Friday, January 29, 2010

tik tok masa berlalu....

waa sudah lame tidak mengupdate....balik kampung n settlekan sal keje baru..
so dis weekend planning
1. sabtu g kenduri kak ecah....official videographer
2. Broga sunrises trekking xpdc n mandi sungai...yahoo...cant wait for diz.

Friday, January 22, 2010

Cinta Kau dan Aku.....


Weekend yang lepas time jalan-jalan ngan akak aku di Alamanda aku telah memborong 5 lagi novel baru..hehe..memang giler kan. Tp ok apa beli buku dari menghabiskan duit beli benda yang xberfaedah..So untuk kali ni aku nak review novel petama yang aku baca : Cinta kau dan aku karya Siti Rosmizah.

Sinopsis:

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Ulasan :
Aku tertarik nak beli buku ni sebab watak Nur Farisya Iman yang lasak mcm tomboy tapi sebenarnya dia ni lemah lembut gak orangnya. Lagi satu sebab cover novel ni yg simple tp smart, gampai topi dgn kasut je..mmg sempoi r..hehe. Ok berbalik pada citer ni, si Farisya ni merupakan driver pada Farish Hakimi ( nama dorang hampir same kan Farish-Farisya ), sikap si Risya ni yang gila2 telah buat Farish ni jatuh cinta dalam diam2. Tp si Risya ni cuma anggap hubungan mereka just antara boss dengan pekerja je. Nak dijadikan cerita mak si Risya ni sakit n nak kena operation, pastu si Farish ni pun menawarkan diri nak tolong dan sebagai nak balas budi Farish ni mak si Risya ni tetapkan syarat supaya dorang ni kahwin...hehe. Si Risya ni memanglah x setuju dgn rancangan mak dia ni dan dia pun buatlah plan lain supaya dorang ni x kahwin..kalau nak tau pe plan tu bacalah buku ni ek. Akhirnya dorang pun kahwin...tp si Farish ni ada satu sikap yang aku xbape nak suka sebab dia ni kuat sangat cemburu...sampai kan hidup si Risya ni macam terkongkong..nak buat semua benda pun x boleh..huhu. Satu lagi yang aku suka sal citer ni sebab ada kisah persahabatan yang kuat antara Risya, Milah dengan Zack Kapcai, dorang ni kawan sekampung n mmg kamceng gile..best tgk kehidupan dorang yang saling tolong menolong antara satu sama lain dalam apa juga keadaaan... Kalau dorang tu watak ang baik mesti ada watak jahat gak kan sebagai penambah rencah dalam novel ni so watak jahat dalam ni novel ni ialah Farah (adik Farish ) dan Suraya (ex GF Farish ) ...diorang ni memang jahat giler, misi utama dorang ni nak memusnahkan rumahtangga Risya dan Farish...tp kenapa? sebabnya kenalah baca sendiri novel ni ek..hehe...Oklah sampai sini je review aku..nak tahu lebih lanjut kenalah baca novel ni...tp apa yang aku boleh cakap kat sini..x rugi beli novel ni...mmg best...hehe...K, selamat membaca......

                                                                                                                    

Thursday, January 21, 2010

BOSANNN......menanti jawapan !!!



Argghhhh...seminggu ni agak boring di ofis
semua keje yang Supervisor aku bagi da aku siapkan
so nak wat pe lagi ni..hari-hari mengadap PC sampai nak muntah tgk FB


MPOB cepatlah kuarkan result interview ari tu
da 4 minggu tunggu ni..atleast bgtaulah dapat ke x....
xsabar nak tukar keje..tu pun kalo dapat kat sana...aminn...huhu



Tuesday, January 19, 2010

Admiring Saupix's Art...


Saupix?? Sape saupix ni, aku pun xkenal dia ni tp ari tu sebab minat ngan photography so aku pun mencari- cari la blog photographer2 malaysia ni.Dan aku jumpe la blog saupix ni, first time tgk gambar-gambar yang dia shoot, aku da jatuh Chenta dah..hehe. Sebabnye gambar-gambar dia mcm ade story n sense pastu kena plak ngan jiwa aku neh, pe lagi bile hati dah suka terus la addicted nak tengok lagi gambar-gambar dia…hehe.Dia ni gak wedding photographer, kalo korang tengok gambar org kawen yang dia amek, kita sendiri pun rasa nak kawen…haha. Tiba –tiba aku mempromote si saupix ni plak kan…hehe. Tapi serious gambar-gambar yang dia shoot memang superb…thumbs up.

Actually aku suke nak amek2 gambar tapi memandangkan skang ni hanya ada kamera Panasonic bese je so mcm xbest je nak shoot gambar yang best2 kan..[ tapi kamera cabuk ni mmg dah banyak berjasa pada aku ]. So terpaksala pendam kan jap minat nak amek gambar tu, kena tunggu ade DSLR baru semangat nak amek gambar yang lawa..hehe. Nanti bila da ade DSLR sendiri aku nak jadikan si Saupix ni idola dalam fotografi aku la walopun dia xkenal sapa aku..hehe. Ni ade beberapa contoh gambar-gambar yang si Saupix shoot yang aku suke……Enjoy da pic….















                                              

Monday, January 18, 2010

Hidup Kena Kental Beb !!!


[[ ni entri semalam, semangat tulis tp internet slow plak xleh nak publish ]]

It’s 11.30 pm now and aku baru je sampai subang, naik motor dari lrt Kelana Jaya…Malam-malam bwk motor n lalu kat tempat yg sememangnye “keras” akademi MAS dan roundabout airport subang …Alhamdullillah semuanye selamat walaupun macam-macam terlintas kat kepala aku ni bile lalu kat situ. Habis citer sal “hot spot” tu, tp sepanjang aku bawa motor tadi ayat ni yang selalu ada kat dalam fikiran aku “ Hidup Kena Kental ”sampai melayang juga la fikiran aku masa bawak motor tadi. Kenapa, mengapa ?? Huhu, aku pun tiada jawapannya, tp yang pasti bukan sebab CINTA nye…maybe sebab life skang ni yang still x stabil lagi, pape pun bagus gak ayat ni so CIK PIJAH INGAT HIDUP KENA KENTAL !!!...masih panjang lagi perjalanan hidup ini…last but not least tahniah buat olo, ecah, napi n alan yang telah berjaya menawan puncak Nuang. K…selamat malam…esok keje, mulakan hari esok dengan senyuman, yeahh…..

Wednesday, January 6, 2010

Gunung Berembun - Cameron Highlands



Kalo orang lain sambut tahun baru 2010 dengan sambutan ambang tahun baru dan konsert bagaitu, tapi untuk tahun 2010 ni aku mulakan dengan menawan Gunung Berembun..hehe. Ketinggian G.Berembun 6817 m, XPDC kali disertai oleh aku, Eja, Napi, Alan n dak2 hiking yang lain. Credit to eja yang ajak aku join trip kali ni. Aku pun adhoc je nk join trip ni, petang khamis baru decide nk g, padahal malam tu dorang da nak gerak da. So pe lagi,after balik keje ptg tu terus g amek kete kat kajang n gerak g Cameron


Khamis: 31/12/2009

Dalam pukul 5 lepas balik keje tu, terus amek komuter g kajang ( benci naik komuter time waktupeak ). Sampai je kajang amek kete kat umah my sis pastu singgah Giant jap beli sleeping bag n cari kasut (semangat gile ). Pastu make a way toPutrajaya amek eja n teruskan perjalanan ke Shah alam, tempat meeting point kat Shell TTDI.Time sampai tu napi da ade kat situ, pastu tunggu alan n kak sal. Gerak dari Shell dalam pukul 1130 malam cam tu sebab tunggu abg dausyg “awal giler” sampai…hehe. Tu pun abg daus xgerak skali ngan kitorang sebab die kena tunggu lagi satu kete yang lambat, so 2 kete je yg gerak dulu. Perjalanan diteruskan sampaidihentian Simpang pulai sebab kat situ ade3 lagi kete menunggu. Lebih kurang pukul 3 pagi 5kereta meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Da half way ke cameron tu...sesuatu berlaku...jeng2..napi cakap minyak kete da nak abes, dah kelip2..haha..mane nak cari stesen minyak dalam hutan mcm ni so nk xnk kena sampai Brinchang dulu la..so kitorang pun berdebar2 la, sampai mane lah minyak kete ni boleh bertahan..haha. Akhirnye kering jugakminyak WSF tu..naseb baik time dia mati kat tempat yg strategik gak, xdela betul2 kat selekoh yang bahaya. Lg 4 kereta tu meneruskan perjalanan ke atas, tinggal la kitorang 4 org tepi jalandalamkete pagi2 buta tu..hehe...pe lg nak wat kitorang pun membuta sampai pg.


Kete tersadai tepi jalan...

Tgh nak pasang segitiga kecemasan tu...

Akhirnya...

Jumaat: 01/01/2010

Selamat tahun baru..hehe. Citer minyak xabes g, pg tu dalam kul 7.30 kitorang diselamatkan oleh abg daus yg membawa 2 botol minyak...haha. Lepas da de minyak kitorang pun terus naik ke Brinchang mencari stesen minyak...huhu. Sampai dekat chalet kat kaki gunung dalam kul 8.30 pg, terus wat breakfast n siap2 dalam pukul 11 baru start nk naik G.Berembun. Ok, citer sal naik gunung plak, trek G.Berembun ni bg yg fit tu mmg xde masalah la sebab xbayak tempat yg pacak sgt, tp bg aku ni berpeluh gak la...haha. Hutan G.Berembun ni mmg awesome la sebab ade part yang ade mossy so mcm kat oversea plak..hehe. Sampai puncak dalam pukul 1.30 ptg. Lepak2 dalam 30 minit kat puncak pastu turun balik n sampai kat chalet dalam pukul 3.30 ptg. Malam tu ade sket bbq, so kenyang la perut malam tu..hehe. Pastu xde xtiviti lain da..tido je tp sejuk gile malam tu..huhu.


Start Trekking....


1st Checkpoint..


Sampai Puncak...


Kami di Puncak...


All of us.....

Sabtu: 02/01/2010

Hari ni kira mcm aktiviti berjalan-jalan la, check out dari chalet dalam pukul 12 pastu kitorang singgah jap kat pasar Brinchang. Kat pasar ni se

mpat la aku shopinng beberapa barang dalam keadaan bajet..haha. Ni pe yg aku beli: Sayur 1 longgok - RM10, Strawberi 1/2 kilo - RM10,Strawberi Kering - RM 5 dan Cactus 2 - RM4 so total RM 27 je, bajet x..hehe. Abes shopping kat pasar, kitorang pegi tgk ladang teh plak kat Sungei Palas, ni ladang teh BOH. View kat sini mmg superb la , da lama teringin nk bergambar kat ladang teh, tercapai gak akhirnye...hehe. Dala

m jalan2 tu xsedar dah pukul 4 ptg rupenye, so kitorang pun balik. Sampai kat Shah alam dalam pukul 9 tapi pusing2 cari kedai makan yg bukak tv 9 sebab nk tgk idola kecil akhir..haha.Tp x jumpe kedai yg bukak tv 9 so terpaksela umah alan menjadi mangsa tempat kitorang tgk idola kecil...hehe. Yeaah, suke dgn result idola kecil 1st-Dayana, 2nd- Azzam n 3rd-Ain. Abes je idola kecil dalam kul 11 malam. Pastu anta napi n eja

n terus balik kajang. Berakhirlah percutian ad-hoc aku, dapat wat 2 benda dalam 1 mase Hiking n Vacation...hehe.

Suke gambar ni....

Shopping..


Kat Ladang Teh BOH..


On da way nk g minum teh....



Tuesday, January 5, 2010

Zoo Melaka...


Ada apa dengan Zoo?? bagi kita yang da besar ni maybe zoo bukan destinasi utama untuk dilawati betul x? Sebenarnye aku da selalu pegi zoo melaka ni sebab anak buah ramai kan so dorang ni xhabis2 ajak g zoo, excited semuanye bile nk g zoo. So lagi sekali time balik kampung hari tu, destinasi pilihan kitorang untuk beriadah ialah zoo melaka, hilang sekejap stress bekerja bile dapat meluangkan mase dengan family mcm ni lagi-lagi dpat tengok gelagat anak-anak buah yg macam2 ragam..hehe. Ade yg excited nak naik kuda tp ade plak yg takut...hehe, untuk lawatan kali ni aku xde la excited sangat nk naik kuda n gajah sebab b4 ni da penah naik so aku just menjadi cameraman je n menjadi peneman setia my mom...hehe. So enjoy da pic :-


Ni de info sal Zoo Melaka pada sape2 yg nk g : " Melawat Melaka Beerti Melawat Malaysia "


Aktiviti :
• Pertunjukan pelbagai binatang
o Sesi fotografi bersama binatang selepas pertunjukan(orang utan, burung dan ular)

• Pertunjukan gajah
o Sesi fotografi bersama gajah selepas pertunjukan
o Memberi makan kepada gajah

• Menunggang gajah dan kuda
o Setiap hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah

• Perkhidmatan Tram

Waktu Lawatan

Day Zoo
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Hari : Isnin - Jumaat

Night Zoo
Masa : 8.00 mlm- 10.00 malam
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Am

Kadar bayaran :

DAY ZOO

Dewasa (13 tahun dan ke atas)
Harga biasa - RM 7.00
Harga pakej - RM 5.00

Kanak-kanak (5-12 tahun)
Harga biasa - RM 4.00
Harga pakej - RM 2.00


NIGHT ZOO

Dewasa (13 tahun dan ke atas)
Harga biasa - RM 10.00
Harga pakej - RM 8.00

Kanak-kanak (5-12 tahun)
Harga biasa - RM 5.00
Harga pakej - RM 4.00