Saturday, May 9, 2009

Aku yang TENSION...

Huhu...baju D'born kemungkinan besar xsiap
bodow betol la org yg wat baju ni.. da tau xleh nak wat coz logo d'born tu byk kaler..
at least call la aku bgtau....ni time aku nak amek baju nk bgtau....b****** tol la,huhu
walopun time die ckp kat aku tu..aku cam relaks je tp kat dlm ni aku je yg tau...tension giler,huhu
ni lg satu sal printed banner..aku bajet nk tempah kat situ la tp da jd benda mcm ni xde mood da nk tempah...so printed banner xtempah lg ni,huhu HELP ME...TENSION....HUHU
pasni banned S****A P*********N jgn wat baju kat situ lg,huhu

Tp nasib baik la mak, along n anak2 buah aku dtg ptg tu so dpt la kurangkan sket tension..huhu
dorang datang sebab tgk achik yg kena operation ovari cyst,huhu

MySpaceMySpaceMySpace





Friday, May 8, 2009

UPSM Selamanya....

- UPSM SELAMANYA -


U :: Untuk apa hadirku disini ?

P :: Pantaskah hatiku tetap begini ?

S :: Soalan itu sering menyapa diri ?

M :: Manakah jawapan yang ku cari-cari ?


S :: Sedang orang lain senang, ku pincang

E :: Entah kenapa ku masih tenang

L :: Lambaian kebahagian disini makin terang

A :: Apakah itu dunia yang ku impikan

M :: Masih ragu untuk jasad ini teruskan

A :: Adakah semuanya seperti kuharapkan

N :: Namun yang pasti juangku teguh

Y :: Yang nyata cintaku tetap utuh

A :: Amat ku harapkan hatiku masih ampuh


Apalah erti kehidupan selepas ini tanpa UPSM,
pastinya rindu dengan UPSM kerana
hari-hari ku di UKM ditemani UPSM
UPSM DIHATIKU


Wednesday, May 6, 2009

Fun Fair and Farewell Party...

Ari ni (5/5/09-my bday) aku ngan dak2 kolej ibu zain g Fun fair kat bukit jalil..walopun sibuk ngan exam n tesis sempat g berfoya-foya,hehe...ni kire last la kitorang hangout together..pasni sume akan bawak haluan masing2 kan,huhu sedih la plak...

Kitorang sampai kat bukit jalil around kul 8 cam tu..aku x bape main sgt pun games kat fun fair ni coz ari tu baru je g genting so cam xde mood lak nak main,hehe...Aku sempat la main dkm 3 games cam tu, spinner, bumper car and ferris wheel. Dak2 ni sempat gak main games yg boleh dpt hadiah n resultnye aku dpt la present(cik CJ7 ) drpd games tu...waa bestnye,hehe...Thank korang...really appreciate it,hehe.....

All of Us

Ni lah Cik CJ7 yg aku dpt as a bday present..hehe


X puas dgn berfoya-foya kat fun fair tu sampai je kolej dorang ni wat farewell party lak,huhu...yg best nye siap de kek skali n kire celebrate bday aku skali la ni,hehe...ikut plan asal nk wat party ni kat taman depan blok..kire outdoor la..tp disebabkan ade tetamu yg xdiundang a.k.a anjing so xjd la nk wat outdoor. Kitorang pun cr la port baru kat bilik tv K19A..huhu...

Antara menu td roti sardin, roti telur, dan roti kosong yg diimport dari mapley berdekatan ye,haha...selain tu de gak junk food, puding n mcm2 lg la...dan yang paling best skali ialah kek yang comel n sangat lawa,hehe...

Memandangkan ni farewell party so dak2 ni pun pe lg...memulakan acara wajib bg setiap party iaitu menyapu kek ke muka orang n perang tepung..tp semua aktiviti ini dijalankan diluar blok ye bg menghormati dak2 yg nak exam...tp diri sendiri xsedar nak exam khamis ni,haha...Dalam kecoh2 menjalankan aktiviti ni adela some part yang klakar...1st leha n ima jatuh semasa bekjar-kejaran,haha n ima adela injured sket kat tgn..to ima dpt gak kenangan,haha...2nd acara xberape btol kitorang ni berakhir dgn kelam kabutnye apabile terdengar anjing menyalak.. haha...memang fobia giler ngan anjing skang ni..anjing ni cam da jd pak guard KIZ lak,huhu..

Ni la our cake...comel n menyelerakan,nyum2

Pasni da susah nak jumpe korang,huhu



Lastly...happy sangat ari ni walopun penat tp all the sweet memories will remain forever.....thanks kat korang..


Credits
Thanks to all yang wish Cik Pzah...
Thanks to cidot for the choki-choki,hehe
Thanks to adik beradik batch 20 yg sentiase disisi...hehe
Thanks to geng2 kolej ibu zain.....a lot memories with u all
A thousands thanks to my family, my mom, along, abang, achik and my nephews n nieces...
love u all very much







Tuesday, May 5, 2009

Happy Birthday To ME...


Hari ni 5 Mei 2009 semakin meningkat la usia Cik Pzah,huhu..Sudah 22 tahun umurku
Happy Birthday to Cik Pzah...
All the best in everything..hehe
Cam klalar lak wat ucapan tuk diri sendiri selalu wish org je,hehe
Anyway thanks to all yang wish...
My mom become the first person wishing me..love her very much


Birthday Blessings
Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.

Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.

Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.

Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays,
I count blessings every day!"



Wednesday, April 29, 2009

Review: Bila Dah Suka...


Buku kedua yang aku bace setelah bershopping sakan di PABKL. Buku ni special sket coz dapat signature dari penulisnya iaitu Mimie Afinie. Ni first time aku bace karya beliau n aku rase gaya penulisan beliau diwarnai dgn adegan-adegan lucu dan x kurang juga saat-saat mengharukan jiwa bile membacanya. Novel ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis yang bernama Nurul Huda.

Setelah shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yanag telah lama menghilang. Namun insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di Rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lemah lembut manakala Alam seorang yang keras kepala.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit dapat melupakan kisah luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dgn sikap lemah lembutnya pandai menyembunyikan gelora dihati berbeza dengan alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda.

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kekuatan di Hati Huda untuk kali kedua.Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Patahnya hati Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda.Malah pelbagai masalah lain pula timbul.Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dgn Kak Diba...

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri.Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada disini....

Dalam novel ini aku suke gile ngan watak Alam, seorang yang nakal n berterus terang tapi tak berape suke ngan Huda sebab senang sangat jatuh cinta dgn orang, asal orang wat baik sket terus jatuh cinta,huhu.....neway best untuk dibace,tahniah Mimie Afinie (Bintang: 4/5)

K...berehat sebentar dari membaca novel fokus on exam lak.........Waahai Cik Pzah study la kamu..huhu nape malas sgt nak study ni padahal esok exam...HELP ME....
Next Exam:30/4 :Pengurusan Projek Multimedia: 1200
Wish Me luck!!!






Monday, April 27, 2009

Review : Horizon Cinta...

"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"


Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. Zariz (E-zo) dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.


Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.Antara part yg best time ade kebakaran kat atas kapal, dorang ni sempat lagi bergaduh,huhu sampai E-zo ni sembur zara ngan pemadam api tu..abes putih si zara ni,haha.

Selain tu, masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ade ke dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer,haha

Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.

Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.

Aku kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi aku dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Actually salah satu sebab aku cam tertarik nak bace novel ni coz nak tau sal dunia perkapalan,hehe...papepun tahniah pade Umi Azrini kerana berjaya menghasilkan novel yg best ni... (bintang: 5/5)


skang tgh bace Bila Dah Suka by Mimie Afinie........

Sunday, April 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...

Pagi sabtu yg indah aku n my sis with her daugthers telah menghadirkan diri ke PABKL,hehe...actually aku yg beria-ia ajak akak aku g..org gile novel so nak g cari novel la. Erm kitorang g dari umah around kul 10.30 naik kete sampai bandar tasik selatan after that naik LRT, my nieces really happy dapat naik train,hehe. Sampai PWTC around kul 11.30pg, trn je LRT tu mmg da nampak lautan manusia berpusu-pusu menuju ke PABKL tu...dalam hati terdetik, ramai gak org malaysia yang membaca,hehe...bgs2. Masuk je PWTC tu mmg ramai gile la org sampai nak jalan pun susah so aku pun dengan cepatnye g mencari novel2 yang menjadi pilihan hati n my sis with her children duduk kat area yg xde org sangat means aku sorang je la yg g round PABKL tu hehe....dan hasil pencarian novel2 tu, aku telah memborong sebanyak 6 buah novel..haha n yg best lagi sume novel tu present dr my sis untuk my coming birthday nanti...baik x aku present mintak novels je,hehe....tp yg xbest nye xjumpe novel yg aku betu2 nak cari iaitu novel Kau sayangku (bikash nur idris)..huhu. Ok ni 6 buah novel yg aku borong tu:.



1.Biarlah YM Berbicara - Hanni ramsul
2.Atas nama cinta - Lily suriani
3.Matahariku - Aina Emir
4.Horizon Cinta - Umi Azrini
5.Bila dah Suka - Mimie Afinie
6.Hanya Dia Tahu- Aleeya Aneesa




Dalam pic tu ade 5 buku je coz yg lg 1 tu my sis tgh bace so xsempat nak snap,mesti de yang rase aku jiwang ek bace novel cinta,haha...tp aku xkisah pun dah minat nk wat cam mane. hehe......skang aku tgh bace Horizon Cinta...citer die sal kisah cinta seorang navy,hehe...nantikan review aku tok setiap buku...huhu...mcm sempat je nak bace time2 exam n tesis yang belum bape nak siap ni...haha....pape pun aku akan menyempatkan diri gak untuk membaca semua novel...k nak sambung bace novel balik......end

"Selamat Membaca untuk Semua...Buku Lakaran Masa Depan"

credits 4 my lovely sis n wait for my reviews.....









Friday, March 6, 2009

Hantu Durian...(Trip to Melaka)





On 22 Feb ari tu aku dan budak2 UPSM telah berkonvoi ke melaka atau lebih specificnye ke rumah aku,hehe. Best gile bile konvoi ramai2 ni, semunye de lebih kurang 20 orang (3 kereta). Yang tambah lagi best sebab setiap kereta kitorang ni dibekalkan dengan satu walkie talkie so boleh la kitorang roger2 kalo nak tunjuk arah tu n memang bising la kete dengan suara dak2 ni main walkie talkie. Kalo nak tau walkie talkie ni kitorang pinjam dari Jppel UKM untuk program yang baru lepas ,tapi x pulang lagi.Actually kitorang balik melaka ni sebab nak makan durian kat umah aku n lagi satu sebab nak release tension lepas habis MITRAD.

Bagi budak2 upsm ni melaka memang dah sinonim dengan kitorang sebab selalu buat program kat ayer keroh so bile lalu depan ayer keroh tu rindu giler nak berprogram kat hutan rekreasi ayer keroh tu,huhu. Kira-kira kul 12 tgh hari kitorang sampai ke rumah aku..baru duduk x sampai berapa minit dorang dah ajak nak mkn durian...memang hantu durian betul dorang ni,hehe. Aku pun ajak la dorang jalan kaki ke kebun mak aku, durian tu sebatang je yang berbuah so kire special pokok la ni, cukuplah untuk kitorang sume makan. Upacara memakan durian dilakukan kat atas pondok dlm kebun tu.

Lepas habis makan durian n masing-masing dah kenyang kitorang pun melakukan aktiviti bergambar, dak2 upsm ni memang gile kamera sket so kat kebun pun dorang jadi nak bergambar tapi de special sket la sebab kat kebun aku tu de sebatang pokok getah yang senget so boleh la dijadikan background tok bergambar. Aktivti bergambar dilakukan, lagi special sal kitorang ni sebab most kitorang pakai baju celcom xpax yang sponsor bagi so rase cam promosi celcom lak kat kampung kau tu,hehe.

Dah puas bergambar kitorang pun pulang semula ke rumah aku..kat umah aku ni aktiviti diteruskan lagi dengan memetik buah kelapa muda dan buah mata kucing,hehe. Best giler dapat minum air kelapa muda time tgh hari panas tu.Hilang rase haus. Kat belakang umah aku pun de kebun gak so dapat la dorang rase makan buah mata kucing yang fresh dari ladang,hehe.

Selesai sume aktiviti memakan buah-buahan tempatan tu kitorang dihidangkan lak dengan makan tengah hari. Lauk waktu tgh hari tu asam pedas ikan sembilang dan laksa johor. Asam pedas mak aku memang superb la, thanks kat mak n thanks gak kat along yang masakkan laksa tu untuk kitorang.Lepas dah kenyang sume dak2 ni pun nak berangkat pulang, aku x ikut skali balik ukm sebab nak stay semalam kat umah, dah lame x balik umah,hehe. Tapi sebelum dorang balik tu kitorang sempat gak g ke MRSM jasin untuk berjumpe dengan adik olo,hehe.Kira -kira kul 5 ptg dorang sume bertolak pulang ke ukm. Akhir skali thanks korang sebab sudi datang umah aku, lenkali datang la lagi,heeh......................

Review Geng...

On 21 Feb ari tu aku n dak2 UPSM telah g menonton filem Geng:Pengembaraan bermula..Kitorang g midnite tp ptg tu dah beli tiket dah takut tiket abes. So malam tu, lepas meeting dak2 2nd year kitorang pun menuju la ke alamanda putrajaya. Seramai 14 org yg g tgk wayang ni, sampai2 je kat alamanda tu..ramai giler org nasib baik la kitorang da beli tiket awal kalo x mmg tinggal harapan je la nak tgk geng tu,huhu. Yg syok nye kebanyakkan org ramai yg nak tgk geng tu budak ukm..so pandang kanan dak ukm pandang kiri pun dak ukm,hehe. Dak2 UKM telah menconquer alamanda time tu...

Ni citer sal Filem Geng ni plak k:

Selama ni aku hanya tonton hasil kerja lascopaque di TV7 setiap hari di bulan puasa tapi kali ni Les’ Copaque memberikan aku satu perspektif baru dalam dimensi perfileman kartun Malaysia berikutan filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula.Bagi aku, Lescopaque telah membuka satu ruang animasi 3d tempatan yang mampu menjana keuntungan dari segi kewangan, peningkatan mentaliti, dan kerjaya bagi animator-animator Malaysia.Penglibatan Lescopaque dalam menghasilkan “Geng: Pengembaraan Bermula” adalah satu langkah produktif dalam usaha memartabatkan animasi Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di Asia. Walaupun bagi aku hasiltangan lascopaque still ada sedikit kaku, namun sedikit sebanyak berjaya di negara sendiri pun sudah cukup kerana selepas ni aku boleh kerek sedikit dengan member aku dari Singapore dan Indonesia. Ha haSebagai rakyat Malaysia aku akui method “copy-is-right” adalah satu kelebihan di negara tercinta ini, namun kali ni aku berpendapat adalah berbaloi jika kalian layan di wayang, tak payah tunggu upload kat mana-mana site. Tengok, nikmati, hayati dan fahami. Nanti kalian akan perasan sesuatu dari hasil tangan Lascopaque ni. Aku tidak mengerti untuk memberikan olahan yang sesuai, tapi aku ada sedikit rasa puas hati dengan produk kartun tempatan kali ni. Bila part sedih, aku sedih. Bila part seram, aku takut. Bila part kelakar, aku gelak. Maybe ayat aku terlalu semantic untuk difahami, namun itu la, lebih baik kalian tonton sendiri di pawagam. Sokong industri tempatan yang berkualiti sahaja.Akhir kata, mari lah menyokong animasi 3d pertama Malaysia. “Dua sengget, dua sengget!”