Salam Aidilfitri semua, belum terlambat rasanya, baru raya ke 5 ari ni. Setelah lama SWP bercuti sempena raya, hari ni akan diupdate dgn cerita-cerita raya la...heh. Seperti tahun-tahun sebelum ni raya Cik Pijah ni sederhana je...apa yang penting bermaafan dan ziarah menziarahi. So kat bawah ni cheritera raya untuk tahun ni, raya yang dirasakan raya sampai ari ke-3 je, lepas tu da xde pape sangat,heh...
Raya Pertama
Pagi-pagi dah kena bangun, mandi solat sunat aidilfitri pastu siap2 nak g sembahyang raya, memang menjadi kebiasaan aku g sembahyang raya berdua dengan mak, tapi tahun ni malam raya tu Adam ( my anak buah ) tido kat umah so pepagi dia pun da kena kejut ngan neneknya suh siap2 gak ikut sembahyang raya,hehe. So kitorang pun g sembahyang raya naik moto je 3 org,hihi. Best g sembahyang raya kat kampung ni, xpenah masjid penuh sampai terpaksa sembahyang kat luar, mungkin ramai anak-anak yg bekerja di kota pulang ke desa,heh. Tp aku pegi pagi2 kul 7.30 da ade kat masjid so dapat saf depanlah,hehe, sian yg datang lambat tu la, nasib baik time raya ujan x turun walopun langit time tu da mendung da. Apa yang best lagi sal sembahyang raya dapat dengar khutbah raya, insaf jap mengenang adakah akan bertemu lagi Aidilfitri akan datang..huhu. Lepas je sembahyang raya, seperti biasa akan menziarah kubur arwah Bak ( panggilan kitorang untuk ayah ) dan kubur arwah pakcik makcik ( adik beradik Bak ). Sempat membaca Yaasin dan membersihkan kubur. Time ni hujan dah turun renyai-renyai. Balik je dari kubur dalam kul 9.30 , sampai je kat umah tradisi bermaafan dimulakan, aku sentimental sikit bila sesi bermaafan ni, setiap tahun mesti mengalir air mata, memang banyak wat salah ni.hahaha. Bersalaman dengan mak, adik beradik n anak-anak buah. Untuk tahun ni aku xdapat duit raya lagi,huhu...kena bagi duit raya plak. Nasib baik ade 6 je anak buah so total duit raya untuk dorang 3++,hihi..Kat mak pun aku bagi duit raya,heh. Lepas bersalaman acara yang paling best iaitu MAKAN la,hehe. Menu nye ketupat, rendang daging, kari ayam, lodeh n serunding, fuhhh sedap hingga menjilat jari terus naik berat badan,huhu. Lepas makan kitorang mmg x g mana2, raya pertama memang tunggu orang dtg mah je, sebab mak je sorang makcik yang tinggal so anak-anak buah arwah Bak memang akan dtg umah pagi2 hari raya pertama. So raya pertama memang ramai la anak-anak buah mak merangkap sepupu aku la kan datang umah, walopun sepupu tapi dorang ni sume da beranak pinak da,kiranya kalo dorang da ade anak n anak dorang da ade anak so aku da jadi nenek da,tp nenek muda ok,haha.Hari raya pertama berakhir dengan duduk dirumah buat air n isi kuih jela,hehe. Malam plak sesi bermain bunga api dengan anak-anak buah. Berakhirlah hari pertama raya.
Ni ada mak, aku , along n abang je. Achik petang baru sampai sebab dia raya kat KL. |
Along 's Family |
Abang's Family |
No comments:
Post a Comment