Trip tertunda yang sepatutnya pergi masa cuti sekolah hujung tahun 2013, tetapi memandangkan masa tu banjir melanda Pantai Timur, jadinya kitorang decide tunda ke cuti CNY 2014 (30 Jan - 2 Feb). Nasib baik tempahan hotel melalui booking.com dan Homestay tak de masalah untuk tukar ke tarikh baru. Untuk makluman, kalau tempah hotel melalui booking.com tak boleh refund dapat duit balik, dorang akan bagi option untuk tukar tarikh ataupn burn je duit. (ni kes kalau dah bayar full harga hotel la, if tak bayar lagi boleh je nak cancel suka hati,haha).
Jemaah trip ni terdiri dari 2 keluarga (Family Along & Achik) bersama Mak dan Cik Pijah yg bujang,haha. Family Abang tak dapat join atas urusan kerja tambah plak Iwan kena study sebab nak SPM tahun ni, tapi awal2 lagi dah tuntut dengan makcik nya ni suruh bawak dia g hiking gunung lepas SPM. haha. macam larat je mak busu nya ni nak hiking lagi,haha. Kitorang gerak ke Terengganu secara berasingan, Along gerak dari Melaka so dorang lalu highway Kuantan-Segamat, kitorang yang kat KL ni gerak ikut Karak, nasib baik pagi-pagi Sabtu tu tak jammed sangat walaupun weekend tu cuti panjang.
Sampai di Awana Kijal lebih kurang pukul 2 petang, Along sampai dulu so dorang check in dulu, tapi awal-awal dah booking connecting room jadinya bilik memang bersebelahan tapi cuma pihak hotel nak tengok confirmation letter memandangkan bilik ditempah atas nama saya. So bila kitorang sampai dalam pukul 2.30 petang check in untuk yang 1 bilik lagi, alhamdulillah dapat 2 bilik yang connecting room, 1 bilik untuk yang lelaki 1 lagi bilik untuk perempuan. Harga 1 bilik untuk semalam RM300. Masuk bilik lepak jap sambil makan tengah hari bekalan yang dibawa - Ketupat, Rendang Daging & Sambal Ikan Bilis, best bila dapat makan ramai-ramai. Makan n lepak-lepak dalam bilik, tapi bebudak ni dah tak sabar nak mandi kolam, dah bilik nya view kolam so dorang tu asyik ushar kolam je dari atas, lepas asar je semua dah siap nak turun mandi kolam, Mak Busu nya pun join sekali, bila lagi nak spending time dorang ni. Mak Busu nya asyik travel sendiri je,haha. Aktiviti petang tu adalah mandi kolam sampai menggigil kesejukan,haha.
|
Kolam Dewasa |
|
Kolam Kanak-Kanak |
|
Padang Golf |
|
Bersama Anak Menakan |
|
Bersama 4 Nieces |
|
Mask Diving pun dorang bawak masuk kolam,haha. |
|
The Girls |
|
Dari Kiri: Achik, Mak and Along with Aqeela, Arman and Aisar |
Bersambung untuk hari kedua - misi mencari sunrise!
No comments:
Post a Comment