Wednesday, April 29, 2009

Review: Bila Dah Suka...


Buku kedua yang aku bace setelah bershopping sakan di PABKL. Buku ni special sket coz dapat signature dari penulisnya iaitu Mimie Afinie. Ni first time aku bace karya beliau n aku rase gaya penulisan beliau diwarnai dgn adegan-adegan lucu dan x kurang juga saat-saat mengharukan jiwa bile membacanya. Novel ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis yang bernama Nurul Huda.

Setelah shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yanag telah lama menghilang. Namun insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di Rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lemah lembut manakala Alam seorang yang keras kepala.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit dapat melupakan kisah luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dgn sikap lemah lembutnya pandai menyembunyikan gelora dihati berbeza dengan alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda.

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kekuatan di Hati Huda untuk kali kedua.Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Patahnya hati Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda.Malah pelbagai masalah lain pula timbul.Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dgn Kak Diba...

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri.Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada disini....

Dalam novel ini aku suke gile ngan watak Alam, seorang yang nakal n berterus terang tapi tak berape suke ngan Huda sebab senang sangat jatuh cinta dgn orang, asal orang wat baik sket terus jatuh cinta,huhu.....neway best untuk dibace,tahniah Mimie Afinie (Bintang: 4/5)

K...berehat sebentar dari membaca novel fokus on exam lak.........Waahai Cik Pzah study la kamu..huhu nape malas sgt nak study ni padahal esok exam...HELP ME....
Next Exam:30/4 :Pengurusan Projek Multimedia: 1200
Wish Me luck!!!






Monday, April 27, 2009

Review : Horizon Cinta...

"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"


Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. Zariz (E-zo) dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.


Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.Antara part yg best time ade kebakaran kat atas kapal, dorang ni sempat lagi bergaduh,huhu sampai E-zo ni sembur zara ngan pemadam api tu..abes putih si zara ni,haha.

Selain tu, masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ade ke dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer,haha

Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.

Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.

Aku kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi aku dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Actually salah satu sebab aku cam tertarik nak bace novel ni coz nak tau sal dunia perkapalan,hehe...papepun tahniah pade Umi Azrini kerana berjaya menghasilkan novel yg best ni... (bintang: 5/5)


skang tgh bace Bila Dah Suka by Mimie Afinie........

Sunday, April 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...

Pagi sabtu yg indah aku n my sis with her daugthers telah menghadirkan diri ke PABKL,hehe...actually aku yg beria-ia ajak akak aku g..org gile novel so nak g cari novel la. Erm kitorang g dari umah around kul 10.30 naik kete sampai bandar tasik selatan after that naik LRT, my nieces really happy dapat naik train,hehe. Sampai PWTC around kul 11.30pg, trn je LRT tu mmg da nampak lautan manusia berpusu-pusu menuju ke PABKL tu...dalam hati terdetik, ramai gak org malaysia yang membaca,hehe...bgs2. Masuk je PWTC tu mmg ramai gile la org sampai nak jalan pun susah so aku pun dengan cepatnye g mencari novel2 yang menjadi pilihan hati n my sis with her children duduk kat area yg xde org sangat means aku sorang je la yg g round PABKL tu hehe....dan hasil pencarian novel2 tu, aku telah memborong sebanyak 6 buah novel..haha n yg best lagi sume novel tu present dr my sis untuk my coming birthday nanti...baik x aku present mintak novels je,hehe....tp yg xbest nye xjumpe novel yg aku betu2 nak cari iaitu novel Kau sayangku (bikash nur idris)..huhu. Ok ni 6 buah novel yg aku borong tu:.



1.Biarlah YM Berbicara - Hanni ramsul
2.Atas nama cinta - Lily suriani
3.Matahariku - Aina Emir
4.Horizon Cinta - Umi Azrini
5.Bila dah Suka - Mimie Afinie
6.Hanya Dia Tahu- Aleeya Aneesa




Dalam pic tu ade 5 buku je coz yg lg 1 tu my sis tgh bace so xsempat nak snap,mesti de yang rase aku jiwang ek bace novel cinta,haha...tp aku xkisah pun dah minat nk wat cam mane. hehe......skang aku tgh bace Horizon Cinta...citer die sal kisah cinta seorang navy,hehe...nantikan review aku tok setiap buku...huhu...mcm sempat je nak bace time2 exam n tesis yang belum bape nak siap ni...haha....pape pun aku akan menyempatkan diri gak untuk membaca semua novel...k nak sambung bace novel balik......end

"Selamat Membaca untuk Semua...Buku Lakaran Masa Depan"

credits 4 my lovely sis n wait for my reviews.....