Huhu....sedih nak tulis entri ni setelah 3 tahun bersama..susah senang dirasa akhirnya tiba gak ulang tahun batch time kite sume dah nak kuar dari UKM lagi sedih xdapat nak celebrate same2 ...huhu masing-masing dah bawak haluan sendiri.. tapi yang pasti dihati masing2 kita sentiasa bersama.. bermula dari KAF,Jatidiri, Induksi..hinggalah ke program terakhir... pasti ku ingat setiap detik bersama kalian susah nak cariadik beradik mcm korang kalo bukan kat UPSM UPSM banyak mengajar aku erti kehidupan pape pun nak cakap kat sini AKU SAYANG KORANG... semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya
" Perjuangan Masih Belum Selesai "
Mendua - Hampir Ke Situ
Aku sadar bukan mudah Untuk mengejar mimpi indah Pernah suatu ketika dulu Ku punya harapan besar Kini aku tak pasti Dapatkan ku miliki
Sudah jauh kita tempuh Kekalkanlah impian lalu Mungkin ada hikmat Yang akan menunggu Di penghujung jalan Biar nanti kecewa Setidak-tidaknya mencuba
(korus) Jika halangan menduga perjalanan kita Janganlah kau putus asa Karena ku ada di sisi setia menemani Andai semangatmu gugur Genggamlah tanganku Kita hampir ke situ
Adakala ku terasa Ketabahan tak setegar Tetapi apakan daya Berhenti separuh jalan Percayalah padaku Aku yakin kita mampu
(ulang korus)
Biar orang katakan Rapuhnya harapan Bukan mereka tentukan lagi Kau ada aku dan aku punya kamu Amanlah akhirnya tetap bersama Oh…
Ari ni kitorang telah berkonvoi untuk g ke kenduri abg fakoq kat felda sungai tengisampai kat sane around kul 1 tgh hariyg best nye sampai kat umah abg fakoq ramai senior yg da sampaikire dah mcm ala2 family day gak la..heheantara senior yg dtg dari batch 16, 18, 19 dan kami yg junior ni...k...kalo nak tau sape yg dtg tgk la gambar2 ni...hehe
Hehe....selepas penat mengemas Bilik UPSM.. ingat balik bilik nak tido tapi mata ni xnak lelap plak so pe lagi tangan pun gatal nak tukar layout blog dan inilah hasilnya blog terbaru...walopun nampak cam serabut sket tapi suke sebab de tarikh..layout sebelum ni xde tarikh
thanks pada adik2 dan ahli batch yg mengemas bilik UP tadi..dari PA Logikreasi ...tomorrow moning nak g anta draft tesis kat penyelia...
First movie yang aku tgk ialah Syurga Cinta....best gak la citer ni xmcm citer cinta komedi melayu yg sebelum2 ni...SC penuh ngan pengajaran...cehhh...hehe...aku g tgk citer ni ngan Olo, Zin n Shah...yg aku xthn shah gelak giler sakan...sampai aku rase die la yg paling kuat dlm panggung tu...huhu...Kesimpulanya x rugi tgk citer SC ni....citer yg sweet dan kelakar...hehe....Kat sini de beberape ayat yg aku suke dlm citer ni :
1. "Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia memberi kita petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi..."
2. "Jodoh itu telah ditentukan oleh Tuhan, dan saya sebagai hambanya perlu berusaha dan tawakal agar mendapat jodoh yang disayangi Allah, Insyaallah..."
3. "Cinta dan hati saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali saya, bukan untuk dipersendakan"
SINOPSIS
Irham, berusia lewat 20-an anak kpd Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lg. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana utk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikir sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang I slam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar- benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaaan tersebut??? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku?? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....
Movie seterusnya ialah Terminator Salvation...baru je g tgk semalam...hehe...Citer best gak...penuh dengan aksi yg mengejutkan...hehe....aku g tgk citer ni ngan dak2 batch 20...12 org kesemuanye.....pe yg best time on da way balik ke ukm kitorang sempat lg nyanyikan lagu bday to echah time benti kat traffic light....kete sebelah cam pelik je tgk kitorang nyanyi kuat2...hehe....neway HAPPY BIRTHDAY ECHAH...Ni sinopsis Terminator Salvation...enjoy
SINOPSIS TERMINATOR SALVATION
Kegelapan dan kecemasan yang jarang ada semenjak filem ‘Aliens’, ‘Terminator: Salvation’ ataupun ‘T4’ memperbesarkan unsur-unsur asing yang lebih pintar dan lebih ‘superior’ daripada kita, diolah di sini sehingga benar-benar seperti boleh mengancam dan meluputkan manusia. Bunyi robot terminator besar jenama “Hunter-Killer” berjalan-jalan mencari mangsa rasa seperti bunyi akhir zaman dialami dalam stereo – nak pecah dada gua cakap lu!
Bawaan watak penyelamat manusia John Connor oleh Christian Bale juga meletup-letup di layar perak, serius dan dramatis diseimbangkan dengan aksi fizikal yang bukan calang-calang. Settingnya di tahun 2018, apabila John yang sudah besar panjang tampil ke depan di era nazak peperangan manusia-mesin sebagai penghulu gerakan Resistance yang mementingkan kesinambungan kaum manusia. Protagonis kedua yang akhirnya memainkan peranan terpenting kali ini ialah Marcus Wright (Sam Worthington), manusia separuh siborg dari masa silam.
Dengan hanya berpandukan berpuluh-puluh mesej kaset ditinggalkan oleh ibunya yang hilang, Sarah Connor, dan juga rakan karib/pegawai kanannya Barnes (Common), John tiada pilihan tetapi untuk meneruskan tanggungjawab beratnya sebagai ketua umat-umat manusia yang tinggal di Bumi dalam memerangi komplot dan dominasi Skynet, institusi teknologi durjana yang merekacipta mesin-mesin kemusnahan ini. Premis ini yang mungkin membuatkan ‘T4’ seperti sebuah peristiwa benar yang boleh terjadi tidak lama lagi.
Walaupun peluangnya tipis, dihadapkan dengan kemusnahan, ketidakstabilan sains dan teknologi, ekonomi dan politik serta asakan tanpa belas kasihan robot-robot T-1000, T-800 dan T-600 (yang direka berdasarkan rupabentuk fizikal Arnold Schwarzenegger, ‘Terminator’ terunggul), John tetap kental dengan misinya mencari Kyle Reese (Anton Yelchin), seorang remaja ‘survivor’ yang dipercayai habis-habisan oleh John sebagai kekunci penyelamat umat tetapi berada di luar kawasan manusia bersama seorang budak jagaannya yang bisu, Star (Jadagrace).
Untuk cuci mata kali ini, kita ada Moon Bloodgood sebagai pegawai Resistance dan pilot cun bernama Blair, dan juga Bryce Dallas Howard selaku isteri John yang mengandungkan zuriatnya (jika ada sekuel, pasti menariklah jawabnya). Namun kehadiran Bloodgood di skrin berat dan menyerlah, manakala Howard (‘Lady In The Water’ serta Gwen Stacy dari ‘Spider-Man 3’) juga memainkan peranan. Si montel Jadagrace juga pasti menyentuh hati dengan peranannya sebagai Star.
Muzik oleh komposer filem moden terulung, Danny Elfman, tidak mengecewakan, malah mengagumkan dalam kapasitinya membesarkan cerita dan visual-visual luarbiasa yang bakal menunggu kita untuk ‘T4’. ‘Salvation’ boleh dikatakan antara filem terbaik arahan McG, yang mencipta nama dalam arena muzik video sebelum ini. Sekuens aksi di dalam filem ini tidak perlu digembar-gemburkan, hanya perlu disaksikan sendiri keseniannya di sebalik deruman mesin industrial, api dan kegelapan.