang dan waktu ini ada 3 lagi van sedang menunggu untuk membawa kami semua. Memandangkan masing-masing dah lapar, kami dibawa untuk makan tgh hari di sebuah restoran, makan ni dah termasuk dalam pakej pengangkutan dan penginapan yang kami ambil. Selepas makan kami dibawa ke Pantai Tengah untuk check in di Charlie Motel. Charlie Motel satu-satunya chalet di Pantai Tengah sebab tu keadaan persekitaran nya tak berapa terjaga sangat tapi yang pantai dia tak seramai dan sesibuk macam di Pantai Cenang. 1 bilik dengan 2 katil double dikongsi 4 orang. 


Charlie Motel


Petang ni aktiviti bebas jadi nya kita layan sunset sampai muntah, tapi sunset hari ni malu-malu nak keluar, asyik berselindung di balik awan. 



Sunset in front of Charlie Motel @ Pantai Tengah
Berakhir hari pertama, jumpa di hari baru dengan aktiviti yang ditunggu-tunggu. Jom Kayak!

3 comments:

  1. pstt, ada kerja kosong tak kat sana??..agak2 kalau nak offer jadi 'staff angkat' boleh tak?? hehehe..opis sini boring..semua tak minat aktiviti2 extreme macam ne huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, staff angkat eh,boleh2....tapi nanti kena berebut cuti ngan adik n syafiq r , tak leh travel sama r mcm tu sebab bos besar xbg cuti ramai2 ,haha.

      Delete
    2. hahaha..kalau macam nak apply jadi staf angkat ajelah, pijah hehehe...

      Delete