Wednesday, August 10, 2011

# Trans Sabah : Part 5 ( Kinabalu Park + Kundasang )

Entri Part 4.

Hoyeah entri terakhir untuk Trans Sabah ni, haha. 3 bulan ok nak habiskan citer ni, fuhh berpeluh2 jugak nak recall balik citer yang dah 3 bulan lepas. Ok pagi 16/5/2011 lepas dah breakfast kat Borneo Backpacker tu kitorang terus check out. Memandangkan kitorang sewa van untuk 2 hari, so hari ini kitorang still drive sendiri ke   Kinabalu Park n Kundasang. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah, condition jalan ala2 mcm nak naik Cameron Highland. First stop on da way ke Kinabalu Park, kitorang benti kat tepi jalan yang berlatar belakang kan Gunung Kinabalu (GK), but this time GK xnampak sgt sebab diliputi awan. Entri ni sadis sikit sebab hati meronta2 nak naik GK tapi hanya mampu sampai di kaki gunung dan melihat dari jauh je,huhu.Tapi xpe one day akan naik jugak itu gunung, wishlist ni,hehe. Kat first stop ni cuma ade view GK je, apa yang boleh dibuat selain bergambar dan bergambar,haha. 

1st stop





Dah puas bergambar kat situ, kitorang ke pit stop kedua plak, which is Kinabalu Park, wah lagi sadis kat sini sebab bila masuk sini akan nampak starting point nk naik GK iaitu Timpohon Gate. Sabor jela, by the way tiket nak masuk Kinabalu Park ni RM3.00 seorang. Berbanding yang kitorang pergi 2 tahun lepas, Kinabalu Park ni dah ade tambahan satu lagi view point iaitu Timpohon View, dari view ni boleh nampak air terjun GK.    Lepas habis tour Kinabalu Park ni kami teruskan perjalanan ke pekan Kundasang, lunch and cari Kiram's Village, sebab kitorang kena check in kat situ pukul 12. Penginapan kitorang malam tu kat Kundasang ialah di Kiram's Village ni la, satu malam untuk Strawberry Cabin yg kitorang sewa tu RM250, kitorang sewa 1 cabin je, ade 2 bilik , ruang tamu, toilet and dapur. So 2 bilik tu untuk girls and boys tido kat luar,haha. Tp seriusly best duduk kat Kiram's Village ni, environment dia sangat cantik dgn bunga-bungaan + tersangat la sejuk, so makesure kalo korang datang sini sila bawak sweater tebal,hehe. Lagi satu Kiram's Villag ni jugak berlatar belakangkan GK, tp ni view dari Mesilau Trek, and ade gak padang golf kat belakang Kiram's village ni so mmg cun la. Cara nak cari Kiram's Village ni senang je, bila sampai Pekan Kundasang ikut jalan yang ke arah War Memorial pastu terus je masuk kat kampung2 tu nanti ade signboard Kiram's Village. 

Lepas check in and solat semua, lebih kurang kul 3 petang, kitorang pergi satu lagi spot menarik kat area Kundasang tu, iaitu Desa Cattle Farm, dekat je dengan Kiram's Village ni, lebih kurang 15 minit naik van. Desa Cattle ni merupakan ladang ternakan lembu susu, tapi view nye ala2 macam kat New Zealand la, setiap hari akan ade sesi perahan susu lembu dan jualan susu segar dalam pukul 3 ptg, tp hari yg kitorang pergi tu xde jual susu lembu segar. So tengak kejap mcm mane dorang perah susu lembu guna mesin, pastu kitorang pun keluar n bergambar lagi, tp cuaca x berapa best sangat sebab hujan renyai2 so nampak kabus je. Malam tu xde aktiviti kitorang lepak je kat Kiram's Village, dinner BBQ and suprisely ade birthday party aku n sorang lg member,haha. After BBQ kitorang masuk cabin and chit chat memandangkan ni malam last kat Sabah so sessi mengenang kenangan lampau pun bermula,haha.

Kinabalu Park


Timpohon Gate - Starting point Mt. Kinabalu

Sadis,huhu

First View Deck






Timpohon View Deck

Waterfall

Lunch at Kundasang


Kiram's Village



Ni aktiviti Hutan kami, hanya sekadar menguji minda shj, xlebih dari itu,hihi

Sejukk



Desa Cattle Farm









View of Mesilau Trek from Kiram's Village


Senja di Kiram's Village

17 Mei 2011
Hari terakhir kitorang kat Sabah, so pagi-pagi tu breakfast ramai-ramai kat dalam cabin and sangat best sebab macam family,huhu.Habis breakfast kitorang checkout dari Kiram's Village and g jalan-jalan kat padang golf belakang tu, cun viewnye. After bergambar lagi kat sana kitorang terus g pekan Kundasang and shopping sikit. Sampai KK dalam kul 12tgh, sempat lagi pergi Signal Hill, kat sini boleh tgk view bandar KK, pastu turun g pasar Filipina and buat last shopping. Flight pukul 3.00ptg so lepas tu kitorang terus ke airport dan berakhirla sudah trip Sabah 2011. Trip yang full of memories, thanks guy. Tapi kita ada misi lagi yg belum tercapai, hope can do it by next year which is GUNUNG KINABALU,huhu. 


Breakfast for last day



Pengembala dan Seruling Ajaib,haha

Padang Golf



View og KK city from Signal Hill

Balik sudah - Ni geng JB

Sampai di LCCT sudah




p/s: sorry entry ni byk gambar , malas nak edit gambar jadi batch page tu,haha. 

No comments:

Post a Comment