Alhamdulillah, selepas resign dari sana saya dapat pula tawaran ditempat lain(tapi hanya trainee), dan sekarang sudah sebulan saya berada ditempat baru. Masih lagi mencari kesesuaian di sini, suasana baru, kerja baru, orang baru, segalanya barulah, namun adakala terasa masih lagi tidak menepati apa yang saya inginkan, adakah saya tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang?? tidak, saya bersyukur dan redha mungkin ini memang telah tertulis untuk saya...cuma sesekali mengeluh mengapa masih lagi belum mendapat pekerjaan yang tetap, bila boleh stabil, bila boleh bagi duit kat mak...huhu. Setiap hari memikirkan masa depan yang belum pasti, kadang-kadang terasa penat dah untuk menjadi orang dewasa ni, namun saya bersyukur kerana dikelilingi oleh teman-teman (anda tahu siapa anda) dan keluarga yang menyokong saya. Sentiasa memberi semangat dan kerana kalianlah saya masih berdiri teguh.Terima kasih kalian..
Mengharungi manis dan pahit 1430H memberikan pengalaman kepada saya serta lebih mematangkan saya. Mengharap akan ada sinar pada tahun hadapan, semoga hidup saya akan lebih teratur. Seorang teman pernah berkata, kadang-kadang Allah uji kita, setimpal dengan apa yang kita lakukan, jadi mungkin tahun 1430H saya belum cukup baik , masih lagi terleka dalam menunaikan suruhanNya dan mungkin itulah Allah menguji saya. Untuk 1431H semoga saya akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dalam mencari keredhaanNya. Amin....
Dalam pahit ada manisnya, terasa bertuah kerana mempunyai teman-teman yang sentiasa bersama dalam suka dan duka. Terima kasih UPSM kerana memberi peluang untuk saya mengenali mereka. Kepada mereka diharap tahun yang mendatang akan lebih baik buat anda semua....Semoga kita semua akan menikmati Pelangi yang indah selepas hujan...
Erm..setakat ni dulu entri saya pada kali ni Salam Maal Hijrah pada semua......
Akhir kata " Hargailah Mereka Yang Menghargai Anda"
p/s: Kita kena sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari. Biarlah orang tak nampak kita jadi makin baik. Yang penting, kalau kita dah berusaha. Allah akan tunjuk jalannya.