Friday, December 31, 2010

# 2010 berlalu 2011 menanti....



Entri terakhir untuk 2010...Just a short entri nak wish "Selamat Tahun Baru" kepada semua, maafkan diri ini jika ada silap dan salah, semoga 2011 akan dilalui dengan tabah, semoga 2011 memberi seribu kebahagian dan kejayaan kepada semua. Ok sampai sini je.....Mulakan diari 2011 dengan semangat dan azam yang baru.

Monday, November 29, 2010

# A complete Puzzle...

Salam, wah da hampir bersawang da blog ni, still xde mood nak update blog lagi, tp memandangkan ni da masuk hari-hari terakhir bulan November so gagahkan jugalah jari jemari ni mengetuk kekunci keyboard. Hari ni nak citer sal entri-entri saya sebelum ni yang berkisar dengan gambar, yg caption gambar tersebut tertulis ' A Pieces of Puzzle '. So hari ni nak revealed la kenape saya buat caption sedemikian, actually  gambar2 tu sume merupakan kronologi kepada suprise birthday celebration untuk Cik Azie,hehe. Idea yg terhasil dari ' meeting Maya ' kami (ecah,zin,alan n saya ). Perancangan ni dibuat semasa cik Azie berada di Korea,hehe. Arghhh, tibe2 blank xtau nak citer ape, tengok je la gambar kat bawah ni, the real picture of the puzzle,hehe.

A Complete Puzzle

Wednesday, November 17, 2010

# Salam Aidiladha...

Salam Aidil Adha

Salam aidiladha buat semua...semoga erti pengorbanan dihayati bersama tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Raya haji tahun ni saya beraya di KL je, memandangkan cuti sehari jatuh pada hari rabu,huhu. Tapi xpe tu pun dikira pengorbanan gak, sebab xamek cuti balik kampung disebabkan kerja.Heh

So raya di kotaraya? Apa yang saya buat,hehehe. Hari ni mengimbau memori naik komuter ke Mid Valley, dah lame xnaik komuter, dulu time study memang komuter pengangkutan utama, sekarang tidak lagi. Tu yang ambil peluang cuti ni g mid valley naik komuter dan buat pertama kali dapat naik Koc Wanita,hehe. Dah sampai mid valley, jalan2 je la...window shopping. Dalam window shopping tu sempat beli 3 kemeja,hehe dan     saya dah jumpa dah PAYUNG PELANGI yang saya cari selama ni,hehe. Akhirnya jumpa gak di jusco mid valley. Hoyeyyy...hehe. Entri ni sebenar nye nak citer sal dah jumpa payung ni je, tp da terlanjur menulis ni nak wish lagi sekali SALAM AIDILADHA , hehehe.

Payung Pelangi

Sunday, November 14, 2010

# Bukit Tabur...

Hoho....setelah seminggu menawan Bukit Tabur baru hari ni nak update blog sal citernye, tak tahu kenapa seakan tiada mood untuk menulis kebelakangan ini,huhu. Mood silalah kembali....Ok back to Bukit Tabur, setelah lame x meng'hiking' kan diri, ahad lepas dapat la lepas gian naik Bukit Tabur, emmm oklah not so tough, and view pun ok tp ade construction kat sebelahnye so mcm dah xnature sgt la, but still aman bila tgk bahagian belah empangan klang gate. Untuk pengetahuan Bukit Tabur ade 2 bahagian iaitu West dan East, so versi yg aku naik ni versi East, pemandangan nya lagi cantik,heh. Ok...xnak cakap banyak tengok gambar je la eh...

Informasi mengenai Bukit Tabur:
- Durasi terekking: 3 jam turun naik (anggaran)

Macam mana nak pergi:
- Exit MRR2 at Taman Melawati
- next round-about 9 o'clock
- next round-about 12 o'oclock
- at T-junction turn right and follow the road along the hill until you get to the Puncak Niaga facilities










Sunday, November 7, 2010

# Mencari Magika...



At last, setelah penat menjelajah taman botani, akhirnya jumpa gak kawasan ni, kawasan bukit bukau yang kecik2 ni ade dalam filem Magika, tu yang interested nak cari ,heh. Ok la, cantik dan hijau, nice spot nak wat photoshoot,hehe. Ni je yg nak cari dalam eksplorasi Taman Botani,hehe. Tapi tahukah anda? cewahhh....banyak lagi tempat interesting yg ada kat taman botani, berpeluh gak nk jalan...hehe. Go and Exlpore this Taman Botani.

Thursday, November 4, 2010

# Putaran Pelangi...

A Pieces of Puzzle 3
Salam Ceria di hari khamis...Selalunya orang kata Hidup ibarat roda, tapi hari ni saya nak tukar " Hidup Ibarat PUTARAN PELANGI ", hehe. Konsep yang sama juga, kena beringat kadang-kadang kita akan berada diatas, kadang-kadang berada di bawah. Cuma kalau ibaratkan kehidupan dengan roda tak berapa best sebab roda tu x cantik macam Rainbow Windmill ni, so nampak sikit kehidupan yang ceria. Hehe. 

Saya dah jumpa dah Windmill ni dan xsabar nak guna dalam photoshoot seterusnya,hehe. Bertambah lagi props yang bertema PELANGI,hehe.  Kepada incik Windmill Pelangi, selamat bekerjasama dengan Layang-Layang Pelangi dan Payung pelangi....hihi.


Wednesday, November 3, 2010

# Tetap Teguh Sendirian...

A Pieces of Puzzle 2

Kata pepatah "Kalau sudah benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak didarat menjadi gunung". Hari ni entri saya hanya ingin mentafsir gambar diatas dan kaitkan dengan diri ini. Tetap Teguh Sendirian itu yang boleh saya luahkan apabila melihat gambar tersebut. Berjaya hidup dengan suburnya di padang yang luas tanpa kehadiran teman-teman lain. Seharusnya kita sebagai manusia yang mempunyai kelebihan akal, dan deria turut mampu untuk melakukannya, tidak kira dimana kita berada, dalam apa jua situasi, apa jua cabaran kita mesti boleh melakukannya sendirian, namun kadang-kadang kita memerlukan juga sokongan dan bantuan orang sekeliling. Jadi tanamkan pada diri ini yang kita BOLEH dan paling penting PERCAYA ada kemampuan diri.Hehe...tiba-tiba saya menjadi pakar motivasi hanya melalui penafsiran sekeping gambar,hihi.

Gambar diatas merupakan gambar sebuah padang di Malaysia, cantik kan.....Teringin sangat nak ke sana, so harapnya berjaya lah nanti untuk menakluki padang tersebut dan pasti apabila sampai masanya sebuah Ceritera akan tercipta....hehe.

Tuesday, November 2, 2010

# Live.Like.Love...

A Pieces of Puzzle 1

New entry in November.....Fuhh we are just right at the corner before the end of 2010. Time is so so fast. LIVE.LIKE.LOVE best kan quote ni, actually ni quoate dari satu website fotografi yang baru saya jumpa ThePhotolicious . Nice website and nice photos, hilang jap admire saya pada Saupix bile tgk gambar2 beliau and lagi bangga sebab beliau guna Incik Canon and merupakan seorang perempuan,hehe. Ni yang lagi semangat nak explore dunia fotografi,hehe. Tetapi pape pun saya still admire Saupix nye art, orang yg buat saya bersemangat nak beli DSLR,haha. Heh, gambar kat atas tu ada dalam pemikiran saya dan dia,hehe...so we will see hasilnya nanti...Wait for the Ceritera...hehe. Lastly semoga NOVEMBER yang mendatang akan membawa seribu kebahagian pada semua.

Wednesday, October 20, 2010

# Nak ke Tak nak ?

Nak ke Tak Nak ?
Soalan hangat untuk hari ni
Mungkin ada yang senang nak jawab...
Mungkin gak ada yang susah nak jawab..

Tapi...
kalau tanya saya?
Apa jawapan nya ek...hehe
Erm...selalunya jawapan saya...lambat lagi kot
Tapi dalam hati...mestilah nak..hehe

Tapi....
Mestikah dicari...
Atau dia datang sendiri..
Tu yang  saya selalu serahkan pada Ilahi...
 
Tapi...
Saya ni jenis yang malas nak mencari cinta...
Tak perlu mencari cinta..
Kerna ia pasti akan hadir jua..
Dan saya yakin Cinta yang hadir dari Ilahi itu..
Adalah cinta yang terbaik untuk saya..InsyaAllah

Jauh di sudut hati..
Macam dah bersedia...
Tapi kadangkala ada perasaan bimbang gak..
Mungkin tu yang menyebabkan saya belum menjumpai si dia kot...hehe
Pape pun, berserah saja lah padaNya...sebab semuanya sudah tertulis, hanya DIA yang tahu..


“Cinta yang dicari.. pasti pergi..
Cinta sejati.. kekal abadi”

p/s: Entri ni tercipta selepas perbualan mengenai Jodoh dengan rakan sekerja...hehehe











Thursday, October 14, 2010

# Kembali...


Kembali... Tenang dari dunia Super Duper Busy
Kembali... Ke Semenanjung dari Sabah
Kembali...Mengupdate Blog
Kembali... Ke Ofis

Bersedia untuk Kesibukkan Menjelang Hujung Tahun 2010

Wednesday, October 6, 2010

# Seceria Layang-Layang di Awangan...

Gambar Main Layang-Layang di Taman Kepong



Salam semua..semoga hari anda hari ini lebih baik dari semalam...heh. Hari ni nak citer sal Layang-layang, saja je sebab tadi kat fb ade orang citer sal nak main layang-layang,heh. Kanak-kanak mane yang xpernah bermain layang-layang, kalau budak kampung macam saya ni, sure pernah main n terer buat layang-layang...anda macam mane?heh...Teringat time kecik2 dulu, best bila tiba musim orang keringkan padi tu, musim yang banyak angin time ni lah yang syok main layang-layang. Bila tengok layang dak kampung sebelah dah naik tinggi, pe lagi berusaha la nak melawan dorang,heh. Tapi skang ni dah xde kot, anak-anak buah saya pun xde yg main layang-layang, huhu. Lagipun skang ni mane nak jumpe layang-layang yg dibuat dari kertas surat khabar, skang ni sume layang-layang guna plastik, harap cantik je tapi x naik tinggi mane pun,heh. 

Tinggalkan sal memori layang-layang, bak kata berita harian Zaman Dah Berubah..hehe. Gambar kat atas ni gambar pertama saya dalam entri gambar dan puisi yang ade modelnya, sebelum ni hanya nature je kan,heh. Actually model kat atas ni kawan saya, and nak tau skang ni dia ade nun jauh di Korea...hebat kan. Bangga saya ada kawan yang jd mikrobiologist and berpeluang ke luar negara,cewahhh. Ni berkat main layang-layang tu yg dapat terbang ke seberang laut...hehe. To OLO , aku xde entri khas cam Cik Kerana Dia buat..hehe....pape pun all the best kat Korea tu, rindu kat ko dah....balik nanti make sure jumpe kami,heh...ni kira tributed aku tuk ko la...hehe. So seperti biasa setiap entri ade puisi kan, tapi hari ni nak letak lirik lagu yang ade Layang-layang..heh. Jom sama hayati lagu ini.....

Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Tuesday, October 5, 2010

# Sehijau Warna Daun...

Gambar di Capture Semasa di Royal Belum

Salam semua...Apa Khabar Hari Ni??...disaat entri ditulis saya baru habis menulis skrip untuk pelancaran 3 buah buku MPOB, dengan badan yang dah seram sejuk, selsema melanda,akhirnya siap juga skrip ni. Kesannya saya dah Demam..huhu. Minggu ni macam busy giler sebab senior sejawatan dengan saya akan pergi bercuti so tugas2 ofis semua di bahu saya...dan untuk kesian kalinya minggu ni akan ke Sabah lagi untuk Seminar Mini TOT. Tu citer pasal kerja, apa pun semua nya harus dilakukan, barulah dinamakan cabaran bekerja..heh. Citer sal blog plak, skang ni saya macam dah suka letak gambar and then follow dengan puisi, dah 2 gambar sebelum ni pasal Nature coz I just Love Nature,heh...Untuk kali ni Daun menjadi pilihan saya...puisi kali ni bertajuk Anugerah - Hargailah Alam Sekitar, Kitalah Pewarisnya....

Lihat alam sekeliling muwarna hijau daun
biru laut dan langit
rasa amannya angin
dinginnya malam..

Suara-suara sang unggas
rama-rama berterbangan
warna-warni bunga bertaburan
ku kira..
semuanya satu anugerah..

Lihat wajah mu di cermin jernih
tatap dan teliti
unik dan sempurna
percaya setiap insan
punya keistimewaan
dan ku kira
itu juga satu anugerah..

Hargai apa yang telah dimiliki
jangan di sia, jangan di hina..
semuanya amat berharga
jangan dikesali bila tiada

Setiap yang cantik ada pesona
jangan di bangga jika tiada gunanya
Yakin..
manusia tiada yang sempurna
Pencipta itu Maha Berkuasa
merubah semua mengikut kehendaknya

Pelihara dengan sebaiknya
Anugerah tiada gantinya
jika di cari hingga hujung dunia
belum pasti kita temuinya

Anugerah...
dari Maha Pencipta lagi Berkuasa
Aku pelihara
insaf setiap masa
agar anugerah ku terima
ku jaga hingga hayat tiada

Monday, October 4, 2010

# Mentari di Ufuk Timur...

Sunset di Sutera Harbour-Sendirian Melihat Mentari Terbenam



Di kala matahari terbenam
Tercipta pemandangan yang indah di sepanjang pantai
Ramai yang  terkesima memandang sang suria terbenam
Sembari dibelai angin sejuk nan sepoi-sepoi

Usai mentari terbenam
Azan maghrib berkumandang di masjid nan indah 
Langit berubah menjadi gelap gulita
Bintang gemintang menghiasi langit
Bagai mutiara yang bersemayam di langit

Friday, October 1, 2010

# Terbanglah...

Gambar diambil dari pesawat MH069 - penerbangan dari KK - KL
Salam pagi Oktober, hari baru, bulan baru so seperti biasa semangat pun kena baru la....citer raya pun da abes, kembali ke kehidupan normal balik...Ni entri pertama saya yg tiada kena mengena dengan raya,hehe....So sebagai simbolik bulan baru, entri ni pasal Terbang...saja je pagi-pagi cari artikel yg memberi motivasi...dah lame rasenye tak bermotivasi...heh. Terbanglah lebih tinggi, semua org berharap agar dapat terbang lebih tinggi dalam kehidupan...begitu juga saya..namun satu perkara perlu diingat..risiko terbang tinggi nanti jatuhnya pun sakit sangat..jadi berpada-pada lah nk terbang tu...ingat orang yg dibawah...hehe...Saya tinggalkan anda dengan puisi dari Langit Ilahi.....Semoga semua berSemangat di Hari Jumaat pertama di Bulan Oktober....

Aku ingin terbang bebas ke angkasa tinggi
Ingin menjejak awan mengucup Langit Ilahi
Mengharapkan keredhaan-Nya untuk kehidupan ini
Berjaya di atas dunia, bahagia di akhirat nanti

Jangan diikat sayapku dengan maksiat beribu
Jangan kau pasung sayapku dengan dunia menipu
Biar ia bebas mengibas terbang di langit biru
Membebaskan segala gundah dan lara jiwaku

Apa bahagia jika akhirnya ke neraka
Apa sedih jika akhirnya ke syurga
Aku hanya inginkan penamat yang menyenangkan jiwa
Selain itu padaku tiada makna yang berharga

Maka biarkan aku terbang bebas
Ke Langit Ilahi tidak terbatas
Jangan kau pasung sayapku
Memenjara kegembiraan kalbu

Friday, September 24, 2010

# 5 Perkara Disebalik Raya 1431H Saya...

Assalammualaikum, masih dalam mood raya lagi? Mungkin ada yang Ya ada yang Tidak lagi, duit raya yang xabis pun da dikeluarkan dari sampul akibat dah hujung2 bulan ni,haha. Dah lama juga xmenulis disini , minggu yang sangat busy selepas cuti raya, so ari ni entri masih dalam mood raya lagi..hehe. just nak share 5 perkara tentang raya saya yang orang xtahu....hahaha. 

1. Anyam 10 biji Ketupat Dengan Linangan Air Mata

Haha, yang ni memang kelakar la, dah la anyam 10 je ketupat tu pun sebab mak ingat nak tinggalkan, kalau x tahun ni x merasa la anyam ketupat lagi. Ni semua sebab dah 2 tahun x anyam ketupat so tahun ni macam nak asah skill anyam semula la, tapi padan muka kan dah lupa, sebab FRUST sangat lupa step nak anyam tu yg mengalir air mata...haha kelakar pun ada. TAPI akhirnya berjaya tau ingat balik step buat ketupat ni tanpa bantuan org lain cuma ambil masa je nk ingat step...haha. Akhirnya dapatlah menyumbang 10 biji ketupat untuk raya tahun ni...hahahaha

2. Baju Raya = Baju Kerja

Tahun ni tema baju raya dari jenis cotton,heh. Baju Raya merangkap baju kerja ni saya dah beli sebelum puasa lagi n dah pakai pun untuk g kerja. Tapi sebab saya kerja kat KL so bile balik kampung xde la org perasan saya dah pakai baju ni so still jadi baju Baru lagi kat kampung,haha...Lagi satu sebab malas sangat nk g shopping tahun ni pun xde kasut raya, pakai kasut kerja gak...haha. Save Bajet..heh

3. Last Shopping Di Malam Raya

Mungkian ada yang kata biasa je shopping malam raya ni kan, tapi bg saya kali ni memecah tradisi g shopping malam raya,hahaha.....Selalunya malam raya duduk umah tengok anak buah main bunga api n tunggu orang datang Takbir kat umah. Tapi sebab tahun ni xsempat nak shopping raya lagi, so malam raya tu terpaksa la ajak mak g Duyong je pun nak cari tudung..haha. So akhirnya dapatla tudung yang di beli di malam raya....hahaha.

4. Officially Tak Dapat Duit Raya

Huhu...yang ni xbest untuk tahun ni secara rasminya dah tak dapat duit raya lagi, kalo last year mak still bagi duit raya lagi,heh. Tahun ni no more duit raya, kena bagi duit raya lagi ada,hehe. Tapi xpe la dah memang sampai masa xdapat duit raya lagi, dah besar da pun bukan belajar lagi,hehe.

5. 3 Soalan Hangat Raya Tahun Nie 
  • Dah Keje Ke Belum? 
  • Keje Mane Skang ?
  • Bila Nak KAHWIN?
 
Soalan yang Bila Nak Kahwin? tu yang payah nak jawab,hahahaha.....Ni la padahnye kalo jadi anak bongsu yang akak-akak n abang semua dah kahwin. Semua orang cam tanya bila nk wat kenduri kawen lagi....haha. Tunggu la dulu kalo da sampai masa nanti akan di Announcekan pada semua, buat masa skang hanya jawapan 'cliche' iaitu Lambat Lagi je yang boleh dibagi...hahahaha.

Thursday, September 16, 2010

# Selamat Hari Malaysia...

Salam 1 Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia, Semoga negara akan terus aman, makmur dan sejahtera. Kat sini nak share satu video jumpe kat Youtube, Untukmu Malaysia versi instrumental.

Wednesday, September 15, 2010

# Kisah Raya Kedua ...


Raya Kedua
Kalau raya pertamanya kitorang ada je kat umah menunggu orang dtg, raya kedua kalo sapa2 yg berhajat nak dtg umah, mintak maaflah memang xkan ada orang sebab raya kedua waktu untuk balik Muar spesifik lagi Kampung Serom 5 dan Bukit Gambir, raya kat kampung Mak pulak. Kalau semalam anak-anak buah arwah Bak yang dtg umah, raya kedua ni giliran Mak plak g mencari makcik2 dan adik beradiknya, kira nenek dan makcik aku la. Dah jadi tradisi memang wajib g umah Lek-Lek ni (Lek panggilan nenek dalam bahasa Jawa) so seperti tahun-tahun lepas ada 5 umah yang akan dikunjungi iaitu umah Lek Som, Lek Jiwok, Umah pusaka arwah atuk ( tapi skang bik lili yang duduk ), umah Mak Long ( kat sini tempat makan tgh hari,hehe ) dan akhir sekali umah Bik Cepuk ( kat sini ade nenek dan kalo nasib baik jumpe gak bibik2 ngan paman2 yang lain ). Bibik dan Paman tu panggilan bagi Mak Cik dan Pak Cik dalam bahasa Jawa,heh. Satu benda yang best bila balik kampung ni ialah meingatkatkan kembali yang aku ni keterunan Jawa rupanya,hehe. Yela bila balik kampung la baru leh dgr orang cakap bahasa Jawa, terutamanya Mak aku, sebab bila kat Melaka mak xde geng nak lawan cakap Jawa. Kitorang ni nama je Jawa, tapi xpandai cakap pun, paham pun sikit2 je...haha. So setahun sekali bila balik kampung baru leh dengar bahasa Jawa, lainlah lah kalo aku duduk kat Johor n dalam kelompok Jawa memang terer la aku cakap Jawa,heh. Yang kelakarnya anak buah aku si Adam tu boleh tanya nenek cakap bahasa apa tu, x paham pun...haha. Tapi kadang2 rugi gak xpandai cakap Jawa ni, kalo pandai da tambah satu lagi bahasa yang aku fasih,huhu. Adik beradik Mak yang seibu sebapa ada 4 orang, yang lain ibu ade 9 orang, so ramai la Bibik2 n Paman2 aku ni, kalo nasib baik akan jumpe dorang ni kat umah Bik Cepu sebab nenek dok kat situ, kalo xjumpa nanti dorang akan datang Melaka plak, tp jumpa Mak jela sebab aku da keje,hehe. Konvoi ke Muar ni dari pagi sampai petang, tu pun g Serom 5 ngan Sungai Bilah je, kalo g Bukit kepong umah adik beradik mak yang lain memang sampai malam la jawabnya. Tapi biasanya kitorang g sampai muar je, oh lupa konvoi tahun ni aku bawa Incik Persona...hiihi. So tu je la citer di hari raya kedua, kunjung mengunjung saudara belah Mak.



Umah Pusaka arwh atuk..tempat main time kecik2
Keluarga belah Mak


Umah Lek Jiwok

p/s: Kisah Raya Ketiga akan muncul dalam entri seterusnya

# Kisah Raya Pertama ...

Salam Aidilfitri semua, belum terlambat rasanya, baru raya ke 5 ari ni. Setelah lama SWP bercuti sempena raya, hari ni akan diupdate dgn cerita-cerita raya la...heh. Seperti tahun-tahun sebelum ni raya Cik Pijah ni sederhana je...apa yang penting bermaafan dan ziarah menziarahi. So kat bawah ni cheritera raya untuk tahun ni, raya yang dirasakan raya sampai ari ke-3 je, lepas tu da xde pape sangat,heh...

Raya Pertama
Pagi-pagi dah kena bangun, mandi solat sunat aidilfitri pastu siap2 nak g sembahyang raya, memang menjadi kebiasaan aku g sembahyang raya berdua dengan mak, tapi tahun ni malam raya tu Adam ( my anak buah ) tido kat umah so pepagi dia pun da kena kejut ngan neneknya suh siap2 gak ikut sembahyang raya,hehe. So kitorang pun g sembahyang raya naik moto je 3 org,hihi. Best g sembahyang raya kat kampung ni, xpenah masjid penuh sampai terpaksa sembahyang kat luar, mungkin ramai anak-anak yg bekerja di kota pulang ke desa,heh. Tp aku pegi pagi2 kul 7.30 da ade kat masjid so dapat saf depanlah,hehe, sian yg datang lambat tu la, nasib baik time raya ujan x turun walopun langit time tu da mendung da. Apa yang best lagi sal sembahyang raya dapat dengar khutbah raya, insaf jap mengenang adakah akan bertemu lagi Aidilfitri akan datang..huhu. Lepas je sembahyang raya, seperti biasa akan menziarah kubur arwah Bak ( panggilan  kitorang untuk ayah ) dan kubur arwah pakcik makcik ( adik beradik Bak ). Sempat membaca Yaasin dan membersihkan kubur. Time ni hujan dah turun renyai-renyai. Balik je dari kubur dalam kul 9.30 , sampai je kat umah tradisi bermaafan dimulakan, aku sentimental sikit bila sesi bermaafan ni, setiap tahun mesti mengalir air mata, memang banyak wat salah ni.hahaha. Bersalaman dengan mak, adik beradik n anak-anak buah. Untuk tahun ni aku xdapat duit raya lagi,huhu...kena bagi duit raya plak. Nasib baik ade 6 je anak buah so total duit raya untuk dorang 3++,hihi..Kat mak pun aku bagi duit raya,heh. Lepas bersalaman acara yang paling best iaitu MAKAN la,hehe. Menu nye ketupat, rendang daging, kari ayam, lodeh n serunding, fuhhh sedap hingga menjilat jari terus naik berat badan,huhu. Lepas makan kitorang mmg x g mana2, raya pertama memang tunggu orang dtg mah je, sebab mak je sorang makcik yang tinggal so anak-anak buah arwah Bak memang akan dtg umah pagi2 hari raya pertama. So raya pertama memang ramai la anak-anak buah mak merangkap sepupu aku la kan datang umah, walopun sepupu tapi dorang ni sume da beranak pinak da,kiranya kalo dorang da ade anak n anak dorang da ade anak so aku da jadi nenek da,tp nenek muda ok,haha.Hari raya pertama berakhir dengan duduk dirumah buat air n isi kuih jela,hehe. Malam plak sesi bermain bunga api dengan anak-anak buah. Berakhirlah hari pertama raya.


Ni ada mak, aku , along n abang je. Achik petang baru sampai sebab dia raya kat KL. 

Along 's Family
Abang's Family
p/s: Kisah Raya Kedua akan disambung di entry seterusnya...

Tuesday, September 7, 2010

# Kad Raya Untuk Anda..


Salam Ramadhan yang ke-28, esok aku da nak balik kampung, home sweet home...so dikesempatan yang ade ni aku ingin memohon maaf jika ada silap dan salah. Kepada blogger-blogger yang melawat Seceria Warna Pelangi, kad raya ini untuk anda....terima kasih kerana sudi singgah di blog yang xseberapa ni..hehe. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati - hati di jalan raya....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Monday, September 6, 2010

# Blog dah Raya tapi...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua, hari ni hari ke-27 kita berpuasa tinggal 3 hari lagi nak menyambut lebaran, masing-masing tengah mood raya sekarang ni, tapi aku xde mood nak raya lagi ni...huhu. Blog je yg da meriah dengan pelita n ketupat,heh. Nape xde mood, entahlah lambat sikit datang mood nya kali ni, dengan cuti raya yang 2 hari je, tambahan naik cuti nanti keje da banyak yang tunggu...huhu. tapi pelik aku xsabar nak drive dalam jammed time balik kampung nanti sambil dengar lagu raya,hahaha. Orang lain punya xsuka jammed aku lain plak...nasib melaka tu dekat je kalo jammed pun xde r terasa sangat...hihi. Hari ni kat ofis da senyap sepi da, ramai yang da bercuti..huhu. aku je yang xcuti - cuti, xpe baru pertama kali raya dengan MPOB ni, so next year la aku cuti panjang untuk raya ek...haha. Akhir sekali Selamat Tinggal Ramadhan, semoga bertemu lagi tahun hadapan...InsyaAllah.

Saturday, September 4, 2010

# Iklan Raya Yang Paling Anda Ingati...

Sekejap je masa berjalan lagi seminggu da nak raya da, tapi saat entri ni ditulis aku xrasa lagi mood nak raya...huhu. Tak tahu tahun ni macam lambat je mood nak raya tu sampai, maybe on the way balik kampung rabu depan baru ade mood kot,haha. Walopun xde mood raya lagi, tapi hari ni aku nak listkan iklan raya yang paling aku ingat dalam tempoh usia aku ni,heh..Ranking iklan ni bermula dengan iklan yang aku paling ingat dan aku sertakan gak tagline iklan tu yang buat aku ingat sampai sekarang,heh..

1. 2002 - Apa Nak Jadi? [ Kisah 7 Beradik Mencari Daging ]



2. 1999 - Tiada Bayaran

 


3. 2007 - Burung Murai



4. 2001 - Ombak Jahat


                                  



5. 2005 - Iklan Pertama Iqram Dinzly




6. Iklan TV3 - Budak Bandar 

Ranking 1-5 tu semua Iklan Petronas, so memang terbukti iklan Petronas yang berjaya menyentuh hati aku,heh..dan kebanyakkan iklan nye sal ibu- bapa, hargailah mereka. huhu..



Thursday, September 2, 2010

# Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu...


Salam Ramadhan, kita sudah berada di akhir-akhir ramadhan, sayu je rasa...huhu. Oh, btw blog ni dah berwajah baru, tukar 'baju' sempena nak raya, ni semua gara2 Cik Azie yang start tukar blog dia,hehe..Blog baru ni xla seceria macam blog yg lama, walaupun masih sayang dgn blog yg lama tapi kadang2 nak gak perubahan,heh..Blog baru ni, best sebab Cik Pijah boleh letak header banyak2...hihi...tengah giler wat header skang ni...Ok la ni 1st entri untuk bulan September, xsempat pun nak wat recap Ogos...entri ni just nak berkongsi apa yang aku jumpa time jalan2 di alam maya...heh..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
"Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Wednesday, August 25, 2010

# Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati...


Erm, hari ni aku macam terlebih idea lak nak tulis blog,hihi....entri ni nak lari sikit dari ramadhan, sebab bulan ni gak merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Rasenye semangat untuk menyambut kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia semakin menurun, makin susah untuk melihat bendera dikibarkan terutama pada kenderaan. Tidak seperti dulu, rasenya kalo kat kampung tu setiap rumah akan mengibarkan jalur gemilang, semakin lama mengecapi kemerdekaan semakin kita melupakan tradisi itu...Mana peginya semangat patriotik kita yang dulu? adakah kita terlalu ghairah ingin menyambut syawal hingga terlupa detik bersejarah kita mendapat kemerdekaan....Erm, tepuk dada tanyalah hati. Di tambah dengan insiden yag berlaku di Indonesia, jalur gemilang dipijak, kedutaan Malaysia dilempar najis...seharusnya kita lebih bersemangat patriotik untuk mempertahankan negara.

Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati
, ni mesej yang boleh kita dapat dari iklan Merdeka Petronas tahun ni. “Memang terbaik dan memberi inspiration”. Itulah kata-kata pertama bila kali pertama menonton Iklan Petronas Merdeka 2010 ni.

Benarlah kata orang bijak pandai, niat adalah ‘ibu’ penentu kejayaan atau kegagalan. Kita terlalu ikutkan hati dengan cemburu sehingga ke tahap dengki. Dengki itulah yang buatkan satu-satu bangsa jatuh dan terkebelakang dari kemajuan. Kita bukanlah mementingkan sangat hal kemajuan kebendaan, tetapi kemajuan pendidikan dan juga hati budi adalah segala-galanya.

Kita dengki untuk melihat kawan kita berjaya dan lebih dari kita. Tapi kita lupa, pada masa susah dulu dia banyak membantu kita untuk terus bergerak.

Kita dengki untuk melihat rakan kita bertindak cemerlang. Tapi kita lupa bahawa, kita yang tidak pandai menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.

Kita menolak untuk bekerjasama dengan mereka yang baru merangkak. Tapi kita lupa, ada beribu-ribu orang yang lain bersedia memberikan yang terbaik untuk mereka.

Kita terlalu bergantung pada mereka yang telah berjaya sedangkan kita tidak pernah dan takut untuk menghadapi Learning Curve yang sebenar!

Selamat Hari Merdeka Malaysia ku Yang Tercinta !