Friday, August 5, 2011

# Trans Sabah : Part 4 ( Tamu Gaya + Tip of Borneo )

Entri sebelumnya.

Part 1 : All about Sabah
Part 2 : Pulau Manukan
Part 3 : Padas White Water Rafting

1st of all , Salam Ramadhan buat semua, syukur kita dipertemukan lagi dengannya untuk tahun ni. Saat entri ni ditulis aku still xde mood lagi nk berblogging, tp try harder sebab nak habiskan entri Sabah ni pastu nak sambung dengan entri Pulau lak. Memang aku salute la kat blogger yang boleh update blog hari2 + tulis entri yang panjang, macam blogger  backpackerbusuk ni, blog ni gak salah satu faktor ak lagi lambat nk update blog sebab syok sgt baca entri kat blog tu. Serius ak recomended korang baca blog ni, full of travel n backpacker information,hehe ( Fatt aku siap promote blog ko lg ni ha,haha ). 

Ok, berbalik pada tajuk entri ni, kitorang punya trip untuk hari keempat iaitu pada 15 Mei 2011, bermula seawal pagi ahad tu becoz semua sibuk nak g shopping kat Tamu Gaya tu, orang cakap kalo nak shopping barang murah, kat tamu ni boleh dapat barang murah. Tamu Gaya ni mula seawal jam 6 pagi hingga pukul 1 tgh hari. Erm citer sal Tamu ni, banyak barang eksotik n unik leh dapat kat sini, aku sempat la shopping souvenier kat sini, tu je aku shopping kat tamu ni,haha. Yang lain nye aku habiskan masa dengan teman member jalan and snap picture,hehe. So enjoy je la picture kat bawah ni.



Habis shopping dalam pukul 12 tgh, pastu kitorang g mkn n balik Borneo Backpacker semula. After zohor tu van sewa pun sampai so perjalanan selama 3 jam ke Kudat pun bermula. Kenapa kitorang g Kudat? sebab kat sana merupakan penghujung daratan bagi Borneo atau lebih dikenali sebagai Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengayau. Pada yang nak g melancong ke Sabah, tempat ni spot wajib kena pergi, walaupun jaraknye jauh dari Kota Kinabalu tapi memang berbaloi sampai sana, boleh tengok sunset yang superb, Tanjung Simpang Mengayau ni juga merupaka pertembungan antara 2 laut, iaitu Laut China Selatan dengan Laut Sulu, tapi xde beza pun pertembungan 2 laut tu, sama je air nye,hehe. 

Sepanjang perjalanan 3 jam ke Kudat ni, kita akan lalu kat kawasan kampung and sesekali ade jumpa sawah padi jugak, menarik juga la view nye. Tapi view pokok kelapa sawit pun banyak jugak,haha. Jangan risau takut sesat nak g ke sini, ikut je signboard ke Kudat, nanti da nak dekat sampai ke tempat tu akan ade banyak Signboard tunjuk Tanjung Simpang Mengayau. Kitorang sampai ke sini lebih kurang kul 5.30, cun2 a nak sunset time ni, 1st impression memang cantik tempat ni, boleh nampak air yang biru + pokok2 ru memang spot nak buat photoshoot,hehe. Gambar wajib kena amek kat sini ialah kat Globe tgh2 dataran tu, sebab tu landmark Tanjung simpang Mengayau ni. Kitorang lepak kat sini sampai matahari betul2 tenggelam, pastu terus balik KK tapi perjalanan balik ni tricky sikit sebab jalannya gelap. Alhamdulillah kami sampai di Borneo Backpacker around pukul 12 mcm tu. Tido and ready for tomorrow journey, kita ke Kundasang!

On the way tu jumpe Sawah

Signboard



















2 comments:

  1. haaa..update pon! hahaha :D

    makasih la pijah gi promote blog aku..matilah pasni aku kena kerja lagi keras hapdet setiap hari..aku ni malas sbnrnya tp ramai suh aku hapdet cerita SR tu maka aku kena buat..huhuhu~

    peh ramai gila geng ko..izit 11 org? bestla krg still keep in touch wlpun memasing dah kerja. aku salute komitmen korang sbb bkn senang nak cari masa yg sume org free.

    sbnrnya aritu ms aku gi KK aku tak tau pun psl tip of borneo, silly tul. so skrg ni tah bila aku bleh pegi sana lagi sbb kengkawan sume minat nak terjah oversea...haih!

    anyway, slmt berpuasa! :)

    ReplyDelete
  2. Fatt,
    Haha,mmg aku sengaja promote supaya k selalu update,kiki. Tp aku tau ko boleh, ko kan novelist,haha.

    A'ah trip ni 11 org, setahun kitorang plan so masing2 mmg da alert sal trip ni tp ade gak sorang yg xdpt pegi.

    Hehe, tp kan ko ade wishlist nak naik Kinabalu so time tu leh la g Tip of Borneo ni, actually aku pun akan g lg ngan dorang ni sebab kitorang pun xcapai lagi misi nak tawan Kinabalu tu,huhu.

    Selamat berpuasa jugak Fatt, cepat sambung telenovela ko tu,haha.

    ReplyDelete