Monday, January 20, 2014

Day 2: Langkawi Permata Kedah ~ Kayak d'Langkawi 2014

Day 1: Langkawi Permata Kedah ~ Island Hopping

Hari kedua, hari yang dinantikan...masa untuk berkayak, program utama trip ke Langkawi kali ni. Breakfast dah termasuk dalam penginapan, selepas bersarapan kami pun bergerak ke Sg. Kilim yang terletak dalam kawasan Kilim Karst Geoforest Park, untuk makluman Langkawi mempunyai 3 Geopark iaitu Machinchang Geoforest Park, Dayang Bunting Marble Geoforest Park dan Kilim  Geopark sendiri. Perjalanan ke jeti Sg. Kilim mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dari Pantai Tengah dan akan melalui pekan Kuah.

Kami sampai di jeti Sg.Kilim jam 9.30 pagi, sebelum naik bot ke restoran terapung Hole in the Wall sedikit taklimat ringkas dari guide kami iaitu En.Filzan dan En.Halimi dari Geoforest Adventure Cruise.  Untuk pakej kayak ni aktiviti yang ditawarkan ialah:

- 7KM Mangrove Kayak ( including Eagle Feeding )
- Lunch di Restoran terapung
- Fish Farm
- Lawatan ke Gua Kelawar
- Lawatan ke Pulau Kasut & Kilim Geoforest Park Signage

Total harga pakej RM 150 per pax ni untuk group booking yang melebihi 40 org.
Boleh hubungi En.Halimi - Geoforest Adventure Cruise (0175228325)

Kami dibawa ke restoran terapung Hole in the Wall yang juga merupakan Fish Farm so boleh juga lihat pelbagai jenis ikan di sini. Kat sini kami berhenti seketika sementara guide menyediakan kayak, tapi ini bukan merupakan starting point untuk kayak lagi. Kayak yg akan digunakan di ikat pada bot, dan kami sekali lagi naik bot untuk ke tempat starting point. Dari restoran ke starting point tak jauh dalam 10 minit menaiki bot.

Tiba di starting point yang merupakan sungai kecil antara hutan paya bakau, disini kami mula naik ke atas kayak, kayak yang digunakan ialah double ocean kayak dan tak de lubang untuk masukkan kaki, menurut guide kayak ni lagi stabil dari normal kayak yg ada lubang masuk kaki. Bila semua dah ada atas kayak, sekali lagi guide bagi taklimat ringkas mengenai cara menggunakan kayak dan beberapa tips. Memandangkan air laut dah nak surut masa ni so kami kena berkayak dengan laju di sungai kecil ni, kalau tidak tak sampai ke Checkpoint 1 dan terpaksa patah balik. Jadinya taklimat pun sekejap je dan bermula la kayuhan untuk melepasi sungai kecil ni dan sampai ke Checkpoint 1.

Tiba di Checkpoint 1 selepas 1 jam berkayak, masa sampai sini air memang dah agak surut, nasib baik sempat. Berhenti rehat di Checkpoint 1 kira-kira 45 minit. Masa ni lah guide cakap kami merupakan group pertama dalam Malaysia yang berkayak kat sini, bangga jap,haha, tak ramai Malaysian yang tahu pasal kayak ni, yang selalu kayak pun foreigner je. Rugi tak cuba kayak kat sini, sebab kayak di Kilim ni memang terbaik, view mangrove dengan batu kapur memang cantik.

Kami bergerak ke Checkpoint 2, masa ni dah masuk ke sungai yang lebih besar dan dalam, kayak pun  jadi smooth je sebab mengikut arus. Tapi lenguh gak tangan mengayuh kayak sepanjang 7km ni, jadi muscle jap bahu.haha. Sampai di Checkpoint 2, kat sini guide tunjukkan mcm mana cara pembenihan pokok bakau, kalau ingat ada dalam subjek geografi masa sekolah dulu. Terus lagi berkayak dan kami sampai di kawasan Eagle Feeding, kat sini memang akan nampak banyak Helang menyambar makanan yang diberi. Terdapat 2 jenis helang iaitu helang merah dan putih. Lama gak lepak sini sambil lepak tgk helang dan menikmati pemandang batu kapur yang superb.

Kayuhan diteruskan lagi untuk ke Checkpoint 3, kat sini rehat kejap je dan guide tanya kalau ada yang dah penat boleh balik naik bot rescue. Untuk makluman sepanjang kayak ni memang akan ada bot rescue, bot ni bertindak macam first aider  sambil-sambil ada photographer amek gambar. masing-masing semangat so xde yang balik naik bot, selepas Checkpoint 3 ni kami kena melintas laluan utama yang digunakan untuk bot mangrove tour, jadinya kat sini memang bahaya sikit sebab bot yang dtg semuanya laju. Tambahan arus agak kuat sebab dah berdekatan dengan laut lepas, alhamdulillah semua berjaya lepas, perjalanan diteruskan hingga ke restoran Hole in the Wall tadi. Kat sini kami makan tengahari dan melawat fish farm. Selepas makan, aktiviti tak abes lagi, kami masih ada tour menaiki bot ke signage Kilim Geoforest Park dan Gua Kelawar.

Layan gambar kayak dulu...serius best, highly recommended untuk dicuba.

Briefing dari En. Filzan di Jeti Kilim
Hole in the Wall Restaurant & Fish Farm
Route 7KM - Checkpoint 1 tak nampak (di penghujung sg.kecil) - Pic Google
Kayak yang digunakan - Ocean Kayak 
Kayak di Starting Point
Briefing di Starting Point
 Berehat di Checkpoint 1
Checkpoint 1 - sebelum keluar ke sungai yg lebih besar
Dikelilingi hutan paya bakau
The Guide
Guide Menunjukkan kelangsungan hidup benih pokok bakau
Menuju ke Checkpoint 3
Eagle Feeding
Terbaik...mangrove kayak
Aktiviti seterusnya selepas makan tengahari ialah lawatan ke signage Kilim Geoforest Park dan Gua Kelawar. Destinasi pertama ialah ke laut Andaman dimana terletak signage Kilim Geoforest Park dan juga Pulau Kasut. Tak lama kat sini, ambil gambar sekejap dan terus bergerak ke Gua Kelawar. Bayaran masuk untuk Gua Kelawar ialah RM1 dan akan dapat torchlight, untuk kami dah memang termasuk dalam pakej. Untuk lawatan Gua Kelawar ni guide kayak jugak yang jadi guide untu Gua Kelawar, banyak penerangan dan info yang kami dapat mengenai Gua Kelawar ni. Kalau pergi sendiri tak guna guide pun ok sebab banyak papan tanda maklumat dan gua ni xbesar sangat nak pusing.

"The bat cave was existed about 440-480 million years ago, and it's lurks quietly in a mangrove swamp in a tributary of Kilim River. The chamber is in the form of a long tunnel. Clinging precariously on the ceiling of hundreds of bats, The stalactites and stalagmites within this cave are of the gigantic proportions. Stalactites on the eastern cave entrance are rather unique as they did not grow vertically downward. The growth of these oblique stalactites is believed to be associated with the deposition of travertine deposits by photosynthetic algae that required brighter sunlight to grow. There are ancient oyster shells attached on certain wall of the cave, a few meters above the sea level, indicating a higher ancient sea level 5000 years ago..." - Sumber Google

Andaman Sea & Pulau Kasut

Signage Kilim Geoforest Park

Batuan atas tu macam bentuk Penyu

Gua Kelawar
Kena  senyap takut menggangu Kelawar
Tamat lawatan ke Gua Kelawar maka berakhir la tour ni, kami bergerak semula ke jeti Sg. Kilim, ada sikit majlis penyerahan cenderamata dan sijil penyertaan. Bergerak keluar dari sini jam 4 ptg, dan meneruskan aktiviti lawatan pulau. Tak banyak tempat yang sempat pergi memandangkan hari dah petang, kami sempat singgah di tempat pembuatan minyak gamat dan pekena Laksa power tak power sgt pun berdekatan airport Langkawi. Kemudian balik ke hotel dan BBQ malam tu, berakhir hari kedua. Aktiviti hari ketiga ialah Lawatan ke Kabel Car dan shopping di Pekan Kuah. Yang ni xde entri sebab aktiviti ni dah biasa sangat,haha. Tamat trip vmy2013 ke Langkawi.

Sijil Pencapaian katanya - Sumber Facebook Azreena Idris

Nantikan Vlog khas Kayak d'Langkawi dalam entri akan datang....





Wednesday, January 15, 2014

Day 1: Langkawi Permata Kedah ~ Island Hopping


Sempena kempen Visit Malaysia 2014 #vmy2014 jadi sesuai sangat la trip pertama tahun dimulakan dengan trip Langkawi. Trip ni anjuran Kelab Rekreasi Lasak ofis saya, yang sebelum ni dah banyak anjurkan program-program best seperti Eksplorasi Royal Belum, Eksplorasi 3 Pulau (Redang,Perhentian,Lang Tengah), White Water Rafting Sedim, Cabaran Gua Kandu dan untuk tahun ni Berkayak d'Langkawi 2014.Hah best x ada rasa macam nak keje si ni x , untungla dapat ofis yg memahami pekerja dia ni yang kaki outdoor dan kaki travel. cuma tang nk cuti je susah sikit,huhu.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas dari HQ sekitar jam 10 malam. Selepas berhenti di beberapa R&R sepanjang perjalanan akhirnya kami sampai di Jeti Kuala Perlis jam 6.30 pagi. Kami singgah di masjid terapung Al-Hussien berhampiran dengan jeti untuk solat subuh dan persiapan diri. Cantik, bersih dan selesa masjid ni, jadi kalau sampai di jeti awal pagi boleh la ke masjid ini untuk berehat dan sebagainya. Kebetulan pada pagi Sabtu kami sampai ni, selepas solat subuh siap ade tazkirah lagi, kalau ada masa boleh la dengar sekali. Hehe

Selepas membuat persiapan diri, waktu ni kami dah siap-siap tukar baju untuk masuk air, sebab sampai je Langkawi nanti akan terus ke Island Hopping. Tiket feri kami jam 8.15 pagi iaitu feri pertama dari Kuala Perlis. Harga tiket feri Kuala Perlis - Langkawi masih lagi RM18 sehala, masih sama waktu saya dtg tahun lepas.Untuk jadual feri dan harga tiket feri boleh rujuk di laman web https://langkawi-ferry.com/home/schedule.aspx#perlis. Tiket dah ada kami pun bergerak untuk masuk ke dalam feri, tapi masalahnya hanya satu sahaja pintu feri dibuka, dan pagi tu memang bersesak la untuk masuk ke feri,  sepatutnya depart jam 8.15 tapi 8.40 kami masih lagi diluar menunggu giliran nak masuk. Akhirnya kesemua 42 orang kami berjaya masuk dan feri pun berangkat jam 8.45 pg. Perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa 1 jam 15 minit, jangan lupa bawak sweater bersama sebab dalam feri ni sejuk terutama feri yang di awal pagi. 

Feri yang kami naiki.
Kami sampai di jeti Kuah kira-kira jam 10.15 pagi, waktu ni agen tour yang kami ambil dah sedia menunggu untuk aktiviti Island Hopping. Tapi memandangkan ramai yang belum breakfast jadinya kami pun breakfast dulu. Lepas breakfast dapat arahan untuk masukkan beg besar yg xnk dibawa untuk Island Hopping boleh simpan dalam 1 van ni (sebab kami belum check in lg time ni), lepas dah masukkan beg kami pun jalan kaki dalam 5 minit ke jeti kecil sebelah jeti Kuah (keluar jeti Kuah ambil ke arah kedai mamak dan jalan ikut tepi laut) untuk naik bot Island Hopping. Island Hopping ni sama macam pakej biasa yang ditawarkan di Langkawi, akan pergi 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Tapi yang tak best kami dapat bot yang bertutup tak macam bot biasa yang open air kan, so tak nampak view dalam perjalanan tp xbasah la kena air laut.haha

Ni bot kami untuk Island Hoping, kalau nampak sana tu jeti Kuah so jeti kecil ni dekat je dgn jeti Kuah.
Island Hopping kami bermula jam 11.00 pagi, destinasi pertama ialah Pulau Beras Basah, pulau ni xde aktiviti lain selain bersantai tepi pantai dah mandi manda. Waktu kami tiba disini orang ramai sangat nak mandi laut pun tak best so masuk kejap je rasa air laut lepas tu habiskan masa jalan kat pulau ni. Saya dengan k.ina jalan sampai ke jeti pulau ni, dan jumpa ada pokok yang ada buaian kitorang pun lepak kat situ, nak try naik buaian tu tp tak sampai,haha. Habiskan masa 45 minit kat sini dan bergerak semula untuk ke destinasi seterusnya.

Papan tanda yang dah lama kat sini, rasanya masa dtg thn 2005 pun sama gak
Pantai Beras Basah

Tak mampu nak buat macam ni, tengok je la

Nampak je rendah, tapi payah nau nak naik,haha
Destinasi seterusnya ialah ke perairan Pulau Singa Basah, kat sini kita boleh nampak banyak helang yang jadi simbol Langkawi iaitu Helang Merah atau Helang Winston logo rokok winston. Dah nama pun Langkawi jadinya memang banyak Helang la kat sini, bila boatman campak ikan, kita boleh tengok helang tu menyambar ikan dengan jarak dekat. Di sini tak lama dalam 10 minit je. Kemudian bergerak ke Pulau Dayang Bunting. Setibanya di jeti untuk ke Tasik Dayang Bunting kami perlu trekking menaiki tangga kira-kira 10minit. Diawal trek ada disediakan tandas awam, dan ini satu-satunya tandas awam yang ada di sini. Sampai je kat Tasik Dayang Bunting ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya Boat Paddle (RM30 untuk 15minit). Untuk mandi di Tasik Dayang Bunting ni, dinasihatkan supaya memakai life jacket kerana dasar tasiknya yang dalam. Perkhidmatan sewaan life jacket disediakan dengan kadar RM10 satu. (kalau nak jimat boleh sewa life jacket dengan boatman boleh dapat RM5 satu). Kami mandi di sini lebih kurang 1 jam dengan gilir2 pakai life jacket nk jimat nye pasal,haha. try gak swim without lifejacket, penat ok

Sedikit sejarah mengenai Tasik Dayang Bunting, ia terhasil dari proses luluhawa batuan kapur yang akhirnya musnah dan membentuk tasik dayang bunting. Terdapat jugak beberapa mitos yang dikaitkan dengan tasik dayang bunting ni antaranya:

Versi pertama dan yang tercatat pada tasik itu adalah, Menurut lagenda tempatan ia bermula dengan kisah cinta lelaki bernama Megat Teja dan perempuan bunian bernama Dayang. Megat Teja berjaya memenangi hati Dayang dengan menyapu air mata duyung ke wajah Megat Teja, dan apabila Dayang terpandang wajah Megat Teja maka Dayang pun jatuh hati. Setelah Dayang hamil (bunting) maka dia mengambil keputusan untuk bersemayam di kawasan tasik hingga melahirkan anak, tetapi anak Dayang mati setelah 7 hari dilahirkan. Dayang menanam mayat bayinya di dasar tasik. Sehingga hari ini tasik dan pulau ini dipanggil Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting. [Sumber: Google]
Versi kedua pula mitos ini, ada berpendapat yang suatu masa dahulu ada seorang perempuan mengandung sedang baring dengan dihadapanya ada bekas air, dan kemudianya telah disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu dan pulau yang mengandungi tasik. Jadi ketika anda menaiki bot untuk ke pulau ini tekong bot akan menunjukkan pemandangan pulau yang menampakkan bentuk wanita hamil yang sedang terbaring. [Sumber:Google] 


Pulau Dayang Bunting
Dayang Bunting Marble

Satu-satunya tandas awam kat sini

Tasik Dayang Bunting

Bagaimana terbentuknya tasik ni

Tasik Dayang Bunting

Kami meninggalkan Pulau Dayang Bunting ini jam 2 ptg dan tiba di jeti jam 3 ptg, berakhir Island Hopping, kami pergi ke semula ke parking van yang diletakkan barang dan waktu ini ada 3 lagi van sedang menunggu untuk membawa kami semua. Memandangkan masing-masing dah lapar, kami dibawa untuk makan tgh hari di sebuah restoran, makan ni dah termasuk dalam pakej pengangkutan dan penginapan yang kami ambil. Selepas makan kami dibawa ke Pantai Tengah untuk check in di Charlie Motel. Charlie Motel satu-satunya chalet di Pantai Tengah sebab tu keadaan persekitaran nya tak berapa terjaga sangat tapi yang pantai dia tak seramai dan sesibuk macam di Pantai Cenang. 1 bilik dengan 2 katil double dikongsi 4 orang. 


Charlie Motel


Petang ni aktiviti bebas jadi nya kita layan sunset sampai muntah, tapi sunset hari ni malu-malu nak keluar, asyik berselindung di balik awan. 



Sunset in front of Charlie Motel @ Pantai Tengah
Berakhir hari pertama, jumpa di hari baru dengan aktiviti yang ditunggu-tunggu. Jom Kayak!

Monday, January 6, 2014

Vlog Thailand: Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi

Trip hujung tahun 2013 yang ad-hoc. Sebenarnya tak plan pun untuk trip ni tetiba dapat tau dari Jill ada trip nak cover Lopburi tengok Sunflower. Dari situ dah buat research pasal Sunflower ni sampai termimpi-mimpi la Sunflower ni,haha. Senyap sekejap dari memikirkan trip ni, sibuk menghabiskan kerja-kerja menjelang hujung tahun, tetiba bulan November (masa ni tgh ada konferens kat KL Convex) dapat  text dari K.Long ajak join trip ni dan kebetulan time tu ada promo tiket Lion Air BKK-KUL RM95 tengok tiket AA pulak KUL-BKK pun murah, jadinya apa lagi terus beli tiket time tu jugak (gigih cari internet kat KL Convex nak beli tiket nye pasal). 

Tiket dah ada tapi lepas tu Thailand khususnya Bangkok bergolak dengan keadaan politik kat sana  yang tak berapa nak stabil. Kedutaan Malaysia kat sana pun waktu ni menasihatkan agar kami  menangguhkan perjalanan ke sini. Jadinya masing-masing senyap semula membiarkan waktu berlalu,    akhirnya semakin dekat tarikh pergi keadaan macam dah ok sikit kat sana. Lega sekejap, tapi seminggu sebelum pergi tu memang sibuk siapkan KPI hujung tahun dengan cuti yang bos tak sign lagi, time ni redha je la kalau tak dapat join trip (dah kira da berapa kerugian tiket flight,haha). Akhirnya bos sign cuti,tapi hari Rabu nak pergi tu ada Anugerah Q jadinya kena settlekan kerja-kerja anugerah tu dulu (sempat naik stage amek anugerah pagi tu), tak balik rumah pun hari tu barang dah siap pack, lepas office hour mandi jap kat ofis pas tu mintak tolong Jill hantar ke LCCT. Alhamdulillah berjodoh jugak dengan trip ni dan misi memburu si Matahari pun tercapai. 

Entry ni tak kan citer pasal perjalanan trip ni secara detail, hanya ada Vlog ringkas je untuk trip ni. Kalau nak kan cerita lengkap pasal trip Thailand kitorang ni boleh baca kat blog Zilla (organiser trip),  AnnepenceritamayaJurnal Awak dan Izza. (Dorang semua blogger2 hebat ni, selalu update blog). 

Secara ringkas Itinerary trip Thailand: Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi adalah seperti berikut:

19/12/2013
- Bangkok - Lopburi (ambil train di Hualamphong Station)
- Sunflower Field, Wat Phra Si Ratana Maha That
- Lopburi - Bangkok (train)
- Bangkok - Kanchanaburi (ambil minivan di Victory Monument 120THB per person)
- Stay di Kanchanaburi 2 malam @ VN Guesthouse (280THB for 2 nights)

20/12/2013
- Day trip tour ke Erawan Waterfall, Death Railway (Tham Krasae - Wang Sing) & sunset di Bridge over the River Kwai (Kos 750THB per person including lunch)
- Cari makan malam di Kanchanaburi Night Market

21/12/2013
- Kanchanaburi Bus Station - Hellfire Pass ( by Tuk Tuk 130THB per person)
- Hellfire Pass Museum & Hellfire Pass Cutting
- Kanchanaburi - Bangkok (ambil minivan 120THB per person)
- Bermalam @ De Talak Hostel

22/12/2013
- MBK Mall
- Chatuchak Weekend Market
- Airport BKK-KUL

Total Expenses bagi saya: 3500 THB = RM350 excluded flight tiket.

Kesimpulannya trip lost in translation ini ada madam-macam rasa dan pengalaman, teruja tengok sunflower, ketenangan di Kanchanaburi, giler ambil gambar waterfalls, penat naik tangga balik dari Hellfire Cutting, dapat tengok demo live dan flat di hari terakhir,haha. Yang paling best dapat travel dengan kawan-kawan baru, terima kasih kalian untuk semua memori. 

Vlog Thailand 2013

                         

Lagu: It's time - Imagine Dragon
Credit untuk dua gambar terakhir kepada Zilla