Aktiviti luar pintu cuti hujung minggu yang lepas, kenapa tajuknya WWR Sedim 2.0, sebabnya dah pernah buat WWR kat Sedim ni pada 2012. Tapi pengalaman untuk kedua-dua WWR ni berbeza, kalau dulu rafting dalam keadaan air yang banyak cabaran nya bot laju sangat so tak feel bila lalu kat jeram-jeram yang kecil, untuk kali ni rafting dalam musim kering dan air kurang cabaran nya bot sangkut dan rasa lah segala batu-batu yang ada kat sungai tu, termasuklah la dapat lebam.haha. Tambahan untuk trip ni dapat cover trekking ke air terjun lata riau yang dalam trip dulu tak penah tahu pun kewujudan air terjun ni. Jadinya ok je kalau nak try something or pergi sesuatu tempat yang sama banyak kali sebab pengalamannya pasti berbeza.
Perjalanan kami bermula dari meeting point di Masjid Terapung Puchong baru tahu ada masjid terapung kat puchong, untuk trip kali ni kami seramai 7 orang, bila semua dah sampai meeting point, kami pun memulakan perjalanan dengan 2 buah kereta, melalui PLUS highway dan akhirnya sampai di Kulim jam 3 lebih. Memandangkan masih awal untuk ke Sedim, kami berehat tidur sebenarnya di surau R&R yang tak tahu nama apa. Kira-kira jam 7 pagi selepas menukar pakaian kepada pakaian untuk rafting kami meneruskan perjalanan ke Sedim. Untuk ke Sedim, perlu exit Seberang Jaya dan ikut signboard ke Kulim Hi-Tech, dari sini guna Waze cari Kg. Sedim, bila dah sampai Kg. Sedim akan nampak banyak signboard ke Tree Top Walk Sedim, ikut signboard ni dan akan sampai ke Hutan Lipur Sungai Sedim. Untuk masuk ke Hutan Lipur ni bayaran RM 3 dikenakan untuk 1 kereta.
Sampai di sini, kami terus parking kereta di base camp Rapid Fire Adventure iaitu satu-satunya syarikat pengendali WWR di Sedim ni. Turut berada di situ beberapa geng kayak dari Langkawi yang turut akan rafting pada hari tu, selepas persiapan (pakai life jacket, helmet dan ambil paddle) dibuat dan mendengar penerangan ringkas dari guide, kami diarahkan untuk ke bawah jambatan untuk melakukan aktiviti water confidence. Water confidence ni aktiviti wajib untuk semua yang akan rafting, melalui water confidence ni kita boleh tahu yang life jacket kita tu dapat menampung berat kita atau tidak. Untuk water confidence di Sedim, kita perlu terjun ke dalam sungai dari ketinggian 6 kaki. Selepas semua dah buat water confidence, guide sekali lagi beri penerangan mengenai arahan-arahan untuk rafting seperti "forward" , "backward" , "bom" dan belajar 1 lagi arahan baru iaitu "bump", mungkin arahan ni ada dalam keadaan air kurang je sebab kita akan banyak tersangkut dan guide akan suruh bump (bangun duduk) supaya guide boleh tarik bot tu. Untuk WWR kali ni jaraknya ialah 2 KM, dan ada beberapa rapid level 3 dan 4, untuk rapid level 4 di Elbow Drop kita akan naik bot tanpa paddle dan akan terjun ke dalam rapid. dah buat 2 kali pun cuak lagi,haha. Ok, we are ready to Raft! Jom layan gambar.
Tenang |
Water Confidence - WWR Sedim 1.0 |
Briefing dari Guide |
Persiapan untuk mengharungi Elbow Drop |
Elbow Drop WWR Sedim 1.0 (Air Banyak) |
Elbow Drop WWR Sedim 2.0 (Air Kurang) - [ Pic: Anne ] |
Habis rafting dalam pukul 2.30ptg, kami kembali semula ke base camp Rapid Fire untuk makan tengah hari, aktiviti seterusnya ialah trekking ke Air Terjun Lata Riau, best sebab dah lama tak trekking dan tak bau hutan, kali dapat bau hutan,yeahhh. Untuk ke air terjun ni, perjalanan pergi mengambil masa kira-kira 1 jam, sampai di air terjun, ambil gambar lepak sekejap dan bergerak keluar memandangkan hari da nak gelap. Perancangan nya selepas trekking ni nak naik tree top walk, tapi tak dapat sebabnya tree top walk dah tutup, bagi kawan-kawan yang tak dapat naik tree top walk, tak pe boleh datang lain kali, kita rafting lagi,haha.
Signboard ke Gunung Bintang & Lata Riau |
Trekking |
Us.. |
Air Terjun Lata Riau - [ Pic taken by Zilla ] |
Fernleaf |
Pulang semula ke base camp untuk minum petang, ikut perancangan asal kami akan bermalam di sini, tapi ade perubahan jadinya kami akan tidur di Penang. (tak kisah la tidur mana, janji boleh tidur,haha.). Berakhir lah trip WWR Sedim ni, dengan pakej RM 180 untuk Rafting (2km) + Nightwalk + Abseiling + Camping memang berbaloi. Thanks pada organiser (K. Jijah), lain kali buat lagi.haha.
Terlanjur dah buat Entri WWR, ni senarai WWR yang dah pernah dilakukan, banyak lagi sungai yang belum di conquer ni, jom rafting lagi. Semua sungai ada cabaran yang berbeza, kalau secara peribadi Sungai Padas paling extreme, tapi Elbow Drop kat Sedim terbaik sebab boleh buat lutut gigil,haha:
1. WWR @ Sungai Kiulu - Sabah
2. WWR @ Sungai Padas - Sabah (Entri Rafting di Padas)
3. WWR @ Sungai Kuala Kubu Baru - Selangor
4. WWR @ Sungai Sedim - Kedah (2X)
5. WWR @ Sungai Kampar - Perak
6. WWR @ Sungai Gopeng - Perak
p/s: Untuk Vlog WWR Sedim, masih di edit, nantikan!
[ Off to deep underwater world...Masa untuk blup blup kat laut pula.]
No comments:
Post a Comment