Erm, hari ni aku macam terlebih idea lak nak tulis blog,hihi....entri ni nak lari sikit dari ramadhan, sebab bulan ni gak merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Rasenye semangat untuk menyambut kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia semakin menurun, makin susah untuk melihat bendera dikibarkan terutama pada kenderaan. Tidak seperti dulu, rasenya kalo kat kampung tu setiap rumah akan mengibarkan jalur gemilang, semakin lama mengecapi kemerdekaan semakin kita melupakan tradisi itu...Mana peginya semangat patriotik kita yang dulu? adakah kita terlalu ghairah ingin menyambut syawal hingga terlupa detik bersejarah kita mendapat kemerdekaan....Erm, tepuk dada tanyalah hati. Di tambah dengan insiden yag berlaku di Indonesia, jalur gemilang dipijak, kedutaan Malaysia dilempar najis...seharusnya kita lebih bersemangat patriotik untuk mempertahankan negara.
Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati, ni mesej yang boleh kita dapat dari iklan Merdeka Petronas tahun ni. “Memang terbaik dan memberi inspiration”. Itulah kata-kata pertama bila kali pertama menonton Iklan Petronas Merdeka 2010 ni.
Benarlah kata orang bijak pandai, niat adalah ‘ibu’ penentu kejayaan atau kegagalan. Kita terlalu ikutkan hati dengan cemburu sehingga ke tahap dengki. Dengki itulah yang buatkan satu-satu bangsa jatuh dan terkebelakang dari kemajuan. Kita bukanlah mementingkan sangat hal kemajuan kebendaan, tetapi kemajuan pendidikan dan juga hati budi adalah segala-galanya.
Kita dengki untuk melihat kawan kita berjaya dan lebih dari kita. Tapi kita lupa, pada masa susah dulu dia banyak membantu kita untuk terus bergerak.
Kita dengki untuk melihat rakan kita bertindak cemerlang. Tapi kita lupa bahawa, kita yang tidak pandai menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.
Kita menolak untuk bekerjasama dengan mereka yang baru merangkak. Tapi kita lupa, ada beribu-ribu orang yang lain bersedia memberikan yang terbaik untuk mereka.
Kita terlalu bergantung pada mereka yang telah berjaya sedangkan kita tidak pernah dan takut untuk menghadapi Learning Curve yang sebenar!

Selamat Hari Merdeka Malaysia ku Yang Tercinta !
No comments:
Post a Comment