Sunday, July 25, 2010

# New Look...

Salam Petang Ahad...Korang watpe ari ni?? Cik Pijah tengah bermalasan kat atas katil ni sambil baca novel yang baru beli semlam...hihi. Semalam selain beli novel Cik Pijah beli cadar baru gak..hehe..saje nk tukar cadar baru supaya lepas ni akan ade lebih banyak ilham nak menulis blog..sebab most of the entri kat SWP ni Cik Pijah tulis atas katil ni..hehe. So enjoy the pics..

Colourful kan?? biasalah mengikut tema Seceria Warna Pelangi la...hihi




Saturday, July 24, 2010

# Novel Lagi...hihi

Dua lagi Novel untuk dibaca...4 sebenarnye, yang lagi dua tu Achik yang beli...so lepas dia baca baru Cik Pijah baca, kiranya macam sistem barter la kami ni..haha. Dua2 novel yang Cik Pijah beli untuk kali ni adala terbitan Kaki Novel, Cik Pijah mula menyukai karya KN lagipun cover novel2 keluarannya lawa2...hihi. simple n smart.

1. Ad + Iz : Eury Athena
Font size
2. Tenggelamnya Warna Pelangi - Sharina Elisa






# 17 Hari Lagi...

Masa berlalu tersangat lah pantas, sampaikan kadang-kadang terasa x terkejar lagi da..huhu. Rasenye macam baru lagi memori berpuasa di Subang bersama Ecah n Cik Mah, kini Ramadhan yang mulia akan kembali lagi, x lama da dalam 2 minggu je lagi. Semoga kita semua sempat menemui Ramadhan tahun ni, ye la ajal di tangan tuhan, segalanya mungkin. Semoga Ramadhan kali ni juga akan lebih mendekatkan kita kepada Dia. InsyaAllah. Untuk tahun ni Cik Pijah akan berpuasa di Kajang....waaa rindu la memori puasa kat Subang dulu....huhu.

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday, July 23, 2010

# Imam Muda...


Imam Muda rancangan realiti yang berbeza dengan rancangan realiti lain, actually Cik Pijah pun baru je start tengok hari ni, da episod ke-9 baru tengok, last week da final dah. Mungkin sebab promosinya x sehangat rancangan realiti yang lain, tu yang Cik Pijah pun xsedar adanya Imam Muda ni, tetapi dalam masyarakat kita kurang meminati rancagan realiti yang berbentuk islam ni, orang lain lebih menghargainya, kalo nak tau Imam Muda ni mendapat perhatian media asing seperti Al-Jazeera, CNN dan BBC....hebat kan..tp masyarakat kita sendiri x mampu untuk menilainya termasuklah Cik Pijah sendiri....skang baru nak start tengok da nak abis da pun rancangannya...hihi. Tapi sedih sebab malam ni Aran tersingkir...Cik Pijah suka Aran sebab dia sweet muka innocent,hihi....

Sedikit info mengenai Imam Muda ni, peserta nya seramai 10 orang, dan kini hanya tinggal 2 lagi yang akan ke grand final iaitu Asyraf dan Hizbur...(suka Asyraf..hihi). Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemuanya bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.

Asyraf


Aran



<


Wednesday, July 21, 2010

# Maher Zain Fever...

Oh...kini blog Cik Pijah berlatar belakangkan lagu Maher Zain ni...'Open Your Eyes' lagu yang paling Cik Pijah suka...tapi semua lagu2 Maher Zain ni memang best...really inspired me. Dulu Cik Pijah xkenal pun siapa Maher Zain ni, infact xpernah dengar pun lagu2 dia, tapi xtau ntah macam mane boleh terminat plak ngan dia skang ni, bukan minat dia tapi kat lagu-lagu and suara dia sebenarnya...kenapelah suara dia sangat merdu..hihi. Da macam fenomena plak skang ni, kat mane2 skang da kuar lagu Maher Zain, and its good kerana semua lagu-lagu dia memberi mesej yang sangat berguna dan sangat bermotivasi. Ni yang buat Cik Pijah lagi suka kat Maher Zain ni, berdakwah melalui lagu. Kepada sesiapa yang ingin lebih tahu mengenai Maher Zain boleh baca kat sini.
“I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right” - Maher Zain

Tuesday, July 20, 2010

# Practice makes Perfect...

How to generate idea on photography? How to be a creative photographer ? How to be familiar with your gear ? wah ! so many questions and the answer is simple..PRACTICE and PRACTICE...Hihi its just a simple tips for the new photographers, so as Cik Pijah. I'm still in a learning process in terms of understanding the gear itself, focusing on the object, getting the best angles and many more. A long way to go, to be a good photographer is not easy as ' Kacang Goreng ' you must spent a lot of time just to master your shot, but it is not possible with the hardwork and practice, one day you will be somebody in Photography World....Here are some shots from the new photographer....Enjoy it !






Hihi...poyo je Cik Pijah ni wat entri dalam english...tapi sebenarnye Cik Pijah saje je "apply" apa yang Cik Pijah dapat dalam Writing Course yang Cik Pijah attend dua hari ni...hehe...same gak dalam menulis ni practice makes perfect ....so ok x?? haha....

Monday, July 19, 2010

# Review: Pergilah Air Mata...

Untuk novel PAM ni Cik Pijah berjaya mengahabiskannya dalam masa seminggu termasuk time balik kampung ari tu pun Cik Pijah still baca lagi, balik kampung just untuk baca novel..hihi...mane taknye gila tebal novel PAM karya Hanni Ramsul ni....Bagi yang xkenal Hanni Ramsul ni beliau merupakan penulis novel Biarlah YM bicara....alah novel yang best giler tu...hehe. Ok..review sikit sal novel PAM ni...erm jalan citer nye macam Cik Pijah pernah baca sebelum ni, dalam novel Pergilah Sepi rasenye...so da xsyok sgt la sebab da tahu jalan citernye kan cuma dalam PAM ni ade kelainan sikit sebab watak utama Badrul tu kahwin lain. Actually citer ni mengisahkan Sabrina yang telah dikhianati kawan baik baiknya yang membuat rancangan supaya Sabrina ni ditangkap basah dengan seseorang yang diupah tetapi nak dijadikan cerita Sabrina ni tertangkap dengan Badrul, so dorang pun berkahwin dengan paksa, kat sini lah bermula konflik dimana Badrul membenci Sabrina kerana menganggap Sabrina sengaja membuat rancangan tersebt supaya bole mendapat harta. Tapi macam biasalah dalam benci2 tu tiba-tiba datang sayang....haha...so da tahu da ending die cam mane kan...inginkan jawapan belilah novel Pergilah Air Mata ni, x sia-sia kalau membelinya...pada sape2 yang nak pinja pada Cik Pijah pun boleh, tapi novel ni tertinggal kat kampung so kena balik amek....hihi

Rating: 4.5 bintang

Sunday, July 18, 2010

# Further Study : Yes or No ?

Erm...dis week Cik Pijah balik kampung...and kat umah ade satu surat dari Pusat Kembangan Pendidikan, UKM. Surat tu mempelawa Cik Pijah sambung wat master kat UKM, dulu pernah sekalu anta borang nk wat master tp tidak diterima,hihi...tp diz time dorang plak yang suh masuk...huhu. Semangat nak belajar tu memang la ade, tambah2 mak pun galakkan...tp bila fikir masa n komitmen keje nanti malas la plak nak wat...hihi. Tp Cik Pijah ade impian nak dpt title Dr. before umur 30...hehe...So skang dalam dilema nak sambung ke x? Kemasukkan untuk semester ni pd 18 September 2010...wah cepatnye...huhu..( Sempat ke nak berfikir ni )

" Bagi sesape yang berminat nak sambung belajar kat UKM, boleh lawati laman web ni www.ukm.my/kembangan. Tempoh penghantaran permohonan sebelum 25 Julai 2010 '

Friday, July 16, 2010

# Oh.. I just Love Danbo...

Huhu....kenapelah Danbo ni xde dijual kat Malaysia...muka yg xde perasaan dia tu membuatkan dia sangat CUTE...Ni ade beberapa gambar Danbo yg membuakan dia lagi comey...

Boleh x nak wat DANBO as a wishlist....kepada sesiapa yang terjumpe DANBO ni bgtau la saya...sape2 yang nak hadiahkan pun ok gak..hihi





SANGAT CUMEL KAN DANBO NI !!!

# Review : Mencari Jalan Ke Syurga ...

Novel yang berbeza dari novel-novel yang biasanya ke arah percintaan. Sesuai dengan tajuknye mencari jalan Ke Syurga, novel ni mengisahkan Khirana yang dulunya model dan sangat sosial mengalami kemalangan dan koma selama 2 tahun. Sedar dari koma Khirana mengalami amnesia (hilang ingatan) dan berubah menjadi seorang yg sgt berbeza, lebih dekat dengan Allah. Novel yang penuh dendam dan khianat sehingga hutang nyawa dibalas nyawa. Tahniah kepada penulis kerana kadang2 ade seen thriller yg menjadi, n berjaya membuat aku suspen gak..hehe. Untuk tahu kisah Khirana, Shahrul Azwan, Shaqrir Ikhwan, dan watak-watak lain....silalah dapatkan Novel karya Hasliza Ismail. Sesungguhnya bertuah menjadi Khirana kerana masih diberi peluang dan ruang untuk bertaubat setelah dua kali bertarung dengan kematian..huhu.

Rating: 4 bintang setengah