Wednesday, April 2, 2014

Hiking - Mossy Forest @ Gunung Irau


Satu lagi short weekend trip, kalau bulan Februari main air, untuk bulan Mac kita daki gunung pulak. Untuk kali ni  kami memilih Gunung Irau atau dikenali juga dengan Mossy Forest yang terletak di Cameron Highland. Salah satu sebab nak sangat naik gunung ni sebab nak tengok  lumut-lumut yang banyak di sepanjang trek laluan, memang berbaloi cantik sangat lumut yang ada terutamanya laluan dari Mini Irau menuju ke puncak Irau.

Kami bergerak ke Ipoh Jumaat malam selepas waktu kerja, ambil K.Jijah n Yana kat Puchong lepas tu ambil K.Shahrul n Fieda kat PJ, asalnya akan konvoi 2 kereta tetatpi memandangkan saat akhir K.long tak dapat join muffin je jadi yg pengganti, btw sedap muffin nya so kitorang naik 1 kereta je dengan ahli jemaah 5 orang. Sampai Ipoh kira-kira jam 2 pagi, dan nasib baik K.Sahrul ada makcik kat Ipoh so kitorang bermalam kat rumahnya sebelum gerak pagi-pagi lepas Subuh ke Cameron Highland.

Pagi Sabtu lepas Subuh kitorang pun menuju ke Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai, K.Jijah janji dengan guide aka Firdaus aka Epit untuk meet up pukul 8.30am di Balai Polis Tanah Rata, tapi dengan pemanduan berhemah,haha kitorang sampai pukul 9.00am ni pun selepas dah tersalah berhenti kat Balai Polis Brinchang,haha. Akhirnya kitorang jumpa dengan si Epit ni dalam pukul 9.15am, bila dah jumpa dia bawak pergi park kereta dekat berek polis tanah rata, kitorang pun ada yang pergi toilet siap-siap kat gunung irau xde toilet ok gitu gini, kul 9.45am baru kitorang naik 4WD  dan bergerak menuju ke kaki Gunung Irau. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah breakfast, dan akhirnya sampai di kaki gunung pukul 10.15am. Untuk trip ni selain kitorang berlima Epit ada bawa lagi 2 orang kawan dia Syuk dan Syikin so jumlah group kitorang 8 orang kesemuanya.

Selepas stretching ala kadar dan dengar briefing dari Epit, masa ni dia cakap dia tak nak bagitau macam mana keadaan trek samada susah ke senang dia suruh kitorang rasa sendiri, and nanti decide nak teruskan ke puncak or sampai mini Irau je, dia akan ikut je apa desicion kitorang. dalam hati mestilah nak sampai puncak,haha. Tepat 10.30am kitorang start mendaki, untuk laluan pada permulaanya akan melalui tangga hingga ke penghujung dan akan berjumpa dengan jalan hutan. Awal permulaan jalan hutan ni masih lagi mendatar, bersyukur gak sebab musim kemarau jadi trek gunung Irau kali ni kering dan tak lembab sangat so perjalanan lagi mudah. Trek rata tak panjang pun lepas tu dah mula dah azab nya, trek pacak sekejap naik dan turun, rasanya untuk sampai ke Mini Irau tu ada 2 kali turun 2 kali naik bukit baru sampai Mini Irau. Sepanjang trek memang kita akan melalui, memanjat, merangkak bawah akar kayu semua,haha. Tapi view lumut-lumut kat sekeliling memang cantik, kitorang sampai kat Mini Irau jam 12.30pm macam tu. Lepak jap, lepas tu Epit tanya nak teruskan ke tak, kitorang cakap ok je, dia tanya lagi betul ke,haha. Mestilah betul, semangat kena kental,hehe.

So perjalanan ke puncak pun diteruskan, atas kertas dari Mini Irau ke puncak Irau jarak nya 600 meter je, tapi 600 meter ni memang sangat mencabar, trek mencanak sepanjang masa. Langkah semakin lebar, kaki terpaksa dihayun luas dan tangan diperlukan untuk memaut akar-akar kayu.  Tetapi semuanya berbaloi sebab landskap menuju ke puncak semakin mengasyikkan bila pokok-pokok diselaputi lumut macam dalam filem Lord of The Rings. Sehabis tenaga digunakan untuk 2 jam perjalanan hingga ke puncak. Akhirnya kami sampai di puncak gunung Irau yang  berketinggian 2110m dari aras laut lebih kurang pukul 2.15pm. Kitorang mengambil masa yang lama sedikit untuk berehat di puncak sambil makan bekalan yang dibawa. Satu perasaan yang best bila berada di puncak ni ialah Kepuasan!, hilang dah semua penat bila naik tadi, ni lah perasaan yang selalu buatkan perasaan nak naik gunung tu membuak-buak tapi kudrat je tak de,haha. Untuk informasi di puncak gunung Irau ni terdapat batu tanda yang memisahkan Negeri Pahang dan Perak. Lepas layan view dan ambil gambar kitorang pun bergerak turun.

Kalau perjalanan naik kami bernasib baik sebab trek kering, tapi untuk perjalanan turun baru suku perjalanan hujan turun dengan lebatnya, jadi beruntungla kitorang sebab dapat merasa trek sebenar Gunung Irau yang lecak dan basah, baju habis lencun semua ditambah dengan selut,haha. Untuk perjalanan turun tak semudah yang dijangka sebab kita akan melalui semua akar kayu dalam keadaan menurun, habis longgar dah kepala lutut,huhu. Masa turun ni satu perkara je yang ada kat minda, nak sampai cepat kat pelantar kayu mula-mula tadi,haha. Akhirnya kitorang selamat sampai ke kaki gunung, dengan orang terakhir yang sampai pada pukul 6.30pm cik pijah la yang lambat tu,haha.

Sampai je di kaki gunung, kami pun naik 4WD untuk kembali ke Tanah Rata, malam ni actually akan tidur di sebuah guesthouse yang k.jijah dah tempah, tapi sebab kitorang dah penat and tak larat nak cari guesthouse tu, so kitorang pun mintak tolong Epit carikan apartment, kebetulan Epit ada kenal ustaz ni yang ada apartment, so kitorang pun lepak apartment tu dengan bayaran RM150 semalam. Malam tu tidur dengan kaki yang lenguh/sengal/sakit semua cukup,haha.

Pagi Ahad tu masing-masing malas je nak bangun, bila bangun je badan sakit2 semua. Aktiviti pagi ni sebelum balik ialah shopping di Kea Farm. Dalam pukul 2pm kitorang pun bergerak turun, kali ni lalu Tapah so singgah kejap kat Bharat Teh, tak lengkap kalau pergi Cameron tak amek gambar kat ladang teh.hehe. Sampai KL semula pukul 7pm. So untuk trip kali ni total lost untuk pakej hiking + penginapan + transportation = kurang dari RM200. So sape kata kita tak boleh melancong dengan bajet yang sikit,hehe.

Misi Menawan Irau Berjaya!!

Jumpa lagi untuk weekend short trip untuk bulan April pula. Jom layan gambar! (gambar kali ni semua diambil menggunakan Iphone, tak larat nak pikul DSLR naik gunung)

Kaki Gunung Irau @ Mossy Forest
Starting Point
Trek akar kayu

Turun naik 
Pilih nak ke arah mana
Periuk Kera

Part 1 Accomplished - Mini Irau
Pemandangan indah menuju puncak
Mission Accomplished - Puncak Irau
View Puncak
Batu sempadan Perak - Pahang
All of us

7 comments:

  1. bagusnya. rajin hiking. hihi kalo saya taklah huuuu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok mood jugak CT nak hiking ni, kalo tak rajin tak hike jugak. Tp yg best bila hiking, nikmat kepuasan bila sampai puncak,hehe.

      Delete
  2. sy da naek 2kali.. bez... mmg terasa nk tercabut lutut.. huhu

    ReplyDelete
  3. sy da naik 2kali kt irau.. bez.. mmg terasa nk tercabut lutut..huhu

    ReplyDelete
  4. Boley x kalu mntak no guide tuu

    ReplyDelete