Monday, July 19, 2010

# Review: Pergilah Air Mata...

Untuk novel PAM ni Cik Pijah berjaya mengahabiskannya dalam masa seminggu termasuk time balik kampung ari tu pun Cik Pijah still baca lagi, balik kampung just untuk baca novel..hihi...mane taknye gila tebal novel PAM karya Hanni Ramsul ni....Bagi yang xkenal Hanni Ramsul ni beliau merupakan penulis novel Biarlah YM bicara....alah novel yang best giler tu...hehe. Ok..review sikit sal novel PAM ni...erm jalan citer nye macam Cik Pijah pernah baca sebelum ni, dalam novel Pergilah Sepi rasenye...so da xsyok sgt la sebab da tahu jalan citernye kan cuma dalam PAM ni ade kelainan sikit sebab watak utama Badrul tu kahwin lain. Actually citer ni mengisahkan Sabrina yang telah dikhianati kawan baik baiknya yang membuat rancangan supaya Sabrina ni ditangkap basah dengan seseorang yang diupah tetapi nak dijadikan cerita Sabrina ni tertangkap dengan Badrul, so dorang pun berkahwin dengan paksa, kat sini lah bermula konflik dimana Badrul membenci Sabrina kerana menganggap Sabrina sengaja membuat rancangan tersebt supaya bole mendapat harta. Tapi macam biasalah dalam benci2 tu tiba-tiba datang sayang....haha...so da tahu da ending die cam mane kan...inginkan jawapan belilah novel Pergilah Air Mata ni, x sia-sia kalau membelinya...pada sape2 yang nak pinja pada Cik Pijah pun boleh, tapi novel ni tertinggal kat kampung so kena balik amek....hihi

Rating: 4.5 bintang

No comments:

Post a Comment