Friday, January 22, 2010

Cinta Kau dan Aku.....


Weekend yang lepas time jalan-jalan ngan akak aku di Alamanda aku telah memborong 5 lagi novel baru..hehe..memang giler kan. Tp ok apa beli buku dari menghabiskan duit beli benda yang xberfaedah..So untuk kali ni aku nak review novel petama yang aku baca : Cinta kau dan aku karya Siti Rosmizah.

Sinopsis:

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Ulasan :
Aku tertarik nak beli buku ni sebab watak Nur Farisya Iman yang lasak mcm tomboy tapi sebenarnya dia ni lemah lembut gak orangnya. Lagi satu sebab cover novel ni yg simple tp smart, gampai topi dgn kasut je..mmg sempoi r..hehe. Ok berbalik pada citer ni, si Farisya ni merupakan driver pada Farish Hakimi ( nama dorang hampir same kan Farish-Farisya ), sikap si Risya ni yang gila2 telah buat Farish ni jatuh cinta dalam diam2. Tp si Risya ni cuma anggap hubungan mereka just antara boss dengan pekerja je. Nak dijadikan cerita mak si Risya ni sakit n nak kena operation, pastu si Farish ni pun menawarkan diri nak tolong dan sebagai nak balas budi Farish ni mak si Risya ni tetapkan syarat supaya dorang ni kahwin...hehe. Si Risya ni memanglah x setuju dgn rancangan mak dia ni dan dia pun buatlah plan lain supaya dorang ni x kahwin..kalau nak tau pe plan tu bacalah buku ni ek. Akhirnya dorang pun kahwin...tp si Farish ni ada satu sikap yang aku xbape nak suka sebab dia ni kuat sangat cemburu...sampai kan hidup si Risya ni macam terkongkong..nak buat semua benda pun x boleh..huhu. Satu lagi yang aku suka sal citer ni sebab ada kisah persahabatan yang kuat antara Risya, Milah dengan Zack Kapcai, dorang ni kawan sekampung n mmg kamceng gile..best tgk kehidupan dorang yang saling tolong menolong antara satu sama lain dalam apa juga keadaaan... Kalau dorang tu watak ang baik mesti ada watak jahat gak kan sebagai penambah rencah dalam novel ni so watak jahat dalam ni novel ni ialah Farah (adik Farish ) dan Suraya (ex GF Farish ) ...diorang ni memang jahat giler, misi utama dorang ni nak memusnahkan rumahtangga Risya dan Farish...tp kenapa? sebabnya kenalah baca sendiri novel ni ek..hehe...Oklah sampai sini je review aku..nak tahu lebih lanjut kenalah baca novel ni...tp apa yang aku boleh cakap kat sini..x rugi beli novel ni...mmg best...hehe...K, selamat membaca......

                                                                                                                    

1 comment:

  1. aku dh baca citer nih pijaaaaaaaahhhhh....

    best giler...aku ske weh.....

    ReplyDelete