Wednesday, August 25, 2010

# Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati...


Erm, hari ni aku macam terlebih idea lak nak tulis blog,hihi....entri ni nak lari sikit dari ramadhan, sebab bulan ni gak merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Rasenye semangat untuk menyambut kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia semakin menurun, makin susah untuk melihat bendera dikibarkan terutama pada kenderaan. Tidak seperti dulu, rasenya kalo kat kampung tu setiap rumah akan mengibarkan jalur gemilang, semakin lama mengecapi kemerdekaan semakin kita melupakan tradisi itu...Mana peginya semangat patriotik kita yang dulu? adakah kita terlalu ghairah ingin menyambut syawal hingga terlupa detik bersejarah kita mendapat kemerdekaan....Erm, tepuk dada tanyalah hati. Di tambah dengan insiden yag berlaku di Indonesia, jalur gemilang dipijak, kedutaan Malaysia dilempar najis...seharusnya kita lebih bersemangat patriotik untuk mempertahankan negara.

Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati
, ni mesej yang boleh kita dapat dari iklan Merdeka Petronas tahun ni. “Memang terbaik dan memberi inspiration”. Itulah kata-kata pertama bila kali pertama menonton Iklan Petronas Merdeka 2010 ni.

Benarlah kata orang bijak pandai, niat adalah ‘ibu’ penentu kejayaan atau kegagalan. Kita terlalu ikutkan hati dengan cemburu sehingga ke tahap dengki. Dengki itulah yang buatkan satu-satu bangsa jatuh dan terkebelakang dari kemajuan. Kita bukanlah mementingkan sangat hal kemajuan kebendaan, tetapi kemajuan pendidikan dan juga hati budi adalah segala-galanya.

Kita dengki untuk melihat kawan kita berjaya dan lebih dari kita. Tapi kita lupa, pada masa susah dulu dia banyak membantu kita untuk terus bergerak.

Kita dengki untuk melihat rakan kita bertindak cemerlang. Tapi kita lupa bahawa, kita yang tidak pandai menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.

Kita menolak untuk bekerjasama dengan mereka yang baru merangkak. Tapi kita lupa, ada beribu-ribu orang yang lain bersedia memberikan yang terbaik untuk mereka.

Kita terlalu bergantung pada mereka yang telah berjaya sedangkan kita tidak pernah dan takut untuk menghadapi Learning Curve yang sebenar!

Selamat Hari Merdeka Malaysia ku Yang Tercinta !

# Sulam Amalan Baik...



# Gelap Gelita Mati...


Salam Ramadhan yang ke-15, da berada di pertengahan Ramadhan dah..hanya tingal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, munkingkah akan berjumpanya lagi? Jika dipanjangkan usia kan bertemu kembali, jika tidak ini ramadhan yang terakhir... Erm, 2 3 hari macam sentimental sikit, dengar lagu pun yang sedih dan memberi keinsafan,heh. So hari ni macam nak bermuhasabah diri sal MATI, kerana pasti sesuatu yang hidup itu akan menemui mati. Erm persoalan yang selalu saya fikirkan, jika takdir esok kita tiada, siapa yang akan menutup akaun laman sosial yang sering kita gunakan semasa hidup seperti:

Facebook
Blogspot
Friendster
Email


Adakah ucapan takziah kepada arwah akan ditulis di wall mereka??

Jika kematian datang menjemputku sekarang, adakah aku telah bersedia?

Bersediakah kita?
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Sering kali, tatkala kematian menjemput orang-orang di sekeliling kita, apatah lagi mereka yang hampir dengan kita, rasa insaf dan kesedaran untuk memperbaiki diri datang bertandang dalam hati. HidayahNya telah dicampakkan dalam diri kita. Pasti anda pernah merasa begitu bukan? Namun kemudiannya, adakah kesedaran itu hanya sementara atau bertahan lama? Dan akhirnya, dapatkah ia diterjemah dalam kehidupan kita?

Ayuh, sebelum terlambat!

Ayuh! Mari kita bergerak memperbaiki diri! Mulakannya sekarang! Jangan biarkan kesedaran yang Allah kurniakan itu berlalu begitu sahaja.

Sesungguhnya kelak di akhirat, akan ada ramai manusia yang baru nak menginsafi dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia. Diri mereka mahu berubah. Namun bagaimana, terus terang dikatakan, kau sudah terlambat!


Maka sekali lagi, ayuh kita bersegera ke arah kebaikan. Mari kita mempersiapkan diri bagi menghadapi kematian. Sesungguhnya "kekuatan itu perlu dibina, bukan ditunggu". Berubahlah. Jika mampu, lakukannya secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Itu yang sebaik-baiknya. Namun jika tidak mampu, tak mengapa. Usahalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Ya. Namun pastikanlah, perubahan itu berterusan, dan matlamat akhir perubahan itu dapat dicapai. InsyaAllah.
Ayuh! Sebelum engkau kembali selesa dengan kehidupan jahiliyyahmu yang dahulu. Ayuh! Sebelum nikmat hidayah yang Dia kurniakan itu, Dia tarik kembali. Ayuh! Sebelum engkau terlambat. . .

Dan sering-seringlah bermuhasabah diri,

Jika kematian datang menjemputku sekarang, adakah aku telah bersedia?

Sumber: Olahan dari www.iluvislam.com





Saturday, August 21, 2010

# Wahai Sahabatku Yang Kecewa..


Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.



Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Sumber: www.iluvislam.com


Friday, August 20, 2010

# Di Persimpangan Aku Berdiri...

Salam Jumaat dan Salam Ramadhan, hari ni da hari ke-10 umat Islam berpuasa, sekejap je rasa 10 malam pertama telah berlalu, kini memasukki 10 malam kedua pulak. Amalan kita setakat ni, macam mana? harapnya semakin bertambahla dari ramadhan yang lepas hendaknya. Hari ini hari saya dimulakan dengan mendengar ceramah dari Ustaz Amir Noor Hezam bin Amir Edaham yang bertajuk "Rebutlah 5 Perkara Sebelum 5 Perkara", sambil2 bertugas jaga sistem Video Conferencing, sambil dengar ceramah beliau, menarik ceramahnya. Tetapi entri ni berkongsi pasal 1 lagu yang sering saya dengar skang ni, selain lagu Sebiru Hari Ini, lagu Di Persimpangan Aku Berdiri turut memberi impak pada saya,heh..Kedua lagu ni nyanyian Edcoustic. Kat bawah ni ada liriknya, kalau diamati memang mendalam bait2 liriknya.

Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...

Reff : Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti

ho...ho...ho...



Thursday, August 19, 2010

# Kisah Tempe...


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin” Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi
hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

p/s: share dari blog seseorang...

Wednesday, August 11, 2010

# Dah Berbuka ?

Alhamdullilah, berjaya menjalankan ibadah puasa untuk hari yang pertama, dikala menulis entri ni, perut masih lagi kenyang dengan hidangan berbuka tadi. Untuk berbuka pada hari pertama ni aku berbuka kat keramat, rumah mak mentua kakak aku, dah tradisi kot puasa pertama adik beradik abang ipar aku berbuka dekat umah keluarga, masing2 bawak makanan sendiri, macam potluck la. Bila bukak puasa ramai2 ni, tetiba teringat kat mak kat kampung, berbuka dengan siapalah dia, biasanya aku ngan mak je berbuka berdua. Huhu...sedihla la plak xdapat balik puasa pertama, xpe weekend ni akan ku balik kampung untuk berbuka bersama mak tercinta. Citer sal berbuka ni, kita digalakkan untuk menyegerakan berbuka disamping berbuka secara sederhana dan dimulai dengan memakan buah kurma. Kat bawah ni ada Hadis mengenai berbuka dan juga waktu berbuka dan imsak bagi negeri2 di Malaysia.

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


BIL NEGERI ZON
1 MELAKA MELAKA
2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5 SABAH ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6 TERENGGANU ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7 KELANTAN ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8 SELANGOR ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9 PAHANG ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10 WILAYAH

PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

PUTRAJAYA
LABUAN
11 PERLIS PERLIS
12 NEGERI SEMBILAN ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
13 KEDAH ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
14 PULAU PINANG PULAU PINANG



# Dah Sahur ?

Salam Sahur semua...bangun2 jangan malas-malas nak sahur...hehe. Kalo time study dulu sahur ni lah benda paling susah nak buat, kalo buat pun makan kul 2-3 pagi, tu dikira sahur ke? hehe. Tapi skang da dok ngan family, kenalah bgn sahur, best pe bangun sahur ni. Kalo balik kampung Sahur berdua je ngan mak, xde lauk pun xpe, cukup sekadar nasi, telur masin atau telur dadar dengan sambal je, tu pun da menyelerakan,hehe. Waa, nak balik kampung Sahur ngan mak, kalo duk Melaka hari ni cuti awal Ramadhan, tapi Selangor xamik cuti ni plak, so xdapatlah sambut puasa pertama dengan mak,huhu. Last year, aku puasa kat Subang, dengan Cik Ecah n Cik Mah, walopun pun uk umah bujang tapi kitorang bersahur gak tau,selalunye dak2 ni la yang masak, aku cuma bangun n makan je,hahaha. Rindu gak saat-saat puasa kat Subang ni, tahun ni masing-masing kembali berpuasa di pangkuan keluarga. Tapi kalo ade kesempatan nak jugak Sahur n berbuka ngan korang tau, macam kita wat tahun lepas, siap buat kuih raya lagi...huhu. Oklah kesimpulannya BERSAHURLAH ANDA SEBELUM ANDA DISAHURKAN...hehe. Xde la pendek kata bersahur ni amalam yang disunatkan oleh Rasulullah, kat bawah ni ada beberapa hadis mengenai sahur.

“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.”
(Hadis riwayat At-Tabrani).
“Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)




Tuesday, August 10, 2010

# Dah Niat ?

Ahlan wasahlan ya Ramadhan, Alhamdullilah tahun ni masih lagi kita berpeluang menemui Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Mungkinkah akan bertemu lagi tahun hadapan, hanya DIA yang tahu, jadi manfaatkanlah Ramadhan kali ini, mulakan dengan berniat dahulu. Kat bawah ni ade niat puasa untuk sebulan. Entri ni entri pertama dalam Entri Marathon: Ramadhan Challenges, diharap entri ni dapat memberi manfaat kepada semua. Akhir kata:

Selamat Berpuasa
Selamat Bersahur
Selamat Bertarawikh





LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN

sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

DOA BERBUKA PUASA

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin

# Konvo Punya Cerita...

Hari ni berakhirlah Majlis Konvokesyen UKM ke-38 yang berlangsung dari 7-10 Ogos 2010. Tahniah pada yang sudah bergelar graduan terutama pada Jajai , Dada, Haf, Man, Junior UPSM n geng2 FTSM. Satu fasa kehidupan telah berakhir, selamat datang ke alam kerjaya pulak. So sepanjang konvo ni sempatlah aku g tengok member2 ni. Kat bawah ni ade la beberapa gambar, enjoy. Waaa, tengok orang konvo terase nak konvo lagi, xpe akan datang juga konvo kali kedua ku...hehe.


p/s: Ready for Entri Marathon: Ramadhan Challenge


Monday, August 9, 2010

# Caca Marba...

Waa....da 5 hari x update blog ni, xtau r cam xde mood lak nak update, sebab da xde saingan Entri Marathon kot...haha...Xde la, minggu ni aku macam lebih banyak masa bersama family so xde la benda nk update sangat,heh. Minggu ni ari sabtu g tolong kenduri mak mentua akak kau, petang tu balik lepak je kat umah sambil layan drama Korea, Hotelier , gile da berzaman citer ni tahun 2001 tapi xtau nape aku suke gak citer ni, da berpuluh kali tengak da, mungkin sebab hero dia Junsang,haha...so layan drama ni sampai kul 3 pagi. Hari ahad lak, pagi2 da ade org mesej ingatkan aku suh datang UKM sebab nak g celebrate member konvo, so pagi tu sampai petang berada di Konvokesyen UKM...(nanti aku wat entri khas sal konvo ni)..hehe...petang balik umah, n kul 8 malam g Jusco IOI, Puchong....kita Shopping!!,haha....jusco tengah sale skang ni...balik dalam kul 10, balik update gambar kat FB pastu tido.....so berakhirlah weekend yang macam-macam aku buat tu yang nama entri ni 'Caca marba'..hehe.....So Cik Pijah, come on SEMANGAT semula untuk menulis blog...hihi...Esok lusa da puasa, xsabar rasenye...hehe







Wednesday, August 4, 2010

# Epilog Syurga Cinta...

Erm...rasenye lepas Adamaya citer ni plak yang aku betul2 nak layan...sekali tengok je hati da terpaut,haha. Sumenye gara2 sebab ade si cinonet Mia sara tu, comel giler....hihi, bestnye kalo dapat anak cam dia,heh. Pastu baru la menghayati citer ni, erm ok la pelakon2 nya pun best (Zizan Nin dan rafidah ibrahim), rasenye sinopsis citer ni same je macam Syurga Cinta kot tapi dalam versi drama, cuma yang interesting watak cikgu syuhada dalam Epilog Syurga Cinta ni macam lebih complicated je, ade scene2 dimana Cikgu syuhada flashback kisah mase silam dia waktu kanak-kanak. N dalam flashback dia tu ade sorang budak laki yang selalu tolong die, adakah Irham da muncul waktu die kanak-kanak lagi?? hehe...nak tahu kena la follow citer ni...Yang bestnye keduanya, Cikgu syuhada and Irham ni suka makan aiskrim Malaysia...hihi...da lama xmkn aiskrim ni...teringin la plak..heh.



Monday, August 2, 2010

# Hari Tanpa Bos...

Hehe, hari ni MPOB sunyi seketika sebab ramai bos2 g Sarawak sempena Persidangan Pekebun Kecil Kebangsaan di Miri. Tapi sebelum dorang g tadi aku sempat gak jumpa bos paling besar aku Datuk Ketua Pengarah sebab kena preview video launching buku untuk dilaunching esok...cuak woo...ni 3rd time berdepan dgn die, 1st mase interview ari tu, 2nd mase preview video gak tp tu dlm meeting so xcuak, kali ni antara aku dgn dia n sorang staff aku...hoho. tp alhamdulillah mood dia baik ari ni boleh gurau2 lagi,haha...so berjaya la video aku tu untuk diguna mase launching esok.

Lepas je preview, ape lagi merdeka la, sebab bos betul aku, merangkap Pengarah Bahagian pun same2 g Miri ngan Datuk KP, flight dorang petang td...n lagi satu bos iaitu Ketua Unit aku plak cuti ari ni...hahaha...pe lagi memang enjoy la,heh.

So bila da xde bos ni apa yang kitorang buat?? haha...pe lagi g shopping r, hehe kuar rehat kul 12.30 terus g metro kajang, sebab akak2 kat ofis aku tu nak g leno aku pun ikut je r..jd driver je aku ni..haha. Jalan2 kat kajang, siap makan pizza lagi balik ofis kul 3.30, haha..lame giler kitorang rehat...tp sekali sekala pe salahnye, bukan selalu bos xde...hihi.

Balik ofis wat keje sket da kul 5...kul 5.30 aku da punch card,hihi. Minggu ni aku datang keje kul 7.15 and kena balik awal, sebab minggu ni kena antar akak aku kat stesen komuter dulu...so seminggu ni kena bgn awal giler.....waaa....da ngantuk da ni...esok nk kena bangun da...k r nak tido da...zzzzz...