Monday, April 27, 2009

Review : Horizon Cinta...

"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"


Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. Zariz (E-zo) dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.


Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.Antara part yg best time ade kebakaran kat atas kapal, dorang ni sempat lagi bergaduh,huhu sampai E-zo ni sembur zara ngan pemadam api tu..abes putih si zara ni,haha.

Selain tu, masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ade ke dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer,haha

Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.

Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.

Aku kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi aku dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Actually salah satu sebab aku cam tertarik nak bace novel ni coz nak tau sal dunia perkapalan,hehe...papepun tahniah pade Umi Azrini kerana berjaya menghasilkan novel yg best ni... (bintang: 5/5)


skang tgh bace Bila Dah Suka by Mimie Afinie........

4 comments:

  1. salam,
    terima kasih kerana sudi membaca Horizon Cinta. :)

    ReplyDelete
  2. to paji~xkisah pun ko kate aku jiwang,haha

    ReplyDelete
  3. to kak umi azrini~ tq kerana melawat blog saye...anyway nice story (horizon cinta)

    ReplyDelete