Corat Coret 1430H......Salam Maal hjrah 1431H


Sudah lama tidak mencoret di blog ini. Sempena tahun baru ni,terasa ingin menulis sesuatu di blog yang lama telah ditinggalkan ini...Tahun baru, buku baru, azam baru tetapi persoalannya adakah telah tercapai segala perancangan yang telah direncana sepanjang tahun lepas??? Mungkin ada yang tercapai namun mungkin ada juga yang belum tercapai, tepuk dada tanya diri masing-masing..Bagi saya tahun 1430H bersamaan 2009 merupakan tahun yang penuh warna warni kehidupan, tahun 2009 merupakan tahun saya bergelar graduan dan ini bermakna habis sudah alam pengajian saya (sementara je..kalo sambung master kembali semula bergelar pelajar,hehe). Berakhirnya kehidupan kampus, alam lain sedia menanti semestinya dunia pekerjaan...saya mungkin bertuah kerana habis je study terus dapat kerja, namun mungkin bukan rezeki untuk bertahan lebih lama disitu, saya hanya bertahan selama 3 bulan sahaja, keje yang saya suka buat dan environment yang best tapi management ofis yang x berapa nak best jadi saya ambil keputusan untuk tinggalkan Z******, namun saya berterima kasih kepada Z****** kerana banyak yang dipelajari sepanjang berada disana.

Alhamdulillah, selepas resign dari sana saya dapat pula tawaran ditempat lain(tapi hanya trainee), dan sekarang sudah sebulan saya berada ditempat baru. Masih lagi mencari kesesuaian di sini, suasana baru, kerja baru, orang baru, segalanya barulah, namun adakala terasa masih lagi tidak menepati apa yang saya inginkan, adakah saya tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang?? tidak, saya bersyukur dan redha mungkin ini memang telah tertulis untuk saya...cuma sesekali mengeluh mengapa masih lagi belum mendapat pekerjaan yang tetap, bila boleh stabil, bila boleh bagi duit kat mak...huhu. Setiap hari memikirkan masa depan yang belum pasti, kadang-kadang terasa penat dah untuk menjadi orang dewasa ni, namun saya bersyukur kerana dikelilingi oleh teman-teman (anda tahu siapa anda) dan keluarga yang menyokong saya. Sentiasa memberi semangat dan kerana kalianlah saya masih berdiri teguh.Terima kasih kalian..

Mengharungi manis dan pahit 1430H memberikan pengalaman kepada saya serta lebih mematangkan saya. Mengharap akan ada sinar pada tahun hadapan, semoga hidup saya akan lebih teratur. Seorang teman pernah berkata, kadang-kadang Allah uji kita, setimpal dengan apa yang kita lakukan, jadi mungkin tahun 1430H saya belum cukup baik , masih lagi terleka dalam menunaikan suruhanNya dan mungkin itulah Allah menguji saya. Untuk 1431H semoga saya akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dalam mencari keredhaanNya. Amin....

Dalam pahit ada manisnya, terasa bertuah kerana mempunyai teman-teman yang sentiasa bersama dalam suka dan duka. Terima kasih UPSM kerana memberi peluang untuk saya mengenali mereka. Kepada mereka diharap tahun yang mendatang akan lebih baik buat anda semua....Semoga kita semua akan menikmati Pelangi yang indah selepas hujan...
Erm..setakat ni dulu entri saya pada kali ni Salam Maal Hijrah pada semua......
Akhir kata " Hargailah Mereka Yang Menghargai Anda"



p/s: Kita kena sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari. Biarlah orang tak nampak kita jadi makin baik. Yang penting, kalau kita dah berusaha. Allah akan tunjuk jalannya.

Salam Aidilfitri.....


Di kala aku menulis entri ni...tinggal 5 hari lagi Syawal yang mulia akan menjelma....di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang megenali diri ini dan terutamanye pada blogger2 yg mengikuti blog seceriawarnapelangi ini.....Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

TANGAN DIHULUR, KEMAAFAN DIPINTA

Iktibar dari Pokok Semalu....


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidina Fatimah r.a , setibanya mereka dibawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak tumbuhan semalu, kakinya berdarah mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu itu dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sebuah tumbuhan yang kecil.





Followers


ShoutMix chat widget