Wednesday, April 29, 2009

Review: Bila Dah Suka...


Buku kedua yang aku bace setelah bershopping sakan di PABKL. Buku ni special sket coz dapat signature dari penulisnya iaitu Mimie Afinie. Ni first time aku bace karya beliau n aku rase gaya penulisan beliau diwarnai dgn adegan-adegan lucu dan x kurang juga saat-saat mengharukan jiwa bile membacanya. Novel ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis yang bernama Nurul Huda.

Setelah shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yanag telah lama menghilang. Namun insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di Rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lemah lembut manakala Alam seorang yang keras kepala.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit dapat melupakan kisah luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dgn sikap lemah lembutnya pandai menyembunyikan gelora dihati berbeza dengan alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda.

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kekuatan di Hati Huda untuk kali kedua.Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Patahnya hati Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda.Malah pelbagai masalah lain pula timbul.Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dgn Kak Diba...

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri.Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada disini....

Dalam novel ini aku suke gile ngan watak Alam, seorang yang nakal n berterus terang tapi tak berape suke ngan Huda sebab senang sangat jatuh cinta dgn orang, asal orang wat baik sket terus jatuh cinta,huhu.....neway best untuk dibace,tahniah Mimie Afinie (Bintang: 4/5)

K...berehat sebentar dari membaca novel fokus on exam lak.........Waahai Cik Pzah study la kamu..huhu nape malas sgt nak study ni padahal esok exam...HELP ME....
Next Exam:30/4 :Pengurusan Projek Multimedia: 1200
Wish Me luck!!!






Monday, April 27, 2009

Review : Horizon Cinta...

"Wahai camar... bawalah rinduku singgah ke lubuk hatinya"


Kisah cinta yang bermula dari rasa benci yg membuak. Zariz (E-zo) dan Zara ni ditakdirkan bertemu utk berperang. Mereka sanggup lakukan apa saja utk menyakitkan hati satu sama lain. Ada perasaan yg bergolak dalam 'perang' diorang tu. Zara tak dapat menerima hakikat yang E-zo tidak tertarik dgn perempuan yg cantik dan seksi macam dia. E-zo tu ngaku dia kucing vegetarian. hehe.


Usikan demi usikan menjadi mereka senang pulak bila bersama. dan atas nama persahabatan, mereka membina ikatan mesra.Antara part yg best time ade kebakaran kat atas kapal, dorang ni sempat lagi bergaduh,huhu sampai E-zo ni sembur zara ngan pemadam api tu..abes putih si zara ni,haha.

Selain tu, masa Zara kat kampung E-zo tu, dia ada mandi berkemban kat telaga. Macam pelik pulak pompuan yg biasa berpakaian seksi, berbikini di khlayak ramai tapi malu lebih2 pulak sampai nyorok belakang perigi sbb E-zo terkantoi masa ngendap, ade ke dia ingat atuk dia yg mandi? sabo jer,haha

Lagi satu, Zara ni jenis rebellious la jugak tapi dia sanggup didenda daripada mengadu pada abang kaptennya tentang Raynold yang cuba mencabul kehormatannya. Macam dia mempertahankan Raynold lah pulak. Malahan pulak si Raynold tu siap bocorkan rahsia yang Zara tu buat direct selling kat atas kapal dagang. Heroin kali ni businesswoman direct selling. hehe.

Kelakar betul part E-zo borong 100 biji belon beraneka ucapan semata2 nak pujuk Zara, sampai belon congratulations ngan get well soon pun dia belasah beli asalkan cukup 100 biji belon. hehe.

Aku kagum dengan homework yg dilakukan Umi Azrini untuk menceritakan details yang complicated (bagi aku dah cukup complicated lah) tentang dunia perkapalan. Actually salah satu sebab aku cam tertarik nak bace novel ni coz nak tau sal dunia perkapalan,hehe...papepun tahniah pade Umi Azrini kerana berjaya menghasilkan novel yg best ni... (bintang: 5/5)


skang tgh bace Bila Dah Suka by Mimie Afinie........

Sunday, April 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur...

Pagi sabtu yg indah aku n my sis with her daugthers telah menghadirkan diri ke PABKL,hehe...actually aku yg beria-ia ajak akak aku g..org gile novel so nak g cari novel la. Erm kitorang g dari umah around kul 10.30 naik kete sampai bandar tasik selatan after that naik LRT, my nieces really happy dapat naik train,hehe. Sampai PWTC around kul 11.30pg, trn je LRT tu mmg da nampak lautan manusia berpusu-pusu menuju ke PABKL tu...dalam hati terdetik, ramai gak org malaysia yang membaca,hehe...bgs2. Masuk je PWTC tu mmg ramai gile la org sampai nak jalan pun susah so aku pun dengan cepatnye g mencari novel2 yang menjadi pilihan hati n my sis with her children duduk kat area yg xde org sangat means aku sorang je la yg g round PABKL tu hehe....dan hasil pencarian novel2 tu, aku telah memborong sebanyak 6 buah novel..haha n yg best lagi sume novel tu present dr my sis untuk my coming birthday nanti...baik x aku present mintak novels je,hehe....tp yg xbest nye xjumpe novel yg aku betu2 nak cari iaitu novel Kau sayangku (bikash nur idris)..huhu. Ok ni 6 buah novel yg aku borong tu:.



1.Biarlah YM Berbicara - Hanni ramsul
2.Atas nama cinta - Lily suriani
3.Matahariku - Aina Emir
4.Horizon Cinta - Umi Azrini
5.Bila dah Suka - Mimie Afinie
6.Hanya Dia Tahu- Aleeya Aneesa




Dalam pic tu ade 5 buku je coz yg lg 1 tu my sis tgh bace so xsempat nak snap,mesti de yang rase aku jiwang ek bace novel cinta,haha...tp aku xkisah pun dah minat nk wat cam mane. hehe......skang aku tgh bace Horizon Cinta...citer die sal kisah cinta seorang navy,hehe...nantikan review aku tok setiap buku...huhu...mcm sempat je nak bace time2 exam n tesis yang belum bape nak siap ni...haha....pape pun aku akan menyempatkan diri gak untuk membaca semua novel...k nak sambung bace novel balik......end

"Selamat Membaca untuk Semua...Buku Lakaran Masa Depan"

credits 4 my lovely sis n wait for my reviews.....









Friday, March 6, 2009

Hantu Durian...(Trip to Melaka)





On 22 Feb ari tu aku dan budak2 UPSM telah berkonvoi ke melaka atau lebih specificnye ke rumah aku,hehe. Best gile bile konvoi ramai2 ni, semunye de lebih kurang 20 orang (3 kereta). Yang tambah lagi best sebab setiap kereta kitorang ni dibekalkan dengan satu walkie talkie so boleh la kitorang roger2 kalo nak tunjuk arah tu n memang bising la kete dengan suara dak2 ni main walkie talkie. Kalo nak tau walkie talkie ni kitorang pinjam dari Jppel UKM untuk program yang baru lepas ,tapi x pulang lagi.Actually kitorang balik melaka ni sebab nak makan durian kat umah aku n lagi satu sebab nak release tension lepas habis MITRAD.

Bagi budak2 upsm ni melaka memang dah sinonim dengan kitorang sebab selalu buat program kat ayer keroh so bile lalu depan ayer keroh tu rindu giler nak berprogram kat hutan rekreasi ayer keroh tu,huhu. Kira-kira kul 12 tgh hari kitorang sampai ke rumah aku..baru duduk x sampai berapa minit dorang dah ajak nak mkn durian...memang hantu durian betul dorang ni,hehe. Aku pun ajak la dorang jalan kaki ke kebun mak aku, durian tu sebatang je yang berbuah so kire special pokok la ni, cukuplah untuk kitorang sume makan. Upacara memakan durian dilakukan kat atas pondok dlm kebun tu.

Lepas habis makan durian n masing-masing dah kenyang kitorang pun melakukan aktiviti bergambar, dak2 upsm ni memang gile kamera sket so kat kebun pun dorang jadi nak bergambar tapi de special sket la sebab kat kebun aku tu de sebatang pokok getah yang senget so boleh la dijadikan background tok bergambar. Aktivti bergambar dilakukan, lagi special sal kitorang ni sebab most kitorang pakai baju celcom xpax yang sponsor bagi so rase cam promosi celcom lak kat kampung kau tu,hehe.

Dah puas bergambar kitorang pun pulang semula ke rumah aku..kat umah aku ni aktiviti diteruskan lagi dengan memetik buah kelapa muda dan buah mata kucing,hehe. Best giler dapat minum air kelapa muda time tgh hari panas tu.Hilang rase haus. Kat belakang umah aku pun de kebun gak so dapat la dorang rase makan buah mata kucing yang fresh dari ladang,hehe.

Selesai sume aktiviti memakan buah-buahan tempatan tu kitorang dihidangkan lak dengan makan tengah hari. Lauk waktu tgh hari tu asam pedas ikan sembilang dan laksa johor. Asam pedas mak aku memang superb la, thanks kat mak n thanks gak kat along yang masakkan laksa tu untuk kitorang.Lepas dah kenyang sume dak2 ni pun nak berangkat pulang, aku x ikut skali balik ukm sebab nak stay semalam kat umah, dah lame x balik umah,hehe. Tapi sebelum dorang balik tu kitorang sempat gak g ke MRSM jasin untuk berjumpe dengan adik olo,hehe.Kira -kira kul 5 ptg dorang sume bertolak pulang ke ukm. Akhir skali thanks korang sebab sudi datang umah aku, lenkali datang la lagi,heeh......................

Review Geng...

On 21 Feb ari tu aku n dak2 UPSM telah g menonton filem Geng:Pengembaraan bermula..Kitorang g midnite tp ptg tu dah beli tiket dah takut tiket abes. So malam tu, lepas meeting dak2 2nd year kitorang pun menuju la ke alamanda putrajaya. Seramai 14 org yg g tgk wayang ni, sampai2 je kat alamanda tu..ramai giler org nasib baik la kitorang da beli tiket awal kalo x mmg tinggal harapan je la nak tgk geng tu,huhu. Yg syok nye kebanyakkan org ramai yg nak tgk geng tu budak ukm..so pandang kanan dak ukm pandang kiri pun dak ukm,hehe. Dak2 UKM telah menconquer alamanda time tu...

Ni citer sal Filem Geng ni plak k:

Selama ni aku hanya tonton hasil kerja lascopaque di TV7 setiap hari di bulan puasa tapi kali ni Les’ Copaque memberikan aku satu perspektif baru dalam dimensi perfileman kartun Malaysia berikutan filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula.Bagi aku, Lescopaque telah membuka satu ruang animasi 3d tempatan yang mampu menjana keuntungan dari segi kewangan, peningkatan mentaliti, dan kerjaya bagi animator-animator Malaysia.Penglibatan Lescopaque dalam menghasilkan “Geng: Pengembaraan Bermula” adalah satu langkah produktif dalam usaha memartabatkan animasi Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di Asia. Walaupun bagi aku hasiltangan lascopaque still ada sedikit kaku, namun sedikit sebanyak berjaya di negara sendiri pun sudah cukup kerana selepas ni aku boleh kerek sedikit dengan member aku dari Singapore dan Indonesia. Ha haSebagai rakyat Malaysia aku akui method “copy-is-right” adalah satu kelebihan di negara tercinta ini, namun kali ni aku berpendapat adalah berbaloi jika kalian layan di wayang, tak payah tunggu upload kat mana-mana site. Tengok, nikmati, hayati dan fahami. Nanti kalian akan perasan sesuatu dari hasil tangan Lascopaque ni. Aku tidak mengerti untuk memberikan olahan yang sesuai, tapi aku ada sedikit rasa puas hati dengan produk kartun tempatan kali ni. Bila part sedih, aku sedih. Bila part seram, aku takut. Bila part kelakar, aku gelak. Maybe ayat aku terlalu semantic untuk difahami, namun itu la, lebih baik kalian tonton sendiri di pawagam. Sokong industri tempatan yang berkualiti sahaja.Akhir kata, mari lah menyokong animasi 3d pertama Malaysia. “Dua sengget, dua sengget!”

Saturday, February 14, 2009

Mitrad dan Tanggungjawab


Minggu ICT dan ketrampilan diri 5 or singkatannya MITRAD 5 akan diadakan pd 16-20 Februari ni dan aku telah diamanahkan sbgi Pengarah Publisiti. Waa..for me ini satu tanggugjawab yg amat berat becoz without publisiti yg mantap sesuatu program tidak akan dapat sambutan yg menggalakkan..So setakat ni ape yg aku dah wat untuk mempublisiti kan mitrad ni ialah buat painted banner (10), upload digital poster kat billboard UKM, pasang bunting seluruh ukm (35), poster n flyers dan untuk ari ni aku dan adik beradik batch yg lain telah mengambil inisiatig untuk mengedarkan flyers kat pasar malam..satu pengalaman baru terpaksa menebalkan muka untuk bagi flyers kat org..mcm2 ragam yg aku dapat lihat ade yg xnak amek langsung flyers, ade yg wat muka bile kite nk bg flters tu padahal bukannye suh beli pape pun tp tu la kenyataannye. Cube bygkan org yg mmg keje nye mcm tu,huhu. Pape pun nak ucapkan terima kasih banyak2 pd ahli2 batch yg sudi membantu..syg korang semua. So hopefully Mitrad dan sume subprogram akan mendapat sambutan yg menggalakan.Amin....

Thursday, February 12, 2009

Kegilaan Pet Society

Mlm ni aku x balik bilik..stay kat bilik upsm sambil menjaga haiwan peliharaan aku kat pet society,hehe. Pet aku ni baru je dibela so xbanyak duit lg nak mencomelkan lagi pet ni..tapi aku akan mencomelkan pet ni dari mase ke semase. BuMBLEBEE name pet aku sempena name watak yg aku suke dlm filem transformer.Dak2 upsm skang ni memang tgh gile ngan pet society ni so kirenye masing2 da ade pet sendiri..dalam sibuk berprogram masih sempat lagi menjage pet2 mereka..hehe. Nak komen sket sal facebook n friendster, bg aku kalo dilihat dari segi user friendly rasenye friendster lg user friendly compare than facebook. Secara jujurnye aku join facebook sebab nak main pet society, kelebihan facebook ni dari segi interaktif nye, mmg tidak dapat dinafikan mmg facebook jauh lebi besh dari fs dr segi interaktifnye la..so terpulangla pd korang nak join yg mane kalo join dua2 pun no problem,hehe....Ni lah rupe pet aku yang bernama BUMBLEBEE...



Wednesday, February 11, 2009

Pelangi..

Salam...kepada sume2 blogger..Waa..... setelah bertahun aku memikirkan untuk membuat blog, akhirnya ari ni buat pertama kalinya aku telah menulis ..Bkn xnak membuat blog lebih awal tapi cuma memikirkan malas untuk menulis dan mengupdatekan blog..Akhirnya tiba juga masa untuk aku menulis....hehe. Pelangi,nape aku memilih nama pelangi untuk blog aku sebab aku suke pelangi..pelangi akan muncul selepas hujan dan seolah mewarnai dunia yg suram selepas hujan..Pelangi juga lambang keceriaan, warna pelangi yg colourful akan menggembirakan semua org..so kita enjoy,hehe..Sekian saje untuk entri muqaddimah ni..entri2 lain akan menyusul kemudian..selamat menulis untuk aku!!!