Friday, September 24, 2010

# 5 Perkara Disebalik Raya 1431H Saya...

Assalammualaikum, masih dalam mood raya lagi? Mungkin ada yang Ya ada yang Tidak lagi, duit raya yang xabis pun da dikeluarkan dari sampul akibat dah hujung2 bulan ni,haha. Dah lama juga xmenulis disini , minggu yang sangat busy selepas cuti raya, so ari ni entri masih dalam mood raya lagi..hehe. just nak share 5 perkara tentang raya saya yang orang xtahu....hahaha. 

1. Anyam 10 biji Ketupat Dengan Linangan Air Mata

Haha, yang ni memang kelakar la, dah la anyam 10 je ketupat tu pun sebab mak ingat nak tinggalkan, kalau x tahun ni x merasa la anyam ketupat lagi. Ni semua sebab dah 2 tahun x anyam ketupat so tahun ni macam nak asah skill anyam semula la, tapi padan muka kan dah lupa, sebab FRUST sangat lupa step nak anyam tu yg mengalir air mata...haha kelakar pun ada. TAPI akhirnya berjaya tau ingat balik step buat ketupat ni tanpa bantuan org lain cuma ambil masa je nk ingat step...haha. Akhirnya dapatlah menyumbang 10 biji ketupat untuk raya tahun ni...hahahaha

2. Baju Raya = Baju Kerja

Tahun ni tema baju raya dari jenis cotton,heh. Baju Raya merangkap baju kerja ni saya dah beli sebelum puasa lagi n dah pakai pun untuk g kerja. Tapi sebab saya kerja kat KL so bile balik kampung xde la org perasan saya dah pakai baju ni so still jadi baju Baru lagi kat kampung,haha...Lagi satu sebab malas sangat nk g shopping tahun ni pun xde kasut raya, pakai kasut kerja gak...haha. Save Bajet..heh

3. Last Shopping Di Malam Raya

Mungkian ada yang kata biasa je shopping malam raya ni kan, tapi bg saya kali ni memecah tradisi g shopping malam raya,hahaha.....Selalunya malam raya duduk umah tengok anak buah main bunga api n tunggu orang datang Takbir kat umah. Tapi sebab tahun ni xsempat nak shopping raya lagi, so malam raya tu terpaksa la ajak mak g Duyong je pun nak cari tudung..haha. So akhirnya dapatla tudung yang di beli di malam raya....hahaha.

4. Officially Tak Dapat Duit Raya

Huhu...yang ni xbest untuk tahun ni secara rasminya dah tak dapat duit raya lagi, kalo last year mak still bagi duit raya lagi,heh. Tahun ni no more duit raya, kena bagi duit raya lagi ada,hehe. Tapi xpe la dah memang sampai masa xdapat duit raya lagi, dah besar da pun bukan belajar lagi,hehe.

5. 3 Soalan Hangat Raya Tahun Nie 
  • Dah Keje Ke Belum? 
  • Keje Mane Skang ?
  • Bila Nak KAHWIN?
 
Soalan yang Bila Nak Kahwin? tu yang payah nak jawab,hahahaha.....Ni la padahnye kalo jadi anak bongsu yang akak-akak n abang semua dah kahwin. Semua orang cam tanya bila nk wat kenduri kawen lagi....haha. Tunggu la dulu kalo da sampai masa nanti akan di Announcekan pada semua, buat masa skang hanya jawapan 'cliche' iaitu Lambat Lagi je yang boleh dibagi...hahahaha.

Thursday, September 16, 2010

# Selamat Hari Malaysia...

Salam 1 Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia, Semoga negara akan terus aman, makmur dan sejahtera. Kat sini nak share satu video jumpe kat Youtube, Untukmu Malaysia versi instrumental.

Wednesday, September 15, 2010

# Kisah Raya Kedua ...

Raya Kedua
Kalau raya pertamanya kitorang ada je kat umah menunggu orang dtg, raya kedua kalo sapa2 yg berhajat nak dtg umah, mintak maaflah memang xkan ada orang sebab raya kedua waktu untuk balik Muar spesifik lagi Kampung Serom 5 dan Bukit Gambir, raya kat kampung Mak pulak. Kalau semalam anak-anak buah arwah Bak yang dtg umah, raya kedua ni giliran Mak plak g mencari makcik2 dan adik beradiknya, kira nenek dan makcik aku la. Dah jadi tradisi memang wajib g umah Lek-Lek ni (Lek panggilan nenek dalam bahasa Jawa) so seperti tahun-tahun lepas ada 5 umah yang akan dikunjungi iaitu umah Lek Som, Lek Jiwok, Umah pusaka arwah atuk ( tapi skang bik lili yang duduk ), umah Mak Long ( kat sini tempat makan tgh hari,hehe ) dan akhir sekali umah Bik Cepuk ( kat sini ade nenek dan kalo nasib baik jumpe gak bibik2 ngan paman2 yang lain ). Bibik dan Paman tu panggilan bagi Mak Cik dan Pak Cik dalam bahasa Jawa,heh. Satu benda yang best bila balik kampung ni ialah meingatkatkan kembali yang aku ni keterunan Jawa rupanya,hehe. Yela bila balik kampung la baru leh dgr orang cakap bahasa Jawa, terutamanya Mak aku, sebab bila kat Melaka mak xde geng nak lawan cakap Jawa. Kitorang ni nama je Jawa, tapi xpandai cakap pun, paham pun sikit2 je...haha. So setahun sekali bila balik kampung baru leh dengar bahasa Jawa, lainlah lah kalo aku duduk kat Johor n dalam kelompok Jawa memang terer la aku cakap Jawa,heh. Yang kelakarnya anak buah aku si Adam tu boleh tanya nenek cakap bahasa apa tu, x paham pun...haha. Tapi kadang2 rugi gak xpandai cakap Jawa ni, kalo pandai da tambah satu lagi bahasa yang aku fasih,huhu. Adik beradik Mak yang seibu sebapa ada 4 orang, yang lain ibu ade 9 orang, so ramai la Bibik2 n Paman2 aku ni, kalo nasib baik akan jumpe dorang ni kat umah Bik Cepu sebab nenek dok kat situ, kalo xjumpa nanti dorang akan datang Melaka plak, tp jumpa Mak jela sebab aku da keje,hehe. Konvoi ke Muar ni dari pagi sampai petang, tu pun g Serom 5 ngan Sungai Bilah je, kalo g Bukit kepong umah adik beradik mak yang lain memang sampai malam la jawabnya. Tapi biasanya kitorang g sampai muar je, oh lupa konvoi tahun ni aku bawa Incik Persona...hiihi. So tu je la citer di hari raya kedua, kunjung mengunjung saudara belah Mak.

Umah Pusaka arwh atuk..tempat main time kecik2
Keluarga belah Mak

Umah Lek Jiwok

p/s: Kisah Raya Ketiga akan muncul dalam entri seterusnya

# Kisah Raya Pertama ...

Salam Aidilfitri semua, belum terlambat rasanya, baru raya ke 5 ari ni. Setelah lama SWP bercuti sempena raya, hari ni akan diupdate dgn cerita-cerita raya la...heh. Seperti tahun-tahun sebelum ni raya Cik Pijah ni sederhana je...apa yang penting bermaafan dan ziarah menziarahi. So kat bawah ni cheritera raya untuk tahun ni, raya yang dirasakan raya sampai ari ke-3 je, lepas tu da xde pape sangat,heh...

Raya Pertama
Pagi-pagi dah kena bangun, mandi solat sunat aidilfitri pastu siap2 nak g sembahyang raya, memang menjadi kebiasaan aku g sembahyang raya berdua dengan mak, tapi tahun ni malam raya tu Adam ( my anak buah ) tido kat umah so pepagi dia pun da kena kejut ngan neneknya suh siap2 gak ikut sembahyang raya,hehe. So kitorang pun g sembahyang raya naik moto je 3 org,hihi. Best g sembahyang raya kat kampung ni, xpenah masjid penuh sampai terpaksa sembahyang kat luar, mungkin ramai anak-anak yg bekerja di kota pulang ke desa,heh. Tp aku pegi pagi2 kul 7.30 da ade kat masjid so dapat saf depanlah,hehe, sian yg datang lambat tu la, nasib baik time raya ujan x turun walopun langit time tu da mendung da. Apa yang best lagi sal sembahyang raya dapat dengar khutbah raya, insaf jap mengenang adakah akan bertemu lagi Aidilfitri akan datang..huhu. Lepas je sembahyang raya, seperti biasa akan menziarah kubur arwah Bak ( panggilan  kitorang untuk ayah ) dan kubur arwah pakcik makcik ( adik beradik Bak ). Sempat membaca Yaasin dan membersihkan kubur. Time ni hujan dah turun renyai-renyai. Balik je dari kubur dalam kul 9.30 , sampai je kat umah tradisi bermaafan dimulakan, aku sentimental sikit bila sesi bermaafan ni, setiap tahun mesti mengalir air mata, memang banyak wat salah ni.hahaha. Bersalaman dengan mak, adik beradik n anak-anak buah. Untuk tahun ni aku xdapat duit raya lagi,huhu...kena bagi duit raya plak. Nasib baik ade 6 je anak buah so total duit raya untuk dorang 3++,hihi..Kat mak pun aku bagi duit raya,heh. Lepas bersalaman acara yang paling best iaitu MAKAN la,hehe. Menu nye ketupat, rendang daging, kari ayam, lodeh n serunding, fuhhh sedap hingga menjilat jari terus naik berat badan,huhu. Lepas makan kitorang mmg x g mana2, raya pertama memang tunggu orang dtg mah je, sebab mak je sorang makcik yang tinggal so anak-anak buah arwah Bak memang akan dtg umah pagi2 hari raya pertama. So raya pertama memang ramai la anak-anak buah mak merangkap sepupu aku la kan datang umah, walopun sepupu tapi dorang ni sume da beranak pinak da,kiranya kalo dorang da ade anak n anak dorang da ade anak so aku da jadi nenek da,tp nenek muda ok,haha.Hari raya pertama berakhir dengan duduk dirumah buat air n isi kuih jela,hehe. Malam plak sesi bermain bunga api dengan anak-anak buah. Berakhirlah hari pertama raya.

Ni ada mak, aku , along n abang je. Achik petang baru sampai sebab dia raya kat KL. 

Along 's Family
Abang's Family
p/s: Kisah Raya Kedua akan disambung di entry seterusnya...

Tuesday, September 7, 2010

# Kad Raya Untuk Anda..

Salam Ramadhan yang ke-28, esok aku da nak balik kampung, home sweet home...so dikesempatan yang ade ni aku ingin memohon maaf jika ada silap dan salah. Kepada blogger-blogger yang melawat Seceria Warna Pelangi, kad raya ini untuk anda....terima kasih kerana sudi singgah di blog yang xseberapa ni..hehe. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati - hati di jalan raya....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Monday, September 6, 2010

# Blog dah Raya tapi...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua, hari ni hari ke-27 kita berpuasa tinggal 3 hari lagi nak menyambut lebaran, masing-masing tengah mood raya sekarang ni, tapi aku xde mood nak raya lagi ni...huhu. Blog je yg da meriah dengan pelita n ketupat,heh. Nape xde mood, entahlah lambat sikit datang mood nya kali ni, dengan cuti raya yang 2 hari je, tambahan naik cuti nanti keje da banyak yang tunggu...huhu. tapi pelik aku xsabar nak drive dalam jammed time balik kampung nanti sambil dengar lagu raya,hahaha. Orang lain punya xsuka jammed aku lain plak...nasib melaka tu dekat je kalo jammed pun xde r terasa sangat...hihi. Hari ni kat ofis da senyap sepi da, ramai yang da bercuti..huhu. aku je yang xcuti - cuti, xpe baru pertama kali raya dengan MPOB ni, so next year la aku cuti panjang untuk raya ek...haha. Akhir sekali Selamat Tinggal Ramadhan, semoga bertemu lagi tahun hadapan...InsyaAllah.

Saturday, September 4, 2010

# Iklan Raya Yang Paling Anda Ingati...

Sekejap je masa berjalan lagi seminggu da nak raya da, tapi saat entri ni ditulis aku xrasa lagi mood nak raya...huhu. Tak tahu tahun ni macam lambat je mood nak raya tu sampai, maybe on the way balik kampung rabu depan baru ade mood kot,haha. Walopun xde mood raya lagi, tapi hari ni aku nak listkan iklan raya yang paling aku ingat dalam tempoh usia aku ni,heh..Ranking iklan ni bermula dengan iklan yang aku paling ingat dan aku sertakan gak tagline iklan tu yang buat aku ingat sampai sekarang,heh..

1. 2002 - Apa Nak Jadi? [ Kisah 7 Beradik Mencari Daging ]

2. 1999 - Tiada Bayaran

3. 2007 - Burung Murai

4. 2001 - Ombak Jahat

5. 2005 - Iklan Pertama Iqram Dinzly

6. Iklan TV3 - Budak Bandar 

Ranking 1-5 tu semua Iklan Petronas, so memang terbukti iklan Petronas yang berjaya menyentuh hati aku,heh..dan kebanyakkan iklan nye sal ibu- bapa, hargailah mereka. huhu..

Thursday, September 2, 2010

# Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu...

Salam Ramadhan, kita sudah berada di akhir-akhir ramadhan, sayu je rasa...huhu. Oh, btw blog ni dah berwajah baru, tukar 'baju' sempena nak raya, ni semua gara2 Cik Azie yang start tukar blog dia,hehe..Blog baru ni xla seceria macam blog yg lama, walaupun masih sayang dgn blog yg lama tapi kadang2 nak gak perubahan,heh..Blog baru ni, best sebab Cik Pijah boleh letak header banyak2...hihi...tengah giler wat header skang ni...Ok la ni 1st entri untuk bulan September, xsempat pun nak wat recap Ogos...entri ni just nak berkongsi apa yang aku jumpa time jalan2 di alam maya...heh..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
"Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.