Wednesday, August 25, 2010

# Gelap Gelita Mati...


Salam Ramadhan yang ke-15, da berada di pertengahan Ramadhan dah..hanya tingal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, munkingkah akan berjumpanya lagi? Jika dipanjangkan usia kan bertemu kembali, jika tidak ini ramadhan yang terakhir... Erm, 2 3 hari macam sentimental sikit, dengar lagu pun yang sedih dan memberi keinsafan,heh. So hari ni macam nak bermuhasabah diri sal MATI, kerana pasti sesuatu yang hidup itu akan menemui mati. Erm persoalan yang selalu saya fikirkan, jika takdir esok kita tiada, siapa yang akan menutup akaun laman sosial yang sering kita gunakan semasa hidup seperti:

Facebook
Blogspot
Friendster
Email


Adakah ucapan takziah kepada arwah akan ditulis di wall mereka??

Jika kematian datang menjemputku sekarang, adakah aku telah bersedia?

Bersediakah kita?
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Sering kali, tatkala kematian menjemput orang-orang di sekeliling kita, apatah lagi mereka yang hampir dengan kita, rasa insaf dan kesedaran untuk memperbaiki diri datang bertandang dalam hati. HidayahNya telah dicampakkan dalam diri kita. Pasti anda pernah merasa begitu bukan? Namun kemudiannya, adakah kesedaran itu hanya sementara atau bertahan lama? Dan akhirnya, dapatkah ia diterjemah dalam kehidupan kita?

Ayuh, sebelum terlambat!

Ayuh! Mari kita bergerak memperbaiki diri! Mulakannya sekarang! Jangan biarkan kesedaran yang Allah kurniakan itu berlalu begitu sahaja.

Sesungguhnya kelak di akhirat, akan ada ramai manusia yang baru nak menginsafi dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia. Diri mereka mahu berubah. Namun bagaimana, terus terang dikatakan, kau sudah terlambat!


Maka sekali lagi, ayuh kita bersegera ke arah kebaikan. Mari kita mempersiapkan diri bagi menghadapi kematian. Sesungguhnya "kekuatan itu perlu dibina, bukan ditunggu". Berubahlah. Jika mampu, lakukannya secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Itu yang sebaik-baiknya. Namun jika tidak mampu, tak mengapa. Usahalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Ya. Namun pastikanlah, perubahan itu berterusan, dan matlamat akhir perubahan itu dapat dicapai. InsyaAllah.
Ayuh! Sebelum engkau kembali selesa dengan kehidupan jahiliyyahmu yang dahulu. Ayuh! Sebelum nikmat hidayah yang Dia kurniakan itu, Dia tarik kembali. Ayuh! Sebelum engkau terlambat. . .

Dan sering-seringlah bermuhasabah diri,

Jika kematian datang menjemputku sekarang, adakah aku telah bersedia?

Sumber: Olahan dari www.iluvislam.com





No comments:

Post a Comment