
Friday, June 18, 2010
Akhirnya DIA tinggalkan KAMI....

Sunday, June 13, 2010
Mencari Kedinginan dan Kehijauan...
Saturday, June 12, 2010
Mencari Mentari Merah di Ufuk Timur....
K, adios....balik dari Melaka g Cameron plak....bersama faily :)
Thursday, June 10, 2010
A long day today =]
0900 : Waiting for Ramli Abu Bakar untuk rakaman suara latar bagi video korporat MPOB versi BM. ( Suara die mmg best wa cakap lu...suara yg biasa kite dgr..komersial la)
1100 : Finalized 10 years Anniverary Script dan hantar pada Timb. K. Pengarah, bengang betul aku ngan PA dia ni...banyak cekadak...xsedar diri da tua...haha.
1430 : G meeting TOT, boring dgr dorang membebel part aku nk present video je...tp kena la gak tunggu sampai abes meeting. First preview untuk 2 video TOT, GanoSken n Briquette lagi 2 video harus disiapkan..huhu. Abes meeting kul 5 petang.
1800 : Ada satu lagi presentation video kali ni Launching E-benih plak...kena present pd TKP and pengarah bahagian ekonomi.
1900 : Baru boleh balik umah...what a long day today........
Tommorow will start another day, and like or not like I have to face it....so far i love my job....masih mampu bertahan.hehe

Wednesday, June 9, 2010
Setelah sekian lama....
sebabnye mungkin skang ni macam xde problem sangat
so xde benda yg nk di update
life is going smoothly
kalo dulu slalu fikir sal blog time atas motor
skang ni da x g keje naik motor so da x fikir blog
tapi ari ni terase nk tukar layout baru
mungkin dengan layout baru
semangat untuk menulis akan kembali
k..daa jumpe lagi di lain entri.....
Thursday, May 27, 2010
Ku lihat layu dalam Melayu....
Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsaKita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Monday, February 8, 2010
Thursday, February 4, 2010
Friday, January 29, 2010
tik tok masa berlalu....
Friday, January 22, 2010
Cinta Kau dan Aku.....
.jpg)
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?









