Raya Kedua
Kalau raya pertamanya kitorang ada je kat umah menunggu orang dtg, raya kedua kalo sapa2 yg berhajat nak dtg umah, mintak maaflah memang xkan ada orang sebab raya kedua waktu untuk balik Muar spesifik lagi Kampung Serom 5 dan Bukit Gambir, raya kat kampung Mak pulak. Kalau semalam anak-anak buah arwah Bak yang dtg umah, raya kedua ni giliran Mak plak g mencari makcik2 dan adik beradiknya, kira nenek dan makcik aku la. Dah jadi tradisi memang wajib g umah Lek-Lek ni (Lek panggilan nenek dalam bahasa Jawa) so seperti tahun-tahun lepas ada 5 umah yang akan dikunjungi iaitu umah Lek Som, Lek Jiwok, Umah pusaka arwah atuk ( tapi skang bik lili yang duduk ), umah Mak Long ( kat sini tempat makan tgh hari,hehe ) dan akhir sekali umah Bik Cepuk ( kat sini ade nenek dan kalo nasib baik jumpe gak bibik2 ngan paman2 yang lain ). Bibik dan Paman tu panggilan bagi Mak Cik dan Pak Cik dalam bahasa Jawa,heh. Satu benda yang best bila balik kampung ni ialah meingatkatkan kembali yang aku ni keterunan Jawa rupanya,hehe. Yela bila balik kampung la baru leh dgr orang cakap bahasa Jawa, terutamanya Mak aku, sebab bila kat Melaka mak xde geng nak lawan cakap Jawa. Kitorang ni nama je Jawa, tapi xpandai cakap pun, paham pun sikit2 je...haha. So setahun sekali bila balik kampung baru leh dengar bahasa Jawa, lainlah lah kalo aku duduk kat Johor n dalam kelompok Jawa memang terer la aku cakap Jawa,heh. Yang kelakarnya anak buah aku si Adam tu boleh tanya nenek cakap bahasa apa tu, x paham pun...haha. Tapi kadang2 rugi gak xpandai cakap Jawa ni, kalo pandai da tambah satu lagi bahasa yang aku fasih,huhu. Adik beradik Mak yang seibu sebapa ada 4 orang, yang lain ibu ade 9 orang, so ramai la Bibik2 n Paman2 aku ni, kalo nasib baik akan jumpe dorang ni kat umah Bik Cepu sebab nenek dok kat situ, kalo xjumpa nanti dorang akan datang Melaka plak, tp jumpa Mak jela sebab aku da keje,hehe. Konvoi ke Muar ni dari pagi sampai petang, tu pun g Serom 5 ngan Sungai Bilah je, kalo g Bukit kepong umah adik beradik mak yang lain memang sampai malam la jawabnya. Tapi biasanya kitorang g sampai muar je, oh lupa konvoi tahun ni aku bawa Incik Persona...hiihi. So tu je la citer di hari raya kedua, kunjung mengunjung saudara belah Mak.
Umah Pusaka arwh atuk..tempat main time kecik2 |
Keluarga belah Mak |
Umah Lek Jiwok p/s: Kisah Raya Ketiga akan muncul dalam entri seterusnya |
No comments:
Post a Comment