Friday, March 6, 2009

Review Geng...

On 21 Feb ari tu aku n dak2 UPSM telah g menonton filem Geng:Pengembaraan bermula..Kitorang g midnite tp ptg tu dah beli tiket dah takut tiket abes. So malam tu, lepas meeting dak2 2nd year kitorang pun menuju la ke alamanda putrajaya. Seramai 14 org yg g tgk wayang ni, sampai2 je kat alamanda tu..ramai giler org nasib baik la kitorang da beli tiket awal kalo x mmg tinggal harapan je la nak tgk geng tu,huhu. Yg syok nye kebanyakkan org ramai yg nak tgk geng tu budak ukm..so pandang kanan dak ukm pandang kiri pun dak ukm,hehe. Dak2 UKM telah menconquer alamanda time tu...

Ni citer sal Filem Geng ni plak k:

Selama ni aku hanya tonton hasil kerja lascopaque di TV7 setiap hari di bulan puasa tapi kali ni Les’ Copaque memberikan aku satu perspektif baru dalam dimensi perfileman kartun Malaysia berikutan filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula.Bagi aku, Lescopaque telah membuka satu ruang animasi 3d tempatan yang mampu menjana keuntungan dari segi kewangan, peningkatan mentaliti, dan kerjaya bagi animator-animator Malaysia.Penglibatan Lescopaque dalam menghasilkan “Geng: Pengembaraan Bermula” adalah satu langkah produktif dalam usaha memartabatkan animasi Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di Asia. Walaupun bagi aku hasiltangan lascopaque still ada sedikit kaku, namun sedikit sebanyak berjaya di negara sendiri pun sudah cukup kerana selepas ni aku boleh kerek sedikit dengan member aku dari Singapore dan Indonesia. Ha haSebagai rakyat Malaysia aku akui method “copy-is-right” adalah satu kelebihan di negara tercinta ini, namun kali ni aku berpendapat adalah berbaloi jika kalian layan di wayang, tak payah tunggu upload kat mana-mana site. Tengok, nikmati, hayati dan fahami. Nanti kalian akan perasan sesuatu dari hasil tangan Lascopaque ni. Aku tidak mengerti untuk memberikan olahan yang sesuai, tapi aku ada sedikit rasa puas hati dengan produk kartun tempatan kali ni. Bila part sedih, aku sedih. Bila part seram, aku takut. Bila part kelakar, aku gelak. Maybe ayat aku terlalu semantic untuk difahami, namun itu la, lebih baik kalian tonton sendiri di pawagam. Sokong industri tempatan yang berkualiti sahaja.Akhir kata, mari lah menyokong animasi 3d pertama Malaysia. “Dua sengget, dua sengget!”

No comments:

Post a Comment