Ada apa dengan Zoo?? bagi kita yang da besar ni maybe zoo bukan destinasi utama untuk dilawati betul x? Sebenarnye aku da selalu pegi zoo melaka ni sebab anak buah ramai kan so dorang ni xhabis2 ajak g zoo, excited semuanye bile nk g zoo. So lagi sekali time balik kampung hari tu, destinasi pilihan kitorang untuk beriadah ialah zoo melaka, hilang sekejap stress bekerja bile dapat meluangkan mase dengan family mcm ni lagi-lagi dpat tengok gelagat anak-anak buah yg macam2 ragam..hehe. Ade yg excited nak naik kuda tp ade plak yg takut...hehe, untuk lawatan kali ni aku xde la excited sangat nk naik kuda n gajah sebab b4 ni da penah naik so aku just menjadi cameraman je n menjadi peneman setia my mom...hehe. So enjoy da pic :-
Ni de info sal Zoo Melaka pada sape2 yg nk g : " Melawat Melaka Beerti Melawat Malaysia "
Aktiviti :
• Pertunjukan pelbagai binatang
o Sesi fotografi bersama binatang selepas pertunjukan(orang utan, burung dan ular)
• Pertunjukan gajah
o Sesi fotografi bersama gajah selepas pertunjukan
o Memberi makan kepada gajah
• Menunggang gajah dan kuda
o Setiap hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah
• Perkhidmatan Tram
Waktu Lawatan
Day Zoo
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Hari : Isnin - Jumaat
Night Zoo
Masa : 8.00 mlm- 10.00 malam
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Am
Kadar bayaran :
DAY ZOO
Dewasa (13 tahun dan ke atas)
Harga biasa - RM 7.00
Harga pakej - RM 5.00
Kanak-kanak (5-12 tahun)
Harga biasa - RM 4.00
Harga pakej - RM 2.00
NIGHT ZOO
Dewasa (13 tahun dan ke atas)
Harga biasa - RM 10.00
Harga pakej - RM 8.00
Kanak-kanak (5-12 tahun)
Harga biasa - RM 5.00
Harga pakej - RM 4.00
wahhh..aku ade 5 anak buah...
ReplyDelete