Friday, March 6, 2009
Hantu Durian...(Trip to Melaka)
On 22 Feb ari tu aku dan budak2 UPSM telah berkonvoi ke melaka atau lebih specificnye ke rumah aku,hehe. Best gile bile konvoi ramai2 ni, semunye de lebih kurang 20 orang (3 kereta). Yang tambah lagi best sebab setiap kereta kitorang ni dibekalkan dengan satu walkie talkie so boleh la kitorang roger2 kalo nak tunjuk arah tu n memang bising la kete dengan suara dak2 ni main walkie talkie. Kalo nak tau walkie talkie ni kitorang pinjam dari Jppel UKM untuk program yang baru lepas ,tapi x pulang lagi.Actually kitorang balik melaka ni sebab nak makan durian kat umah aku n lagi satu sebab nak release tension lepas habis MITRAD.
Bagi budak2 upsm ni melaka memang dah sinonim dengan kitorang sebab selalu buat program kat ayer keroh so bile lalu depan ayer keroh tu rindu giler nak berprogram kat hutan rekreasi ayer keroh tu,huhu. Kira-kira kul 12 tgh hari kitorang sampai ke rumah aku..baru duduk x sampai berapa minit dorang dah ajak nak mkn durian...memang hantu durian betul dorang ni,hehe. Aku pun ajak la dorang jalan kaki ke kebun mak aku, durian tu sebatang je yang berbuah so kire special pokok la ni, cukuplah untuk kitorang sume makan. Upacara memakan durian dilakukan kat atas pondok dlm kebun tu.
Lepas habis makan durian n masing-masing dah kenyang kitorang pun melakukan aktiviti bergambar, dak2 upsm ni memang gile kamera sket so kat kebun pun dorang jadi nak bergambar tapi de special sket la sebab kat kebun aku tu de sebatang pokok getah yang senget so boleh la dijadikan background tok bergambar. Aktivti bergambar dilakukan, lagi special sal kitorang ni sebab most kitorang pakai baju celcom xpax yang sponsor bagi so rase cam promosi celcom lak kat kampung kau tu,hehe.
Dah puas bergambar kitorang pun pulang semula ke rumah aku..kat umah aku ni aktiviti diteruskan lagi dengan memetik buah kelapa muda dan buah mata kucing,hehe. Best giler dapat minum air kelapa muda time tgh hari panas tu.Hilang rase haus. Kat belakang umah aku pun de kebun gak so dapat la dorang rase makan buah mata kucing yang fresh dari ladang,hehe.
Selesai sume aktiviti memakan buah-buahan tempatan tu kitorang dihidangkan lak dengan makan tengah hari. Lauk waktu tgh hari tu asam pedas ikan sembilang dan laksa johor. Asam pedas mak aku memang superb la, thanks kat mak n thanks gak kat along yang masakkan laksa tu untuk kitorang.Lepas dah kenyang sume dak2 ni pun nak berangkat pulang, aku x ikut skali balik ukm sebab nak stay semalam kat umah, dah lame x balik umah,hehe. Tapi sebelum dorang balik tu kitorang sempat gak g ke MRSM jasin untuk berjumpe dengan adik olo,hehe.Kira -kira kul 5 ptg dorang sume bertolak pulang ke ukm. Akhir skali thanks korang sebab sudi datang umah aku, lenkali datang la lagi,heeh......................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment