Wednesday, April 29, 2009

Review: Bila Dah Suka...


Buku kedua yang aku bace setelah bershopping sakan di PABKL. Buku ni special sket coz dapat signature dari penulisnya iaitu Mimie Afinie. Ni first time aku bace karya beliau n aku rase gaya penulisan beliau diwarnai dgn adegan-adegan lucu dan x kurang juga saat-saat mengharukan jiwa bile membacanya. Novel ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis yang bernama Nurul Huda.

Setelah shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yanag telah lama menghilang. Namun insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di Rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lemah lembut manakala Alam seorang yang keras kepala.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit dapat melupakan kisah luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dgn sikap lemah lembutnya pandai menyembunyikan gelora dihati berbeza dengan alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda.

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kekuatan di Hati Huda untuk kali kedua.Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Patahnya hati Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda.Malah pelbagai masalah lain pula timbul.Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dgn Kak Diba...

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri.Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada disini....

Dalam novel ini aku suke gile ngan watak Alam, seorang yang nakal n berterus terang tapi tak berape suke ngan Huda sebab senang sangat jatuh cinta dgn orang, asal orang wat baik sket terus jatuh cinta,huhu.....neway best untuk dibace,tahniah Mimie Afinie (Bintang: 4/5)

K...berehat sebentar dari membaca novel fokus on exam lak.........Waahai Cik Pzah study la kamu..huhu nape malas sgt nak study ni padahal esok exam...HELP ME....
Next Exam:30/4 :Pengurusan Projek Multimedia: 1200
Wish Me luck!!!






2 comments:

  1. klu nk lg koleksen kak Mimie ni g sggh kt rak bku aku, aku de agak byk gak la...hehe...
    ske alam x??? ske kan???
    klu la dpt org cam alam kn bes...kekeke

    ReplyDelete
  2. haha...bole2 time perkampungan ko bawak ek...
    btul2 suke alam....huhu de ke org cam die?hehe

    ReplyDelete