Monday, November 29, 2010

# A complete Puzzle...

Salam, wah da hampir bersawang da blog ni, still xde mood nak update blog lagi, tp memandangkan ni da masuk hari-hari terakhir bulan November so gagahkan jugalah jari jemari ni mengetuk kekunci keyboard. Hari ni nak citer sal entri-entri saya sebelum ni yang berkisar dengan gambar, yg caption gambar tersebut tertulis ' A Pieces of Puzzle '. So hari ni nak revealed la kenape saya buat caption sedemikian, actually  gambar2 tu sume merupakan kronologi kepada suprise birthday celebration untuk Cik Azie,hehe. Idea yg terhasil dari ' meeting Maya ' kami (ecah,zin,alan n saya ). Perancangan ni dibuat semasa cik Azie berada di Korea,hehe. Arghhh, tibe2 blank xtau nak citer ape, tengok je la gambar kat bawah ni, the real picture of the puzzle,hehe.

A Complete Puzzle

Wednesday, November 17, 2010

# Salam Aidiladha...

Salam Aidil Adha

Salam aidiladha buat semua...semoga erti pengorbanan dihayati bersama tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Raya haji tahun ni saya beraya di KL je, memandangkan cuti sehari jatuh pada hari rabu,huhu. Tapi xpe tu pun dikira pengorbanan gak, sebab xamek cuti balik kampung disebabkan kerja.Heh

So raya di kotaraya? Apa yang saya buat,hehehe. Hari ni mengimbau memori naik komuter ke Mid Valley, dah lame xnaik komuter, dulu time study memang komuter pengangkutan utama, sekarang tidak lagi. Tu yang ambil peluang cuti ni g mid valley naik komuter dan buat pertama kali dapat naik Koc Wanita,hehe. Dah sampai mid valley, jalan2 je la...window shopping. Dalam window shopping tu sempat beli 3 kemeja,hehe dan     saya dah jumpa dah PAYUNG PELANGI yang saya cari selama ni,hehe. Akhirnya jumpa gak di jusco mid valley. Hoyeyyy...hehe. Entri ni sebenar nye nak citer sal dah jumpa payung ni je, tp da terlanjur menulis ni nak wish lagi sekali SALAM AIDILADHA , hehehe.

Payung Pelangi

Sunday, November 14, 2010

# Bukit Tabur...

Hoho....setelah seminggu menawan Bukit Tabur baru hari ni nak update blog sal citernye, tak tahu kenapa seakan tiada mood untuk menulis kebelakangan ini,huhu. Mood silalah kembali....Ok back to Bukit Tabur, setelah lame x meng'hiking' kan diri, ahad lepas dapat la lepas gian naik Bukit Tabur, emmm oklah not so tough, and view pun ok tp ade construction kat sebelahnye so mcm dah xnature sgt la, but still aman bila tgk bahagian belah empangan klang gate. Untuk pengetahuan Bukit Tabur ade 2 bahagian iaitu West dan East, so versi yg aku naik ni versi East, pemandangan nya lagi cantik,heh. Ok...xnak cakap banyak tengok gambar je la eh...

Informasi mengenai Bukit Tabur:
- Durasi terekking: 3 jam turun naik (anggaran)

Macam mana nak pergi:
- Exit MRR2 at Taman Melawati
- next round-about 9 o'clock
- next round-about 12 o'oclock
- at T-junction turn right and follow the road along the hill until you get to the Puncak Niaga facilities










Sunday, November 7, 2010

# Mencari Magika...



At last, setelah penat menjelajah taman botani, akhirnya jumpa gak kawasan ni, kawasan bukit bukau yang kecik2 ni ade dalam filem Magika, tu yang interested nak cari ,heh. Ok la, cantik dan hijau, nice spot nak wat photoshoot,hehe. Ni je yg nak cari dalam eksplorasi Taman Botani,hehe. Tapi tahukah anda? cewahhh....banyak lagi tempat interesting yg ada kat taman botani, berpeluh gak nk jalan...hehe. Go and Exlpore this Taman Botani.

Thursday, November 4, 2010

# Putaran Pelangi...

A Pieces of Puzzle 3
Salam Ceria di hari khamis...Selalunya orang kata Hidup ibarat roda, tapi hari ni saya nak tukar " Hidup Ibarat PUTARAN PELANGI ", hehe. Konsep yang sama juga, kena beringat kadang-kadang kita akan berada diatas, kadang-kadang berada di bawah. Cuma kalau ibaratkan kehidupan dengan roda tak berapa best sebab roda tu x cantik macam Rainbow Windmill ni, so nampak sikit kehidupan yang ceria. Hehe. 

Saya dah jumpa dah Windmill ni dan xsabar nak guna dalam photoshoot seterusnya,hehe. Bertambah lagi props yang bertema PELANGI,hehe.  Kepada incik Windmill Pelangi, selamat bekerjasama dengan Layang-Layang Pelangi dan Payung pelangi....hihi.


Wednesday, November 3, 2010

# Tetap Teguh Sendirian...

A Pieces of Puzzle 2

Kata pepatah "Kalau sudah benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak didarat menjadi gunung". Hari ni entri saya hanya ingin mentafsir gambar diatas dan kaitkan dengan diri ini. Tetap Teguh Sendirian itu yang boleh saya luahkan apabila melihat gambar tersebut. Berjaya hidup dengan suburnya di padang yang luas tanpa kehadiran teman-teman lain. Seharusnya kita sebagai manusia yang mempunyai kelebihan akal, dan deria turut mampu untuk melakukannya, tidak kira dimana kita berada, dalam apa jua situasi, apa jua cabaran kita mesti boleh melakukannya sendirian, namun kadang-kadang kita memerlukan juga sokongan dan bantuan orang sekeliling. Jadi tanamkan pada diri ini yang kita BOLEH dan paling penting PERCAYA ada kemampuan diri.Hehe...tiba-tiba saya menjadi pakar motivasi hanya melalui penafsiran sekeping gambar,hihi.

Gambar diatas merupakan gambar sebuah padang di Malaysia, cantik kan.....Teringin sangat nak ke sana, so harapnya berjaya lah nanti untuk menakluki padang tersebut dan pasti apabila sampai masanya sebuah Ceritera akan tercipta....hehe.

Tuesday, November 2, 2010

# Live.Like.Love...

A Pieces of Puzzle 1

New entry in November.....Fuhh we are just right at the corner before the end of 2010. Time is so so fast. LIVE.LIKE.LOVE best kan quote ni, actually ni quoate dari satu website fotografi yang baru saya jumpa ThePhotolicious . Nice website and nice photos, hilang jap admire saya pada Saupix bile tgk gambar2 beliau and lagi bangga sebab beliau guna Incik Canon and merupakan seorang perempuan,hehe. Ni yang lagi semangat nak explore dunia fotografi,hehe. Tetapi pape pun saya still admire Saupix nye art, orang yg buat saya bersemangat nak beli DSLR,haha. Heh, gambar kat atas tu ada dalam pemikiran saya dan dia,hehe...so we will see hasilnya nanti...Wait for the Ceritera...hehe. Lastly semoga NOVEMBER yang mendatang akan membawa seribu kebahagian pada semua.