Friday, July 16, 2010

# Review : Mencari Jalan Ke Syurga ...

Novel yang berbeza dari novel-novel yang biasanya ke arah percintaan. Sesuai dengan tajuknye mencari jalan Ke Syurga, novel ni mengisahkan Khirana yang dulunya model dan sangat sosial mengalami kemalangan dan koma selama 2 tahun. Sedar dari koma Khirana mengalami amnesia (hilang ingatan) dan berubah menjadi seorang yg sgt berbeza, lebih dekat dengan Allah. Novel yang penuh dendam dan khianat sehingga hutang nyawa dibalas nyawa. Tahniah kepada penulis kerana kadang2 ade seen thriller yg menjadi, n berjaya membuat aku suspen gak..hehe. Untuk tahu kisah Khirana, Shahrul Azwan, Shaqrir Ikhwan, dan watak-watak lain....silalah dapatkan Novel karya Hasliza Ismail. Sesungguhnya bertuah menjadi Khirana kerana masih diberi peluang dan ruang untuk bertaubat setelah dua kali bertarung dengan kematian..huhu.

Rating: 4 bintang setengah

No comments:

Post a Comment