Thursday, December 17, 2009

Corat Coret 1430H......Salam Maal hjrah 1431H


Sudah lama tidak mencoret di blog ini. Sempena tahun baru ni,terasa ingin menulis sesuatu di blog yang lama telah ditinggalkan ini...Tahun baru, buku baru, azam baru tetapi persoalannya adakah telah tercapai segala perancangan yang telah direncana sepanjang tahun lepas??? Mungkin ada yang tercapai namun mungkin ada juga yang belum tercapai, tepuk dada tanya diri masing-masing..Bagi saya tahun 1430H bersamaan 2009 merupakan tahun yang penuh warna warni kehidupan, tahun 2009 merupakan tahun saya bergelar graduan dan ini bermakna habis sudah alam pengajian saya (sementara je..kalo sambung master kembali semula bergelar pelajar,hehe). Berakhirnya kehidupan kampus, alam lain sedia menanti semestinya dunia pekerjaan...saya mungkin bertuah kerana habis je study terus dapat kerja, namun mungkin bukan rezeki untuk bertahan lebih lama disitu, saya hanya bertahan selama 3 bulan sahaja, keje yang saya suka buat dan environment yang best tapi management ofis yang x berapa nak best jadi saya ambil keputusan untuk tinggalkan Z******, namun saya berterima kasih kepada Z****** kerana banyak yang dipelajari sepanjang berada disana.

Alhamdulillah, selepas resign dari sana saya dapat pula tawaran ditempat lain(tapi hanya trainee), dan sekarang sudah sebulan saya berada ditempat baru. Masih lagi mencari kesesuaian di sini, suasana baru, kerja baru, orang baru, segalanya barulah, namun adakala terasa masih lagi tidak menepati apa yang saya inginkan, adakah saya tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang?? tidak, saya bersyukur dan redha mungkin ini memang telah tertulis untuk saya...cuma sesekali mengeluh mengapa masih lagi belum mendapat pekerjaan yang tetap, bila boleh stabil, bila boleh bagi duit kat mak...huhu. Setiap hari memikirkan masa depan yang belum pasti, kadang-kadang terasa penat dah untuk menjadi orang dewasa ni, namun saya bersyukur kerana dikelilingi oleh teman-teman (anda tahu siapa anda) dan keluarga yang menyokong saya. Sentiasa memberi semangat dan kerana kalianlah saya masih berdiri teguh.Terima kasih kalian..

Mengharungi manis dan pahit 1430H memberikan pengalaman kepada saya serta lebih mematangkan saya. Mengharap akan ada sinar pada tahun hadapan, semoga hidup saya akan lebih teratur. Seorang teman pernah berkata, kadang-kadang Allah uji kita, setimpal dengan apa yang kita lakukan, jadi mungkin tahun 1430H saya belum cukup baik , masih lagi terleka dalam menunaikan suruhanNya dan mungkin itulah Allah menguji saya. Untuk 1431H semoga saya akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dalam mencari keredhaanNya. Amin....

Dalam pahit ada manisnya, terasa bertuah kerana mempunyai teman-teman yang sentiasa bersama dalam suka dan duka. Terima kasih UPSM kerana memberi peluang untuk saya mengenali mereka. Kepada mereka diharap tahun yang mendatang akan lebih baik buat anda semua....Semoga kita semua akan menikmati Pelangi yang indah selepas hujan...
Erm..setakat ni dulu entri saya pada kali ni Salam Maal Hijrah pada semua......
Akhir kata " Hargailah Mereka Yang Menghargai Anda"



p/s: Kita kena sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari. Biarlah orang tak nampak kita jadi makin baik. Yang penting, kalau kita dah berusaha. Allah akan tunjuk jalannya.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri.....


Di kala aku menulis entri ni...tinggal 5 hari lagi Syawal yang mulia akan menjelma....di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang megenali diri ini dan terutamanye pada blogger2 yg mengikuti blog seceriawarnapelangi ini.....Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

TANGAN DIHULUR, KEMAAFAN DIPINTA

Saturday, September 12, 2009

Iktibar dari Pokok Semalu....


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidina Fatimah r.a , setibanya mereka dibawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak tumbuhan semalu, kakinya berdarah mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu itu dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sebuah tumbuhan yang kecil.





Friday, September 11, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu...



Erm..beberapa hari lepas ade beli majalah Dewan Masyarakat dan isu bulan ini ialah pasal 7 Wasiat Raja-raja Melayu. So nak kongsilah sikit kat blog ni tentang wasiat-wasiat ni. Semoga apa yang ditulis menjadi iktibar pada semua...

Akhir-akhir ini banyak orang yang lupa diri. Hanya disebabkan warna bendera parti yang berbeza, ideologi yang tidak sama, segala perkara dijadikan "modal" politik untuk meraih sokongan. Soal sensitiviti dan menghormati maruah orang lain kini sudah menjadi perkara kedua.

Peringatan "terakhir" Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, pada 6 Ogos lalu, tentang tujuh wasiat Raja-raja Melayu sewajarnya diteliti dengan penuh hikmah oleh semua pihak. Wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu mengandungi perkara berikut :-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik, dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)






Tuesday, September 8, 2009

The Making Of Kuih Raye.....


Weekend yg lepas sekali lg aku turun UKM sebab ade Majlis Berbuka Puasa bersama adik2 UPSM....tp entri kali ni bukan nk citer sal MBP pape pun thanks kat adik2 yg penat memasak untuk kami semua..

OK...entri kali ni nak citer ape yg aku n dak2 batch
aku wat keesokan harinya....mula2 plan nk balik subang lepas sahur..tp xtau nape mcm ade badi lak bile da sampai UP ni mmg susah nak balik..so ape lg timbul la idea gila2 kitorang ni...idea nye ialah PROJEK WAT KUIH RAYE...

Hehe...excited giler nk wat ni sampai bahagi 2 team ni...1 team g beli barang2 nak wat kuih 1 lg team kena kemas UP...haha sian la sape yg kena
kemas UP tu...Aku jd driver pd team yg kena beli barang ni...hehe..So kami pun g la membeli belah
kat te
sco...

Abes shopping dlm kul 2.30 ptg...balik je kami terus proses membuat kuih raye bermula...xtau mcm man e nk digambarkan membuat kuih raye bersama adik beradik batch...mmg sgt best ...maybe sebab kami da lame x membuat aktiviti secara b
ersama so masing2 sume excited giler...ade yg berebut2..ade yg gado2 manje dan ade yg jd
tukang tester,mcm2 karenah...hehe semuanya sebab kuih raye....

Akhirnya misi untuk membuat kuih raye telah terlaksane....erm dan hasilnye sgt menyelerakan n sedap...dan untuk penutup malam tu kami berbuka puase bersama di UPSM...bile nk balik tu sedih giler nk meninggalkan adik beradik yg masih lg memegang amanah menjaga UPSM..huhu..
credit pd sume yg ade time wat kuih raye tu...next time kite
wat benda lain lak eh...hehe SAYANG KORANG.....................













Monday, July 13, 2009

Working Life....

Erm da sebulan xmenulis entri kat blog ni...maybe sebab malas n busy. Skang ni da start keje...ofis kat subang so jauh dari family n everything kena buat sendiri. Kena cr umah sewa sendiri...huhu...seb baik da slalu independent dlm upsm so xde problem sgt...ni baru betul2 Boleh Hidup Ke?...


Ofis hour kul 9-6, masuk je ofis terus mengadap sistem editing...huhu lenguh tengkuk gak la...tgh wat projek Dokumentari 1 Malaysia skang ni...huhu. A lot of thing to do, due date middle of this month tp still xdpt bahan dari Filem Negara lagi so xleh nak proceed sgt la doko ni....


Dlm minggu ni lak kena shooting untuk interview public about 1Malaysia. Sape nak di interview sila hubungi aku,hehe....


Bile dah keje ni rindu lak nak jadi student...yela time student dapat ptptn kan so xde la sengkek sgt cm skang ni...huhu...skang ni kena bayr duit umah sewa la...duit kete...huhu everything need money...pape pun xpe experience tu penting kan...so keje la kat sini dulu kumpul duit,hehe.....













Sunday, June 7, 2009

Selamat Ulang Tahun BATCH 20...

BATCH 20


Huhu....sedih nak tulis entri ni
setelah 3 tahun bersama..susah senang dirasa
akhirnya tiba gak ulang tahun batch time kite sume dah nak kuar dari UKM
lagi sedih xdapat nak celebrate same2 ...huhu
masing-masing dah bawak haluan sendiri..
tapi yang pasti dihati masing2 kita sentiasa bersama..
bermula dari KAF,Jatidiri, Induksi..hinggalah ke program terakhir...
pasti ku ingat setiap detik bersama kalian
susah nak cari adik beradik mcm korang kalo bukan kat UPSM
UPSM banyak mengajar aku erti kehidupan
pape pun nak cakap kat sini AKU SAYANG KORANG...
semoga ukhwah yang terjalin akan k
ekal selamanya


" Perjuangan Masih Be
lum Selesai "

Mendua - Hampir Ke Situ

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

(ulang korus)

Kak Echah,Olo, Echah,Che Mah,Eja,Babam,Zila,
Dodot,Kak Dayah,Dada,Haf,Kierah,Syiera,Jajai,Madah,Ekalily,ME

Shah,Alan,Zin,Napie,Roy,Shawal,Man,Shakeer



7 June 2009 - B'day Batch 20, B'day Malik, n I'm going to Langkawi...hehe


Saturday, June 6, 2009

Kenduri Abang Fakoq dan Kak Wanie....

Ari ni kitorang telah berkonvoi untuk g ke kenduri abg fakoq kat felda sungai tengi sampai kat sane around kul 1 tgh hari yg best nye sampai kat umah abg fakoq ramai senior yg da sampai kire dah mcm ala2 family day gak la..hehe antara senior yg dtg dari batch 16, 18, 19 dan kami yg junior ni... k...kalo nak tau sape yg dtg tgk la gambar2 ni...hehe

Friday, June 5, 2009

Bertukar...

Hehe....selepas penat mengemas Bilik UPSM..
ingat balik bilik nak tido
tapi mata ni xnak lelap plak
so pe lagi tangan pun gatal nak tukar layout blog
dan inilah hasilnya
blog terbaru...walopun nampak cam serabut sket
tapi suke sebab de tarikh..layout sebelum ni xde tarikh

thanks pada adik2 dan ahli batch yg mengemas bilik UP tadi..dari PA Logikreasi
...tomorrow moning nak g anta draft tesis kat penyelia...

Tuesday, June 2, 2009

Review: Syurga Cinta & Terminator Salvation


First movie yang aku tgk ialah Syurga Cinta....best gak la citer ni xmcm citer cinta komedi melayu yg sebelum2 ni...SC penuh ngan pengajaran...cehhh...hehe...aku g tgk citer ni ngan Olo, Zin n Shah...yg aku xthn shah gelak giler sakan...sampai aku rase die la yg paling kuat dlm panggung tu...huhu...Kesimpulanya x rugi tg
k citer SC ni....citer yg sweet dan kelakar...hehe....Kat sini de beberape ayat yg aku suke dlm citer ni :

1. "Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia memberi kita petir dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi..."

2. "Jodoh itu telah ditentukan oleh Tuhan, dan saya sebagai hambanya perlu berusaha dan tawakal agar mendapat jodoh yang disayangi Allah, Insyaallah..."

3. "Cinta dan hati saya adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali saya, bukan untuk dipersendakan"



SINOPSIS

Irham, berusia lewat 20-an anak kpd Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar
di luar negara sejak berumur 12 tahun lg. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana utk
beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik
keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah
seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika
belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.
Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya.
Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka
mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai
gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan
nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh
datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan
didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah
yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila
Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham
yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham
sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih
dan sayang.

Irham pula sedikir sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan
tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan
dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang I
slam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex
bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham
telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-
benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar
kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya.
Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia
gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaaan tersebut???
Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....



Movie seterusnya ialah Terminator Salvation...baru je g tgk semalam...hehe...Citer best gak...penuh dengan aksi yg mengejutkan...hehe....aku g tgk citer ni ngan dak2 batch 20...12 org kesemuanye.....pe yg best time on da way balik ke ukm kitorang sempat lg nyanyikan lagu bday to echah time benti kat traffic light....kete sebelah cam pelik je tgk kitorang nyanyi kuat2...hehe....neway HAPPY BIRTHDAY ECHAH...Ni sinopsis Terminator Salvation...enjoy


SINOPSIS TERMINATOR SALVATION

Kegelapan dan kecemasan yang jarang ada semenjak filem ‘Aliens’, ‘Terminator: Salvation’ ataupun ‘T4’ memperbesarkan unsur-unsur asing yang lebih pintar dan lebih ‘superior’ daripada kita, diolah di sini sehingga benar-benar seperti boleh mengancam dan meluputkan manusia. Bunyi robot terminator besar jenama “Hunter-Killer” berjalan-jalan mencari mangsa rasa seperti bunyi akhir zaman dialami dalam stereo – nak pecah dada gua cakap lu!



Bawaan watak penyelamat manusia John Connor oleh Christian Bale juga meletup-letup di layar perak, serius dan dramatis diseimbangkan dengan aksi fizikal yang bukan calang-calang. Settingnya di tahun 2018, apabila John yang sudah besar panjang tampil ke depan di era nazak peperangan manusia-mesin sebagai penghulu gerakan Resistance yang mementingkan kesinambungan kaum manusia. Protagonis kedua yang akhirnya memainkan peranan terpenting kali ini ialah Marcus Wright (Sam Worthington), manusia separuh siborg dari masa silam.

Dengan hanya berpandukan berpuluh-puluh mesej kaset ditinggalkan oleh ibunya yang hilang, Sarah Connor, dan juga rakan karib/pegawai kanannya Barnes (Common), John tiada pilihan tetapi untuk meneruskan tanggungjawab beratnya sebagai ketua umat-umat manusia yang tinggal di Bumi dalam memerangi komplot dan dominasi Skynet, institusi teknologi durjana yang merekacipta mesin-mesin kemusnahan ini. Premis ini yang mungkin membuatkan ‘T4’ seperti sebuah peristiwa benar yang boleh terjadi tidak lama lagi.
Walaupun peluangnya tipis, dihadapkan dengan kemusnahan, ketidakstabilan sains dan teknologi, ekonomi dan politik serta asakan tanpa belas kasihan robot-robot T-1000, T-800 dan T-600 (yang direka berdasarkan rupabentuk fizikal Arnold Schwarzenegger, ‘Terminator’ terunggul), John tetap kental dengan misinya mencari Kyle Reese (Anton Yelchin), seorang remaja ‘survivor’ yang dipercayai habis-habisan oleh John sebagai kekunci penyelamat umat tetapi berada di luar kawasan manusia bersama seorang budak jagaannya yang bisu, Star (Jadagrace).

Untuk cuci mata kali ini, kita ada Moon Bloodgood sebagai pegawai Resistance dan pilot cun bernama Blair, dan juga Bryce Dallas Howard selaku isteri John yang mengandungkan zuriatnya (jika ada sekuel, pasti menariklah jawabnya). Namun kehadiran Bloodgood di skrin berat dan menyerlah, manakala Howard (‘Lady In The Water’ serta Gwen Stacy dari ‘Spider-Man 3’) juga memainkan peranan. Si montel Jadagrace juga pasti menyentuh hati dengan peranannya sebagai Star.

Muzik oleh komposer filem moden terulung, Danny Elfman, tidak mengecewakan, malah mengagumkan dalam kapasitinya membesarkan cerita dan visual-visual luarbiasa yang bakal menunggu kita untuk ‘T4’. ‘Salvation’ boleh dikatakan antara filem terbaik arahan McG, yang mencipta nama dalam arena muzik video sebelum ini. Sekuens aksi di dalam filem ini tidak perlu digembar-gemburkan, hanya perlu disaksikan sendiri keseniannya di sebalik deruman mesin industrial, api dan kegelapan.


Friday, May 29, 2009

Boleh Hidup Ke???

Huhu...dah lame x mengupdate blog ini...aku baru je abes uruskan kursus pemantapan jatidiri kat melaka 22-26 ari tu...next kursus is induksi...huhu...

so dlm kursus tu aku jd pemangku pengarah program n penyelaras boleh hidup ke? Citer sal boleh hidup ke ? ni ...hehe....pd 25/5 aku dah memberi tasking kat junior-junior aku ni supaya dorang survive kat melaka hanya berbekal kan duit Rm50 n ic je...haha...aktiviti ni bukan nak mendera dorang tp nak dorang tahu mcm mane nak survive dlm dunia kat luar tu...n aku rase mase dapat task ni dorang mesti syok giler coz dapat lari drpd kitorang yg mcm singa lapar sepanjang kem tu,haha...barulah namenye kursus jatidiri kan....Dorang de 4 group setiap group dpt task yg berbeza...n nak pendekkan cerita aku rase boleh hidup berjaye memberi impak yg mendalam dlm diri dorang kot...lps ni dorang mesti ingat sal boleh hidup ni sampai bile2...mcm aku ingat boleh hidup aku time 1st year dl gak...kesimpulannye kat sini...each group akan dapat nilai yg tersendiri...

Baru je tgk Syurga Cinta...next is review SC...and entri Sabah yang x tertulis lagi,huhu...n not forgotten my thesis,huhu...

Sunday, May 17, 2009

Short message from SABAH...

Haha...ni tgh online kat Sabah ni ( SMKA KK )...selepas 6 hari kat sini baru ari ni dapat surf internet...so ni just briefly post about Sabah...nanti aku dah sampai semenanjung...i will post again n with lots of picture,hehe

WAIT FOR THE POST !!

Saturday, May 9, 2009

Aku yang TENSION...

Huhu...baju D'born kemungkinan besar xsiap
bodow betol la org yg wat baju ni.. da tau xleh nak wat coz logo d'born tu byk kaler..
at least call la aku bgtau....ni time aku nak amek baju nk bgtau....b****** tol la,huhu
walopun time die ckp kat aku tu..aku cam relaks je tp kat dlm ni aku je yg tau...tension giler,huhu
ni lg satu sal printed banner..aku bajet nk tempah kat situ la tp da jd benda mcm ni xde mood da nk tempah...so printed banner xtempah lg ni,huhu HELP ME...TENSION....HUHU
pasni banned S****A P*********N jgn wat baju kat situ lg,huhu

Tp nasib baik la mak, along n anak2 buah aku dtg ptg tu so dpt la kurangkan sket tension..huhu
dorang datang sebab tgk achik yg kena operation ovari cyst,huhu

MySpaceMySpaceMySpace





Friday, May 8, 2009

UPSM Selamanya....

- UPSM SELAMANYA -


U :: Untuk apa hadirku disini ?

P :: Pantaskah hatiku tetap begini ?

S :: Soalan itu sering menyapa diri ?

M :: Manakah jawapan yang ku cari-cari ?


S :: Sedang orang lain senang, ku pincang

E :: Entah kenapa ku masih tenang

L :: Lambaian kebahagian disini makin terang

A :: Apakah itu dunia yang ku impikan

M :: Masih ragu untuk jasad ini teruskan

A :: Adakah semuanya seperti kuharapkan

N :: Namun yang pasti juangku teguh

Y :: Yang nyata cintaku tetap utuh

A :: Amat ku harapkan hatiku masih ampuh


Apalah erti kehidupan selepas ini tanpa UPSM,
pastinya rindu dengan UPSM kerana
hari-hari ku di UKM ditemani UPSM
UPSM DIHATIKU


Wednesday, May 6, 2009

Fun Fair and Farewell Party...

Ari ni (5/5/09-my bday) aku ngan dak2 kolej ibu zain g Fun fair kat bukit jalil..walopun sibuk ngan exam n tesis sempat g berfoya-foya,hehe...ni kire last la kitorang hangout together..pasni sume akan bawak haluan masing2 kan,huhu sedih la plak...

Kitorang sampai kat bukit jalil around kul 8 cam tu..aku x bape main sgt pun games kat fun fair ni coz ari tu baru je g genting so cam xde mood lak nak main,hehe...Aku sempat la main dkm 3 games cam tu, spinner, bumper car and ferris wheel. Dak2 ni sempat gak main games yg boleh dpt hadiah n resultnye aku dpt la present(cik CJ7 ) drpd games tu...waa bestnye,hehe...Thank korang...really appreciate it,hehe.....

All of Us

Ni lah Cik CJ7 yg aku dpt as a bday present..hehe


X puas dgn berfoya-foya kat fun fair tu sampai je kolej dorang ni wat farewell party lak,huhu...yg best nye siap de kek skali n kire celebrate bday aku skali la ni,hehe...ikut plan asal nk wat party ni kat taman depan blok..kire outdoor la..tp disebabkan ade tetamu yg xdiundang a.k.a anjing so xjd la nk wat outdoor. Kitorang pun cr la port baru kat bilik tv K19A..huhu...

Antara menu td roti sardin, roti telur, dan roti kosong yg diimport dari mapley berdekatan ye,haha...selain tu de gak junk food, puding n mcm2 lg la...dan yang paling best skali ialah kek yang comel n sangat lawa,hehe...

Memandangkan ni farewell party so dak2 ni pun pe lg...memulakan acara wajib bg setiap party iaitu menyapu kek ke muka orang n perang tepung..tp semua aktiviti ini dijalankan diluar blok ye bg menghormati dak2 yg nak exam...tp diri sendiri xsedar nak exam khamis ni,haha...Dalam kecoh2 menjalankan aktiviti ni adela some part yang klakar...1st leha n ima jatuh semasa bekjar-kejaran,haha n ima adela injured sket kat tgn..to ima dpt gak kenangan,haha...2nd acara xberape btol kitorang ni berakhir dgn kelam kabutnye apabile terdengar anjing menyalak.. haha...memang fobia giler ngan anjing skang ni..anjing ni cam da jd pak guard KIZ lak,huhu..

Ni la our cake...comel n menyelerakan,nyum2

Pasni da susah nak jumpe korang,huhu



Lastly...happy sangat ari ni walopun penat tp all the sweet memories will remain forever.....thanks kat korang..


Credits
Thanks to all yang wish Cik Pzah...
Thanks to cidot for the choki-choki,hehe
Thanks to adik beradik batch 20 yg sentiase disisi...hehe
Thanks to geng2 kolej ibu zain.....a lot memories with u all
A thousands thanks to my family, my mom, along, abang, achik and my nephews n nieces...
love u all very much







Tuesday, May 5, 2009

Happy Birthday To ME...


Hari ni 5 Mei 2009 semakin meningkat la usia Cik Pzah,huhu..Sudah 22 tahun umurku
Happy Birthday to Cik Pzah...
All the best in everything..hehe
Cam klalar lak wat ucapan tuk diri sendiri selalu wish org je,hehe
Anyway thanks to all yang wish...
My mom become the first person wishing me..love her very much


Birthday Blessings
Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.

Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.

Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.

Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"



Wednesday, April 29, 2009

Review: Bila Dah Suka...


Buku kedua yang aku bace setelah bershopping sakan di PABKL. Buku ni special sket coz dapat signature dari penulisnya iaitu Mimie Afinie. Ni first time aku bace karya beliau n aku rase gaya penulisan beliau diwarnai dgn adegan-adegan lucu dan x kurang juga saat-saat mengharukan jiwa bile membacanya. Novel ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis yang bernama Nurul Huda.

Setelah shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yanag telah lama menghilang. Namun insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di Rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lemah lembut manakala Alam seorang yang keras kepala.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit dapat melupakan kisah luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dgn sikap lemah lembutnya pandai menyembunyikan gelora dihati berbeza dengan alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda.

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kekuatan di Hati Huda untuk kali kedua.Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Patahnya hati Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda.Malah pelbagai masalah lain pula timbul.Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dgn Kak Diba...

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri.Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada disini....

Dalam novel ini aku suke gile ngan watak Alam, seorang yang nakal n berterus terang tapi tak berape suke ngan Huda sebab senang sangat jatuh cinta dgn orang, asal orang wat baik sket terus jatuh cinta,huhu.....neway best untuk dibace,tahniah Mimie Afinie (Bintang: 4/5)

K...berehat sebentar dari membaca novel fokus on exam lak.........Waahai Cik Pzah study la kamu..huhu nape malas sgt nak study ni padahal esok exam...HELP ME....
Next Exam:30/4 :Pengurusan Projek Multimedia: 1200
Wish Me luck!!!