Friday, September 11, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu...



Erm..beberapa hari lepas ade beli majalah Dewan Masyarakat dan isu bulan ini ialah pasal 7 Wasiat Raja-raja Melayu. So nak kongsilah sikit kat blog ni tentang wasiat-wasiat ni. Semoga apa yang ditulis menjadi iktibar pada semua...

Akhir-akhir ini banyak orang yang lupa diri. Hanya disebabkan warna bendera parti yang berbeza, ideologi yang tidak sama, segala perkara dijadikan "modal" politik untuk meraih sokongan. Soal sensitiviti dan menghormati maruah orang lain kini sudah menjadi perkara kedua.

Peringatan "terakhir" Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, pada 6 Ogos lalu, tentang tujuh wasiat Raja-raja Melayu sewajarnya diteliti dengan penuh hikmah oleh semua pihak. Wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu mengandungi perkara berikut :-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik, dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)






2 comments:

  1. ak sarankan pada sume org Malaysia terutama kaum melayu tgk la cite 1957 Hati Malaya...pasti korang lg menghargai ape yg tlh pemimpin dulu usahakan utk org melayu....confirm tangkap leh(2pn klu korang menghayati cite 2)....

    ReplyDelete
  2. betul...aku pun baru je tgk citer Hati Malaya tu...tu pun ko yg bagi...kalo x...xdpt tgk..huhu. Bile bace sal 7 wasiat ni terus ingat kat citer tu...

    ReplyDelete