Wednesday, June 30, 2010

Berakhirnya Jun ...

Ni entry terakhir aku dalam bulan Jun 2010 ni, bangga gak la ngan diri aku ni sebab berjaya menghasilkan 13 entri dalam bulan ni...cipta rekod ni....hehe. So hopefully untuk next month akan meningkatlah jumlah entri aku ni....so mood tolong memberi kerjasama untuk menulis...hehe.

Dalam bulan jun ni so many things happen, jadi td aku da amek mase 10 saat untuk flashback balik ape yang aku da buat and lalui sepanjang bulan ni. Here are the list, hehe:

1. Ecah accident
2. Celebrate birthday ecah kat i-city- dangan berbaju ofis
3. Main Layang-layang ngan olo kat kepong
4. Kami pulak accident kat Melaka - semuanya sebab lagu Jika Kau Tak datang
5. Family day UPSM- best dapat jumpe cik mah, zain n yg lain-lain
6. Cameron Higlands with family - thanks ecah temankan aku
7. Minggu yang sangat busy sebab TOT dan Open day MPOB
8. Olo tinggalkan Kami-da jauhh ngan kamu
9. G Royal Belum - Precious experience


Ari ni ari terakhir bulan 6 kalo ikut album 365 Saupix ari ni da ari ke 180 dalam tahun ni....pejam celik da setengah tahun da kita dalam tahun ni...baki lagi setengah tahun macam2 boleh berlaku..hanya doa yang mampu dititipkan agar segalanya berjalan lancar...huhu...semoga ditabahkan hati, dipermudahkan urusan untuk mengharungi hari2 seterusnye...=]

Belajar daripada Alam


Alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan!
(Solusi : isu 20 )


Entri ni sebenarnye nak citer sal Royal belum ari tu, tetibe terbace solusi n tajuk ni kena sangat dengan Royal Belum (alam). Bagi aku yang memang suka nature ni memang alam tu jadi tempat yg sangat luas untuk dipelajari, banyak benda yang boleh dipelajari dari alam ni, macam kat belum aku belajar tentang kehidupan orang asli, boleh tengok khazanah hutan yang belum terusik, tahu tentang ikan yang menjadi kegilaan pemancing, tahu pantang larang dalam hutan , semua tu ilmu baru yang akau dapat dari alam. so pendek kate memang alam ni memang sekolah bagi insan seperti kita ni. Ok tu je la, entri untuk Royal Belum ni, yang lain just check it out the photos.

Next mission : Nak menjelajah Alam luar dari Malaysia...
" Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan
"



Tuesday, June 29, 2010

I'm back ~

kembali ke dunia pembangunan...5 words about Royal Belum....


Sungai/Air yang best
Kelah
Hutan yg belum terusik
Rafflesia
Orang asli negreto Jahai

Next entry will be full review of Royal Belum....ok time to sleep...light off...esok keje...huhu

Friday, June 25, 2010

Royal Belum....Here I Come



Ok....aku akan menghilangkan diri selama 3 hari untuk menjelajah Royal Belum. Erm...new experience n new things to learn disamping mencari ketenangan disana dan mencariiii.....hehe. Semoga ketemu apa yang dicari....aminnn. Hoho...xsabar nk trekking kat Royal Belum, dengar citer flora dan fauna nye memang superb...kat bawah ni antara flora dan fauna yang akan aku cari..hehe.



Thursday, June 24, 2010

Review : Jodoh atau Cinta

Finally habis gak aku baca buku ni....tooks 2 week to finish it...haha. Ulasan ringkas, ok la buku ni, berbaloi untuk dibeli, satu rangkap best yang aku dapat dari novel ni:


" Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta?
Yang mana hak mereka? "


Best kan ayat tu, hehe....sesungguhnya jodoh pertemuan di tanganNya.... Ni full sinopsisnya:

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka
Jodoh Atau Cinta

Wednesday, June 23, 2010

Open Day MPOB...


Tak sempat pun nak promote sal Open Day MPOB kat blog, pape pun open day telah pun berlangsung dengan jayanya pada 18-19 jun 2010. Next open day will be in 5 years from now....
So enjoy the pictures.. Thanks to shah n shakeer kerana sudi dtg memeriahkan lg open day
ni...hehe

Monday, June 21, 2010

Aku menjadi Penulis ???

Penulis??? Haha x terlintas dalam diri ni nak jadi penulis, sebab tahu diri ini bukanlah penulis dan pencetus idea yang baik, xmacam (Cik Kerana Dia) yang sememangnya mempunyai bakat menulis...hehe. Tapi bila dah keje kat MPOB ni da menjadi tanggungjawab untuk menjadi penulis skrip, so nak atau xnak aku kena gak menulis...jadi video2 kat bawah ni menggunakan skrip yang di olah oleh aku dengan input daripada penyelidik-penyelidik MPOB, kalo nak harapkan input dari aku memang x terjangkau pemikiran dengan kajian2 saintifik ni...hehe.

Dalam entri yang lepas aku ada bercerita mengenai kesibukkan keje sempena seminar pemindahan teknologi yang telah pun selamat dilaksanakan dan kesibukkan tersebut adalah untuk menyediakan video2 ni. Ada 4 video semuanya yang seksyen multimedia perlu siapkan.
Berikut adalah video2 tersebut....Enjoy dan hayati skrip tersebut...aku yang tulis...hehe

" Selamat Ulang Tahun MPOB yang ke-10 "

Menjana Industri Sawit Negara

1. MPOB 10 Years Anniversary


2. Briquetting


3. E-Benih Portal


4. GanoSken

Kadang-kadang diri ini???

Erm...malam ni mcm xbole nk tido lak, so aku pun bermuhasabah diri...dalam mengimbau diri ini dari sudut positif n negatif aku realize satu benda sal diri aku iaitu kadang2 dalam certain2 time aku rase diri aku ni bukan penyabar orangnya. Contohnya 2 3 hari lepas xtahu kenapa tiba2 dtg angin nak tukar hp n nak beli blackberry, pastu xleh nak sabar2 tunggu gaji dulu ke ujung bulan ke...bila nak time tu gak nak so sebab ikutkan hati sangat aku pun belilah blackberry tu...ni satu hal dulu pun da skali gak time tu dtg angin nak beli DSLR, pun sama gak xtahu nak sabar malam2 g cari DSLR...haha....Tp nk wat cm mane sume benda tu da beli so pasni kena jaga leklok lah, hope ni kali terakhir aku beli gadget2 ni, janji xnak tukar hp lg..hehe...Lepas ni tolonglah Cik Pijah jangan wat macam ni lagi...kalo slalu2 wat macam ni xleh nak menyimpan gamaknye..huhu... ( ade satu lagi gadget yang nk beli, Mac Book Pro...tp yg ni leh bersabar kot...next year br beli)

My Gadget List:
DSLR Canon 500D
Lens 15-55 mm
BlackBerry 9700



Friday, June 18, 2010

Akhirnya DIA tinggalkan KAMI....


ketawanya menceriakan kami...gembiranya gembiralah kami...
sedihnya sedihlah kami....
kehadirannya melengkapkan kami....

banyak kenangan pahit dan manis...
kami harungi bersama...
waktu susah dan senang...
juga kami bersama...

tapi ...
esok dia akan pergi meninggalkan kami...
pergi untuk mencari sinar yang baru...
semoga kamu akan temuinya...
kami disini sentiasa mendoakan kamu...
dan yang pasti kami akan merindui kamu...

huhu....Selamat jalan Siti Norazelah Hamdon aka OLO, semoga berjaya disana, jangan lupakan kami disini tau...huhu.......
seriously i'm gonna miss u....:(



Sunday, June 13, 2010

Mencari Kedinginan dan Kehijauan...

Selamat hari Ahad...kalo semalam aku g melaka ari ni aku nak g Cameron plak...dari lautan ke puncak bukit..hehe. So misi ari ni nak menikmati keindahan alam n nak amek shot2 nature yang best gak..K..da nak gerak da...Semoga selamat dalam perjalanan...Jumpa di lain entri.

Saturday, June 12, 2010

Mencari Mentari Merah di Ufuk Timur....

Rite now tgh siap2 nk g ke melaka, tempat tumpah darahku tp bukan nak balik umah pun cuma ingin bertemu rakan2 yg dah lame xjumpa....destinasi nya Chalet Darul Aslah, Pengkalan balak Melaka. Semoga perjalanan dipermudahkan....

Misi utama: NAK TENGOK SUNSET- Mentari Merah di Ufuk Timur

K, adios....balik dari Melaka g Cameron plak....bersama faily :)

Thursday, June 10, 2010

A long day today =]

Setelah 5 bulan kerja semakin terasa kesibukannya. Hari ni hari yang sangat pack, semakin hampir dengan TOT ( Transfer of Technology ) semakin pening melayan karenah2 reseacher ni..huhu. Timeline sepanjang ari ni :

0900 : Waiting for Ramli Abu Bakar untuk rakaman suara latar bagi video korporat MPOB versi BM. ( Suara die mmg best wa cakap lu...suara yg biasa kite dgr..komersial la)

1100 : Finalized 10 years Anniverary Script dan hantar pada Timb. K. Pengarah, bengang betul aku ngan PA dia ni...banyak cekadak...xsedar diri da tua...haha.

1430 : G meeting TOT, boring dgr dorang membebel part aku nk present video je...tp kena la gak tunggu sampai abes meeting. First preview untuk 2 video TOT, GanoSken n Briquette lagi 2 video harus disiapkan..huhu. Abes meeting kul 5 petang.

1800 : Ada satu lagi presentation video kali ni Launching E-benih plak...kena present pd TKP and pengarah bahagian ekonomi.

1900 : Baru boleh balik umah...what a long day today........

Tommorow will start another day, and like or not like I have to face it....so far i love my job....masih mampu bertahan.hehe


After TOT ada Hari Terbuka plak...nantikan promosinya..hahaha

Wednesday, June 9, 2010

Setelah sekian lama....

Lama dah xupdate blog ni
sebabnye mungkin skang ni macam xde problem sangat
so xde benda yg nk di update
life is going smoothly
kalo dulu slalu fikir sal blog time atas motor
skang ni da x g keje naik motor so da x fikir blog
tapi ari ni terase nk tukar layout baru
mungkin dengan layout baru
semangat untuk menulis akan kembali

k..daa jumpe lagi di lain entri.....